Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 9, 2013

Musim demam

Assalamualaikum dan aahhhaaaaiii~~~~

**************************************

Dah lama benar tak berblog. Semua ni salah Bukhary.... :-).  Ooo yeah Bukhary dah 17 bulan. Macam tipu sangat. Rasa macam baru je pandai jalan. Anak... janganlah cepat besar sangat.

Anak2 awak semua apa khabar? Kami di sini sentiasa mendoakan anak2 kita sehat dan pintar. In shaa Allah.

Semenjak anak baby sitter masuk tadi.. dia kerap xsihat. Of course bila dia tak sehat, virusnya senang merebak pada Bukhary. Patutkah Dalee salahkan anak dia selepas dia jaga Bukhary dengan baik. Syaitan ni memang kerja keras nak rosakkan hati kita kan. Penyakit tu semua datang dari Allahkan. Maafkan kami sekiranya ada terdetik di hati.

Tak tahan part Bukhary kalau demam pakej dengan selsema. Makin lama makin kerap Bukhary demam. Setiap bulan. Ko dah kenapa anak? Kalau tanya dia mesti dia pon tak nak sakitkan. Paling teruk bulan ni. Ni baru je baik demam. Dalee bagi masa 3 hari je. Lebih 3 hari memang kena bawa hospital.

Papa bukhary bawa dia ke Pusrawi,behave je kalau keluar dengan papa. Dr. Ruzini suruh ambil darah sebab rekod tunjuk Bukhary ashik demam je. Papa wasapp gambar bukhary kena cucuk ambil darah.

Sambil tunggu result, Dalee memang tak boleh fokus nak kerja. 


Alhamdulillah keputusan tak ada papa. Cuma ada viral demam je. Tapi doc kata kalau masih berterusan demam, Bukhary boleh kena tahan wad untuk further check up.

Paling risau part paru2 dia sebab sekarang musim kanak2 kena radang paru2. Mohon Allah jauhkan dari kami. In shaa Allah. Alhamdulillah memang tak ada. Mungkin kerana madu dan keizinan Allah.

Kerana terlalu fokus dengan kesihatan Bukhary, Dalee rasa perkembangan Bukhary macam lambat sikit. Its ok. Kita masih ada masa sayang!!!

Lots of luv,
Mommy Dalee~~

P/s : maaf kalau alignment kucar kacir sebab first time post guna mobile. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails