Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 16, 2010

Dynas classmateku..


Ahhaaaiii~~~

Haku bukan student yang pandai.. time sekolah rendah dulu pun haku hanya pandai buat karangan merepek.. hahhahaha tatabahasa je ok kot.. Mungkin ramai yang tak tahu yang haku ni kalah anak polis.. asyik bertukar-tukar sekolah je. Dulu haku ni pemalu tau.. Sekolah perempuan je.. Berani haku xpergi sekolah agama (sebelah petang) sebab sekolah tuh ada lelaki... WTF.. patutlah jodoh lambat. =). Masa aku sekolah rendah aku tak ada hati nak belajar betul.. ini serius geng. Tahu main-main je sukanla, berlakonlah,  bernasyidla (sebab tak cukup orang).....apakah korang tak percaya? Pergilah tanya budak-budak kat FB tuh..paling tak lupa balik-balik aku yang kene berlakon jadi lelaki...sian..agaknya time tu haku hensem kot.. hhahahha.. Bila aku tukar sekolah kat PJ, terus je jadi Nor Daleela yang pasif tetiba.. Tapi aku pernah wakil sekolah dalam pertandingan pantun.. hahahhah Apakah? Jiwang...hakktuiihhh..


Hensem tak haku dulu...? Aku di belakang ketiga dari kiri..hhahah baik korang cakap aku hensem..Sebelah aku yang cun tu anak sedara Nanu Baharuddin..yang duduk depan aku tu kakak ipar Buzen dan adik dia Linda Hashim.


Masuk sekolah menengah.. lagi pasif tahap dewa. Sek. Men ni aku rase cam penjara. Kene pakai stokin sekolah, ada merit and dimerit, selalu ada spot check..Tapi aku suka sekolah ni.. Ada locker untuk simpan buku-buku. Beg aku bajet leh kempis.. selalu terlupa buat homework sebab buku tertinggal dalam locker.. Hambek ko dimerit -5. WTF. Aku suka subjek SEJARAH time Form 1 sebab cikgu pelatih die hensem. En. Azman. Dia suka photostat nota warna-warni.. (Stop it Daleela, jgn gatal ahaks). Aku pun suka Cikgu B.I, Puan Marisa sebab dia cantik dan lipstick dia cantik.. (gila la kau ni Daleela). Aku masih ingat lagi bila Puan Marisa tanya apa yang ada di dining hall rumah anda. Dengan selamba je aku jawab.. "My house is empty. No furniture or televisyen at all". Ternganga Puan.. Adakah bapak ko ni tablik... hahahahha. Ketika aku Form 2, Ayah tiba-tiba datang time rehat.. 

"Ayah datang nak bawa awak pergi sekolah baru"
"Tapi kenapa?'
"Dekat dengan rumah. Senang awak nak pergi sekolah atau balik rumah."

Selepas rehat terus aku berada di sekolah baru..Aku takut juga sebenarnya nak bersekolah di situ sebab semuanya hebat-hebat belaka. Semua murid-muridnya terdiri dari anak orang kaya. Dan mereka ni cantik belaka. Siapakah? Dynas (cool person), Farah Fauzana (memang macam tula perangai dia), Nurul Izzah (berkarisma macam Anuar), Nurul Nuha (berani datang setiap kelas bagi riben REFORMASI.. alih-alih kene panggil dengan cikgu).. Anda kenal? Betul mereka sangat hebat. Aku hanyalah semut kecil dengan muka yang hodoh.. huhuhu. Cikgu-cikgu disini semua hebat-hebat. Cuma seorang je macam bengong sikit. Cikgu sejarah tapi tak ingat nama dia.. Asal dia masuk jek.. "Boleh buat keje sendiri yek". Nasib aku tuisyen.. Boleh score sejarah "A". Tetiba bercita-cita nak jadi Peguam..kesudahannya...Auditor sudah..  Lepas dapat result PMR cikgu sengaja koooot bagi aku kelas akaun.. tapi aku ikut kawan pergi apply teknik..

Cantikkan Dynas masa dulu pun.. dulu dia ni cool je..Cheer leader lagi.. ehh.. ni blog akulah..diam kau Dynas.. Tu tgk Daleela yang hodoh tuh..tetiba baik je nak pakai tudung..hahahah

Bila masuk sekolah teknik, aku memang tak ada pilihan lain terpaksa mengadap budak lelaki. Sumbang je kadang-kadang bila bercakap dengan budak lelaki. Jodoh? Jumpa.. siapa kata tak jumpa.. hahahha lawak tahap cipan goreng cinta budak-budak ngoi.. paling tak tahan surat chenta ku terima dalam jawi.. hahahah harusla ada orang translate.. malu sudah..Kalau duduk asrama ni selalu je jadi bahan jerit pekik warden-warden. Aku selalu pergi bertandang tanpa di undang ke rumah cikgu Noraini.. Apakah? nak beli burgerla.. Gi rumah cikgu salasiah, nak beli nasi lemakla buat bekalan waktu 'prep'. Aku bukan feberet cikgu tapi cikgu peberet aku Cikgu Nor Aziz Daldiri dan Puan Norhaslinda (mereka ni suami isteri =)). Paling tak akan ku lupakan ketika cikgu-cikgu peberet aku ni masakkan aku dan kawan-kawan dorm masak lemak cili api ketammm... fuhhh berasap. Siap bekalkan aku TV kecik nak tengok hindustan.. hahhaahhha hasilnya... SPM resutl macam tahi anjing rumah jiran depan ni...tengok eja result pun dah tersalah..ngoiii..


Bila dah ambil diploma dan degree baru aku terbuka hati nak belajar betul-betul. Sebab guna duit MARA.. nanti nak kene bayar balikkannn... hahahhaah

Kepada cikgu-cikgu yang masih mengingatiku.. terima kasih atas segala-galanya. Akhirnya aku menjadi manusia..cuma aku tak suka nak jadi cikgu...Kepada Cikgu Nasir, cikgu kimia.. terima kasih kerana bagi aku fail kimia... =)


Ketibaan yang tiba-tiba : Nasib tak kahwin dengan Cikgu A...hahhahaha

4 comments:

shira said...

tak nampak mcm dyas pun.. mcm amoi cina je?

Daleela said...

a ah.. dulu Dynas cam amoi..

ullyana said...

beskan bile teringt zaman dulu2..hehe..

Anonymous said...

ler..asal lu x g jumpe dynas skang?leh enterframe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails