Friday, November 30, 2012

4 months 2 weeks : Bukhary si mulut becok


Assalamualaikum dan ahhhaaaaiiii~~~

*******************

 Bukhary masa dia berumur 4 bulan 2 minggu. Mulut memang banyak tau budak bertuah ni tapi gigi sebatang pon tak tumbuh lagi. Pa diaaaa hang ni !!!!! Suka buli Mama dia... Mama dah lama xbaking anak oiii.. Ashik nak mengadap dia je.


video

Lots of luv,
Dalee~~

Tuesday, November 20, 2012

Breastfeeding Journey : Di atas pengalaman sendiri



Assalamualaikum dan aaahhhhhhaaaaaaiiiii~~~~


******************************************************


Disclaimer : Setiap patah perkataan adalah dari tulus hati, pandangan dan pengalaman saya sendiri. Sebarang gurisan hati saya memohon maaf seawalnya.


******************************************************

Sebagai PARENTS kita pastinya nak terbaik tuk our BABY. Especially anak 1stkan? Bila semua orang mention yang SUSU IBU adalah susu yg terbaik untuk anak, Dalee buat keputusan untuk fully breastfeed lil Buk sampai 2 Tahun. InsyaAllah. Plus Dalee bersalin kat spital gomen, hospital mesra susu ibu gitu.

Bila Dalee dah berniat nak FULLY/EXCLUSIVELY breastfeed my lil Buk, Dalee rasa so excited. Tambah2 bila Dalee dapat galakan dari suami dan orang-orang terdekat. So apa yang Dalee buat before lil Buk keluar :

* Dalee start survey2 breast pump and decided to buy Avent manual
* Beli nursing cover sebab Dalee memang xsuka Nursing In Public (NIP)
* Join group BF dalam internet untuk mencari ilmu
* Beli barang keperluan BF seperti coole bag, ice pack, storage bottle dan nursing bra
* Attend class yang ajar breastfeeding
* Mind set : always positif, susu banyak 

Note :
FULLY/EXCLUSIVELY = Sepenuhnya Susu Ibu tanpa ada campuran Susu Formula


Dalee tak pernah fikir yg BF itu susah sampai saat lil Buk dilahirkan. Dalee sangat bertuah sebab lil Buk tak menangis beriya2 pada hari pertama dia dilahirkan. Dia sangat cerdik sebab pandai 'latch'. Tapi sayangnya susu memang tak keluar. Sebelum keluar dari hospital. Nurse2 dah banyak bantu dan saat itu Dalee baru tau yang niple Dalee inverted. (T_T) sangat menyukarkan lil Buk untuk BF. Tapi dia sangat tabah sehingga hari ke2 dia betul2 kelaparan. [Fakta : Bayi baru lahir boleh bertahan sehingga 48 jam]. Menangis tanpa henti di waktu malam dan what happen? Malam itu Dalee dapat bagi setitik dua titik saja SUSU IBU. WTH? Puas Dalee dan ibu pujuk dan sapu minyak pada perut, tapi dia menangis sehingga bengkak mata. Lagi teruk, lil Buk is "DEHYDRATE". Affect from that, kencing dia berdarah dan ada tompok2 kuning. 



Setelah apa yang berlaku, kami bawa lil Buk ke Hospital Ampang kembali. Di tahan selama seminngu [klik sini]. Dengan kuasa Allah, lil Buk telah di beri susu formula kerana kekurangan susu ibu. Memang kurang dan ini fakta dan bukan mind set. Walaupon susu itu bukan racun tapi memang kesian kat lil Buk kerana terpaksa menghadam sesuatu yang sgt komplikated di usia 2 hari. [Maafkan mama sayang]. Dengan kuasa Allah juga Dalee ditemukan dengan nurse bernama Puan Rogayah di wad NICU, Ampang. Dia tanya kenapa lil Buk tak mahu minum susu formula tu dan dia sendiri jawab "Susu ibu lagi sedapkan sayang". 

Kemudian Dalee ambil lil Buk untuk paksa dia direct feeding. Buk cuba dan nurse nampak kepayahan kami berdua. Ini disebabkan 'inverted nipple'. Kemudian nurse tu suruh tidurkan Bukhary dulu dan dia akan tunggu Dalee di bilik penyusuan. Dia kata dia akan ajar Dalee sampai boleh untuk keluarkan susu tu. Dia kata takut bengkak susu nanti lagi masalah. 

Syukur Puan Rogayah memang mengotakan janji dia. Dalee jumpa dia di bilik penyusuan. Dengan sedikit ilmu penyusuan yg Dalee ada lagi cepat Dalee pick up apa dia ajar dan pengalaman yang paling berharga buat Dalee ialah belajar marmet. Puan Rogayah ajar Dalee step by step marmet dan dia tunggu sehingga botol tu berisi. Alhamdulillah dapat juga Dalee keluarkan kolostrum sebanyak 4 oz kedua2 belah. Marmet depan dia? Yes.. hahaha memalukan tapi ada aku kesah. [Terima kasih Puan, semoga Allah membantu dan memberkati Puan sekeluarga].

Bila Dalee berkampung di Hospital Ampang sebab kencing berdarah lil Buk, Dalee memang bagi dia direct feeding. Tapi bila malam, lil Buk jadi Hang Jebat menangis macam tak cukup. Masa tu ingat susu tak cukup untuk dia, then topupla formula. Kekenyang dan ketiduranlah dia. Dari sehari ke sehari Dalee try bagi BF sehingga tak perlu topup formula. Alhamdulillah, Dalee berjaya sehingga Bukhary 4bulan lebih. [Fakta : Susu memang kurang masa dalam pantang, tapi memang kena rajin pump dan makan makanan yang membanyakkan susu]

Sehinggalah budak bertuah tu [lil Buk] dah langsung tak nak direct feeding sebab dia dah comfortable dengan puting botol (T_T). Susu semakin berkurangan. Yes, Dalee dah pump tapi susu semakin hari semakin kurang. Tetapi rezeki lil Buk masih murah sebab ada ibu susuan beri susunya kepada lil Buk. 2 minggu sebelum lil Buk masuk 5 bulan, susu memang makin drop. Selepas tidurkan lil Buk terus pump, lepas makan terus pum, lepas solat pump.. pump, pump dan pump. Memang rezeki xsemeriah dulu. Lil Buk memerlukan at least 24 oz. Tapi skrg dapat 10 oz tu kira dah boleh wat solat syukur. Akhir, nak tak nak terpaksa juga bg lil Buk susu formula [enfalac]. Saat itu rasa sangat LOSER sebab tak dapat memenuhi keperluan dia. Its not about mind set OK? Semua itu rezeki Allah seperti yg ditetapkan selepas dah habis berusaha.

Sampai sekarang kalau pon sehari hanya dapat 6 oz, Dalee tetap bagi. Mesti minum susu ibu hari2 walaupun setitik ye sayang... Dalee selalu berdoa susu itu cukup sehingga 2 tahun. InsyaAllah, bila Lil Buk da start makan, harap2 dia dah kurang minum susu dan tak dehydrate. Amin.

Dalee pon xnak jadi terlalu obses susu ibu sehingga mengenepikan fitrah kehidupan yang mana setiap anak itu perlu minum dan makan secukupnya. Memang x di nafikan perasaan bangga dapat susukan anak dgn susu ibu. Jangan tipu kalau kau rasa kau xbangga langsung. Tp janganlah keterlaluan sgt sehingga memandang susu formula itu sebagai racun yang merosakkan anak kita. Dan tidak pula Dalee tidak pula rasa susu Formula itu bagus kerana di dapat memenuhi keperluan lil Buk sehingga melupakan hak dia untuk minum susu ibu.

Sesungguhnya, kesihatan yang baik atau sebaliknya datangnya dari Allah. Lindungannya adalah kehendakNya. Walaupun, lil Buk minum susu ibu sepenuhnya, kalau dengan kehendakNya dia sakit, maka sakitlah dia. Tapi pon kalau lil Buk minum susu campuran Formula, kalau dengan kehendakNya dia sehat, maka sehatlah dia. Doa adalah pelindung terbaik untuk segala hal. Dan Dalee percaya setiap perancangan dari Allah adalah yang terbaik untuk Dalee. Terima kasih YA ALLAH kerana mengizinkan hamba mu yang hina ini menyusukan anakku sepenuhnya dengan SUSU IBU sehingga 4 bulan lebih. Dan terima kasih juga sehingga kini, masih mengalir susu di dadaku buat lil Buk. 




Happy Breastfeeding Uoalls!!!

Lots of luv,
Dalee~~


p/s : To those yang x BF, jangan rasa down atau di motivated. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu. Sama2 kita support each others. Kita adalah perempuan yang istimewa kerana kita seorang ibu.


Thursday, November 1, 2012

Post Natal Figure


 Assalamualaikum dan aaaaahhhhaaaaaiiiiii~~~~~


************************************

Here is my Post Natal Figure... Hahahha saja nak buat kenang-kenangan dah kurus kembali. Tak sure berat sekarang berapa. Yang pasti dah kembali kepada berat sebelum pregnant. Lepas pantang hari tu lagi kurus.




Bagaimana kita dapat mengekalkan berat badan selepas bersalin? Sebenarnya bagi Dalee sangat mudah untuk turun sebab masa pantang kita tak makan benda berminyak.

Masa pantang Dalee hanya makan ikan bakar dan Sup sawi dan lobak putih selama 40 hari. Kekadang ikan singgang dan ayam panggang. Ikan pulak makan ikan sela sahaja. Nasib tak muntah hijau makan makanan yang sama.

Air manis memang kurang hanya minum di waktu pagi dan malam. Horlick dan kopi. {Sebab tu masa pantang Bukhary tak mau tido malam}

Berbengkung. Ini Dalee selalu curi2 tak pakai. Tapi lepas cukup 40 hari Dalee pakai Premium Beutiful. gagagagagagga (-_-)

Sampai sekarang Dalee pantang minum ais, minuman bergas dan ais krim.

Tapi sayangnya jamu2 semua Dalee tak makan sebab anak prolong jaundice. Sakit badan den. Serius tak sekuat dulu. Balik rumah lepas tidurkan Bukhary, pancit penat macam keje angkat balak.  Terlepas nak tengok TV "Clean House dan Extreme Coupon". gagaggagagagag (T_T)

Harap2 kurus dan sehat kekal sampai anak kedua. Anak kedua tahun depan. {EH!Biar betul hang hang ni?}


Lots of luv,
Dalee~~

Friday, October 19, 2012

Motherhood - Lil Bukhary 1st Toys









Assalamualaikum dan aaaahhhaaaiii~~~



*****************************************

Supermak... how do you do??? Miss my little Buk. Setiap kali Mama bernafas, setiap kali itu Mama rindu Bukhary. Walaupun Bukhary nakal :-). Nakal budak 4 bulan. Progress pembesaran Bukhary susah nak cakap whether it goes smoothly or vice versa. Perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza. Akak tidak mahu membandingan anak akak dengan dengan bayi lain. Itu hanya akan menambahkan 'keseteressan' je.. Tapi akak pantau perkembangan dia dengan buku biru yang klinik kesihatan bagi tu. InsyaAllah.. semuanya berjalan mengikut kehendakNYA...

This cute toys adalah pemberian dari my BFF - Bonda Yaya. 1st toy everrrrrr....Bukhary memang suka warna merah. Lil Buk pandai main toy ni tapi tak lama tu dia masuk mulut. So Mama tak bagi lil Buk main lagi. Biar dia pandai hold baru bagi balik.

Second picture (musical key) tu pemberian dari perita a.k.a uncle dan untienya (Anne dan Kak Long). Toys ni lil Buk tak pandai main. Dia tengok je.....  Bagus jugak dia tak pandai main sebab tak mau dia biasa main dengan toys2 ni.  



Masa akak pregnant hari tu memang tak ada niat langsung nak belikan dia permainan. Nak ajar dia minat buku or arts. Now akak realised nak didik anak bukan perkara mudah. Zaman i-pad canggih2 ni, tak boleh biarkan anak terleka nanti ketinggalan. Suatu hari nanti Bukhary akan berterima kasih pada Mama sebab tak belikan Bukhary banyak mainan.

Walaupun Bukhary tak pandai main lagi, kami tunjuk2 pada dia. At least dia kenal warna2 yang ada pada mainan tu. Ajar dia menghargai pemberian orang ye. InsyaAllah.


Lots of luv,
Mummy Dalee~~

Tuesday, October 9, 2012

Berpantang di hospital seminggu lagi....






Assalamualaikum dan aaahhhaaiii~~~

*****************

Rupa2nya nak jadi seorang 'IBU' ni tak delah senang macam dalam TV tu hah.. Pegang baby, cium2 baby, main2 dan mandikan dia. A ah.. nampak indah je kan.... Cite bayi menangis dari malam ke pagi tak ada, cite baby xmau isap susu ibu sebab niple flat pun xde, cite pasal bayi kena tahan wad tak ada. Memang boleh meroyan.

Bahagian setiap orang lain2. Itu tanda Allah sayang kita. Redha je Allah nak bagi ujian macam ni.. Dalam Redha2 tu sebaldi jugak air mata ni keluar. Setiap malam jugakla nangis macam orang gila. Ni gara2 little Bukhary kena kencing berdarah. Pantang pun tak macam pantang. Sehari keluar dari Hospital Ampang. Esok datang balik, then little Bukhary kena tahan di NICU. Doktor nak cek air kencing dia. Sian dia kena cucuk sana dan sini. (T_T). For the 1st time, akak terpaksa tinggalkan dia di sana sebab akak betul2 penat dari lepas bersalin tu.

Hari 3 

Datang seawal jam 8 untuk tengok little Bukhary. Kesian dia duduk di luar dekat2 dengan meja2 doktor. Dia tak boleh di masukkan di mana2 bilik sebab dia dah pernah keluar dari hospital. Jadi dia telah terdedah dengan kuman di luar dan tak boleh campur dengan baby2 di dalam NICU tu. After checking air kencing, air kencing dia ada kristal. Test air kencing dari saluran kencing juga telah dilakukan dan result perlu tunggu dalam 3 hari. Doktor suggest kami berdua di tempatkan di wad 4B dan little Bukhary kena ambil antibiotik selama 5 hari atau maksimum 7 hari. Ubat sapu pada 'bird bird' dia pun ada.


Hari 4 hingga Hari 9

Duduklah kami berdua di sini makan tanggung berak cangkuk. Dengan berpantangnya entah ke mana. Urut entah ke mana. Dengan masalah susunya lagi. Dengan masalah little Bukhary tak pandai adjust masa. Siang tido malam berperang. Aduhaiiii... nasib kawan2 bilik sangat baik. May Allah bless U all. Walaupun malam2  little Bukhary nangis, dia orang ok dan tak marah. Cuma akak je jadi tak syiokla sian anak diaorang nak tido. Nurse pun sangat membantu.

Hari2 tanya Doc result dari saluran kencing dia, kalau ada jangkitan immediately memang little Bukhary kena buat further check up. Berdoa kami siang malam. Semasa mengandung memang akak pantang jaga makan. Tak mau dia sakit bila dah keluar nanti. Tapi kehendak Allah, siapa yang boleh lawan?

Hari ke 8, antibiotik complete dan result dah keluar. Alhamdulillah tak ada jangkitan dari saluran kencingnya. Cuma jangkitan dari 'bird bird'. Doc kata dah boleh balik esok atau lusa.






Tapi tulah budak bertuah ni, tiba2 tinggi pulak kuning dia. Memang merisaukan. Kena tahan lagi 2 hari. Again, mama nangis!!! (T_T). Mama tak larat nak jaga little Bukhary seorang diri di Hospital. Macam tak ada rest langsung dan sebenarnya mama rindu kat papa juga...(Mengadalah Mama ni...).

 Hari 10
Doc pakar datang check, kuning masih ada, cumanya tidak tinggi. Doc bagi discarge. Yeeeaaayyy. Alhamdulillah. Mama dan little Bukhary boleh balik. Kalau ada kuning lagi memang kena bawa balik ke hospital.

Yes, memang kuning dia lama. Itu nanti akak cita lain.


Terima kasih Allah kerana menghadiahkan pengalaman ini. Tak mungkin akak menjadi ibu yang kuat kalau tidak di uji seperti ini. No matter what Mama love Bukhary..


Love,
Mama Dalee~~


Friday, September 21, 2012

Waktu-waktu Indah sebelum bersalin (sambungan)...



Assalamualaikum dan ahhaiiii~~~

************************************************

sambungan.........(nak sambung pon lambat... sama cam kes nak bersalinlah ni.. hewhewhew)



Akak masuk bilik bersalin tepat jam 4.30 p.m.. Di tolak menggunakan kerusi roda..kuikuikui.. masa ni steady je lagi... Tapi di dada berdegup kencang.. En hubby dah ambil baju dan pampers baby. Bila masuk je ruang bersalin, toleh ke kiri dan ke kanan. Banyak pulak bilik kat sini ada dalam 10 biliklah kalau mengikut penjelasan dari kelas antanetal hari tu. Bilik akak di hujung belah kiri bernombor... deng deng deng 7. Peberet nombor dan dengan harapan bertuahlah nombor ni. hahahaha bertuahlah sangat kalau dapat bersalin jam 7 p.m..

Bila masuk ada 2 or 3 orang dalam bilik tu, bidan perempuan, Dr. perempuan dan Dr. pelatih lelaki. Sempat mengumpat lagi diaorang ni... "Baru 3cm dah tolak masuk... alahaaaiii berejam lah tunggu ni..." pastu dieorang semak rekod akak.."oooo... air ketuban dah bocor... oklah.. di maafkan..." eh eh eh.. nasiblah tengah berdebar ni.. malas nak laser2.

Dalam jam 5.30 p.m., Dr. perempuan tu dah pakai glove...... oooowhhhh noooo.... mesti nak seluk ni... aduhaaaiii serammm....

"Tahan sikit, saya nak cek bukaan ye....Awak dah rasa sakitkan?" "Erm.... masih 3cm lagilah.... ok tahan sikit ye... saya nak tolong awak..."
"Arggghhhhh......" Sakit gile kot.. apa Dr ni buat? Mcm mengoyakkan sesuatu..
"Saya tolong besarkan bukaan awak.. kalau tak lagi lama awak nak tunggu..."

Di saat ni memang dah start sakit.. Akak sibuk2 tanya kalau nak ceaser boleh ke x? Hahahha memang salah tempatlah tanya nak ceaser. 1/2 jam di sekolahkan oleh Dr. perempuan tu pasal keburukan ceaser. Ayat paling menyampah nak dengar.....

"Biasala bersalin memang sakit......." <----------------- tak memotivasikan langsung.

Dr. perempuan tu dah habis shift, bidan tu pon dah ke mana hilang pon xtaula... Tinggalla Dr. pelatih lelaki tu.. Tetiba dalam jam 7 p.m. contraction dah semakin kerap. Akak cakap kat Dr. tu, tolong jangan tinggalkan akak sensorang.. Then terus diaorang suruh Encik hubby masuk.

Dalam jam 7.30 p.m. datangla Dr. pakar meround2. Dia tanya akak nak ubat tahan sakit ke x? Dr. tu sangat baik dengan akak sebab akak penah attend class atanetal dengan dia dulu. Macam paksa suruh ambil pon ada.... Tapi dia kata, sebab akak ada slip disk,dia tak bagi amek epidural. Dia cucuk patherdin je...dan oksigen kat tepi dengan drip menda entahla...

Selepas di cucuk patherdin tu... Ada kurang sikitlah.. masa tu akak ambil kesempatan untuk tidur. Encik Hubby dah selawat dan berzikir sambil picit2 kaki... Sebenarnya kaki xsakit pun, tapi takpelah orang dah nak urut..Redha jelah...

Dalam jam 9 p.m. macam tu, Dr. pelatih lelaki tu datang kata nak cek bukaan. Ok fine, terasa nak terkencing pulak dah.. Then Dr. cucuk alat sulit ke tiub dan kencinglah... Serius xpuasla kencing macam tu... Seluk punya seluk... dia kata tak sure berapa cm... ke jadah haram kan??? Dia pergi panggil Bidan berpengalaman (makcik sangattt). Memang gila la Bidan ni.. dia seluk macam seluk perut ayam.. 

"Hah... Dah 4 cm" Pastu terus keluar.

SubhanaAllah... sakit macam2 dah, baru 4 cm.. Ya Allah.... contraction makin kuat. Paterdin tadi macam dah hilang. Pastu kembali bertahan sakit. Dalam 1/2 jam Bidan masuk, suruh baca doa nabi Yusoff... siap tunjuk kat dinding... Eh eh eh rasa nak memaki pun ada ni, aku hafalla ayat tu, xpayahla paksa2 aku pandang kat dinding tu...Pastu Bidan tu nasihat, "Jangan tahan sakit tu, amek oksigen tu... karang nak teran takde tenaga..." 

Sampai jam 10.30 p.m. akak da juling2 sedut oksigen. Sampai muntah kuning di buatnya. Sakitnya Allah jelah tahu. Dosa banyak sangat kot ni... Tu Allah nak kurangkan dosa, sakit lama sikit... hew hew hew.. Datang Dr. untuk cek bukaan. 4cm.. Ya Allah...

Masa ni memang akak nak give up dah... Kawan2 seperjuangan yang masuk dari jam 4.30 p.m. semua dah kuar agaknya... Tapi akak dengar nurse2 ni mengumpat pasal patient vietnam tu.. terjerit2 dan Dr. tu pun jerit2 suruh PUSH PUSH PUSH.... Akak yang sakit ni bertambah sakit dengar. Apa lagi, dalam jam 11.00 p.m. tu akak suruh Encik hubby panggil Dr. sebab nak suruh ceaser. Datangla Dr. peberet akak yang hensem tu... Dia pon cakaplah, Dr. bius tak ada... sekolah kan akak lagi pasal keburukan ceaser. Masa ni akak dah tak tahan dengar dan nak melawan...

"Dr... Dr tak kesian ke kat saya... saya tahan sakit, bukaan masih 4cm... Air ketuban saya pon tak tahu ada lagi ke x ni... dah lebih 48 jam Dr... Tolonglah kesian kan saya Dr...." Bajet dah cukup manja lah pujuk Dr ni.... Pastu dia kata.. "Tunggu jam 12.00 a.m. kita buat keputusan ye... Awak sabar ye..." Wohaaa.... Kalau boleh bangun.. akak dah bangun nak berlari...nak hilangkan sakit contraction ni... Tapi Alhamdulillah.. pinggang xsakit dah.. yang sakit perut ni.. macam di patah2kan tulang tu... Pastu Dr. hensem tu pon berlalu pergi.....Tinggalla akak dan Encik Hubby....

Jam 11.00 p.m. akak dah saaaakiiit sangat.. Dr. datang check bukaan 5cm. Masih tak boleh teran... Rasa macam nak mengamuk pun ada... Dr. dah bangi warning jangan teran sebelum waktunya.. Nanti kepala baby bengkak. Then Dr. berlalu pergi...Tak pe2. akak tahan lagi. 

Dalam jam 11.30 p.m. akak dah menjerit2 Allahuakbar..Dah mengucap.. Berserahlah kalau Allah nak ambil nyawa.. Sakit sangaaaattttt.. Encik hubby panik dan panggil Dr. Kebetulan Dr entah kemana.. Bidan je ada.. Bidan cina.. (I love her very2 much). Dia datang dan selak kain akak.. dia kata.. teranla...

"Nurse, tadi Dr. tu kata jangan teran" Selamba akak panggil nurse.
"Haiya.. sudah nampak kepala punuh, teranlah...saya standby sini..."
"Saya tak pandai teran...berak keras pun tak pernah"

Baru berpusu2 Dr. 2 orang masuk, bidan cina tu setia menunggu untuk sambut baby dan sorang lagi Bidan a.k.a sangatla makcik..Sejam jugak lah akak cuba teran. Semua Dr. dan Bidan very supportive... adala marah sikit " Awak ni tak kesian ke kat baby... cepat teran.. sambung nafas awak tu....." Time ni dah penat lantakla nak marah ke apa...

Memang kuasa Allah.. akak sambung2 nafas dan terus baby keluar jam 12.23 a.m. pada 13.06.2012. Baby boy yang putih dan demuk berat 3.02 kg. Semua orang keluar. Tinggal akak dan Bidan cina berdua nak mengerjakan akak. Jahit dan keluar uri. Alhamdulillah tak rasa sakit. Tetiba bilik bersalin tu jadi senyap sunyi... dan tenang. Bila keluar dari bilik dalam jam 2.00 a.m. baru akak dapat pegang baby.. itu pon tak lama sebab dieorang nak bawa baby pergi NICU sebab nak check darah dia. Sebab dah lama sangat air ketuban akak bocoq, takut ada infection. Huh sedih tak dapat nak breastfeed dia terus.

Dalam jam 4.30 a.m. baru baby di bawa ke wad akak. Itu pon selepas 2 kali tanya.. Nurse siap gelak kata kenapa risau sangat... mau nye tak risau. Susah tu nak bersalin kan dia.. Tetiba hilang. Boleh meroyan akak.





Muhammad Bukhary on 13.06.2012 - Berat 3.02kg


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Hospital Ampang overall sangat baik dan bagus.


 

Friday, September 7, 2012

Waktu-waktu Indah sebelum bersalin...



Assalamualaikum dan aaaahhhhaaaaaiii~~~~


*********************


Melampau lama tak hapdate blog walaupun tak dop sapa nak baca... Anak pon dah 2 bulan 2 minggu.. =). Inilah masa nak mengarut pasal hal terberanak akak ni. Kalau dulu baca blog-blog mommy-to-be sebelum bersalin.. Macam senang je Allah bagi dieorang bersalin. Tapi bila giliran akak..... Hazaaaabbb makkk oiii,.. Allah jelah tahunya...


6/6/2012

Cakap pada akaknya officemate " Esok i nak MC tau. I ada interview"

Petang sebelum nak balik, dah tanda2 sakit pingang. Tambah haram jad** nak g toilet tapi takut sebab ada hantu loceng. Cisss bedevah betul. Makin ku tahan makin sakit pinggangku jebat. Akhirnya langsung tak boleh bangun. Sudahnya di papah orang ke lobi. Tetiba glamer akak kat bangunan IGB tu. Boleh plak jam 8 malam tu ramai manusia tak balik lagi. Makin akak stress bila semua paksa suh panggil ambulan. Korang ni boleh paham tak yang laki aku dah on da way. Yang hubby akak pon dah satu hal, tak sampai2. EH.. tapi bila sampai, akak plak tak boleh duduk, tak boleh baring dalam kereta. Dah tu takkan nak berdiri dalam keta... jawabnya mencangkuk. Memang bongokla situasi tu. 

Dalam pada sakit2 tu boleh plak akak pikir, ni kalau balik rumah ok kot. Bila dah sampai rumah dan hubby dah parking kereta elok punya... tetiba akak xboleh bangun.. terus gi Hospital Ampang.

Sesampainya di sana, terus die suruh duduk kat katil tu, nak cek bukaan. Ya Ampun, masih 1cm... Balik rumah tido kat umah... hahahhahaha.. Main2 plak budak bertuah ni. 




********************************************************************************


7/6/2012

Tak jadi pergi interview kat MPAJ. Sedih giloss ibarat pelamin anganku musnah. Pinggang ni masih sakit ya amat sampai nak kencing dan nak bangun pun macam budak baru nak belajar berdiri.

Malam tu rasanya macam nak terberanak sungguh.... Kan anak 1st manalah akak tahu macam mana sakit sebenar nak beranak. Bergerak ke Hospital Ampang dekat bahagian Ibu mengandung. Terus di suruh masuk dan baring di katil.

Doktor nak cek bukaan. Hensem plak doktor ni. Melayu dan lelaki... muahahhaha.. Masih 1cm... Aduhaiii... Akak minta doktor tahan wad dan xmau balik rumah. Tak larat nak panjat tangga.



 ********************************************************************************


8/6/2012 - 10/6/2012

Admit wad 4D second class punya. Suka sebab ada air-cond. Itu pun minta ehsan hubby guna Guarantee Letter (GL) dia. Kalau 4 kali masuk, 4 kali kena amek GL unless Hospital Ampang dah update record HARMIS dia.

4 hari duduk kat sini bukaan masih 1cm. Actually 9/6/2012, Dr dah suruh discharge. Tapi akak hampir jatuh kat bilik air dan pingang terus cramp tak boleh berdiri. Bila Dr. analisis, rupanya ada history pasal slip disk. Terpaksa tambah lagi 2 hari duduk kat hospital. Yeaaahhh... golek baring golek baring sebab tanda rasa contraction. 10/6/2012 discaj. Kencing pon pakai tiub dan pampers..

Ada masalah ni kalau dah boleh keluar. Takkan nak masuk keja balik. Malu akak weeeiiiii... Hari tu beriya macam nak beranak. Big boss pun sibuk tanya2.. Dr. bagi ubat tahan sakit, petang 10/6/2012 akak balik rumah.

Malam tu dapat tido lena sebab dok fikir lambat lagi nak bersalin. :-)






  ********************************************************************************



11/6/2012

Jam 3 bangun terasa nak kencing tapi eh eh eh kenapa dah terkeluar dulu air kencing ni.. Aik pundi kencing dah tak berfungsi dengan baik ke? Bila check balik, macam bukan air kecing. Eh air ketuban ke ni.. tapi sikit je. 


Lepas dah basuh2 semua, akak sambung tido balik. Jam 5 bangun nak kencing lagi.. Eh benda sama berlaku.. Kompius ni air kencing ke air ketuban... Lepas dah bersihkan semua, akak tido balik. Jam 6.45 bangun solat subuh pastu ada lagi airnya.. 


Cakap kat hubby rasa macam nak g Hospital baliklah. Tapi akak tak rushing. Ikut Hubby g punch card then baru pergi Hospital. Malu ok, 3 kali kot dok masuk tempat cek ibu hamil tu... doktor perempuan cek, ambil sekali sample air yang mengalir tu... Konfium air ketuban hang dah bocoq... Bukaan? Bukaan? 1cm lagi... Bapak stressss.. 


Dengan menyampahnya dan seram sejuk dipersilakan ke wad hari tu. Ni confirm esok lusa bersalin. Berdebar akak..


Tunggu ada contraction, tak datang2 pun. Nurse pulak ashik dok masukkan antibiotik dan kejutkan akak wat CTG. Then Dr. kata kalau bukaan masih 1cm, mereka akan Induce sebab air ketuban dah bocor. Takut infection pulak.



************************************************************




12/6/2012

Jam 6 pagi tu bangun dengan tak mandi Dr. cek bukaan.. Supriseee bukaan akak masih 1cm. Stress gile. Dr. terus masukkan ubat induce. Jam 2 p.m. Dr akan datang check bukaan, kalau dah 4 cm terus masuk labour room. Kalau sebaliknya, ubat kedua induce akan di masukkan... Huwaaaa seram.. 

Lepas masuk ubat induce tu kita kena baring selama sejam. Tak boleh buat apa2. Lepas sejam tu akak siap2 mandi kasi wangi. Lepas tu bacalah apa2 doa kat atas katil tu. Ok, contraction dah rasa... sakit tapi masih bleh tahan. Jam 10 Dr datang check, bukaan nya dah 2cm... huakloo sakit macam tu bukaan masih 2 cm. Kalau 4cm ke 5cm entah macam manalah agaknya..

Then jam 2 Dr datang check bukaan, Supriiiseee bukaan baru 3cm. Rasa nak menangis pun ada.. sebab xlarat nak tunggu dah. Pastu kena masuk ubat induce pun takut juga... 

"Dr. baru 3cm ke? Aiyaa.. macam mana Dr. nak induce lagi ke?"
 "Takpelah U standby jela.. jam 4 kita tolak u masuk labour room...."

Alhamdulilla tak payah masuk 2nd ubat induce. 

Standby mode. Msg pada Hubby. Sakit hati time hari nak masuk labour room tulah dia orang hidang nasi dagang untuk lunch. Mana bleh makan nasi dagang.. anginlah..

Dalam jam 4.30 mereka tolak akak masuk labour room, sejuk ok. Eh.. sebelum tu dia masukkan ubat senang berak.. hahaha immediately berak kuar.. best plak ubat ni....

Masukk dalam Labour room dengan hati yang berdebar..........


To be continued.....


Lots of luv,
Mommy Dalee 





Thursday, May 10, 2012

Sshhhh... camne nak elak minum air gula..




Assalamulaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~~~

*********************************

Akak paling tak paham konsep "minum air gula". Untuk detact kencing manis? Tapi takpelah, kalau bab kesihatan tak boleh nak main2 sangat. Nanti kemudian hari yang susah. Yang susahnya, appointment minum air gula tak sama hari dengan hari check up. Udah lah berulang kali nak ke KK Ampang tu. Orang kalau sikit takpe.. ini seramai2 umat ada. Cakap jelah nak bangsa apa...semua ada. Masa ni lah nak belajar bersabar dan meregangkan otot mulut. Sama ada nak senyum atau nak membebel. Heheheheh (^_^). 

Di sebabkan bekera sebagai kuli batak kat opis ni, mana boleh sesuka hati mak kita nak ambil cuti atau time off pon. Bapaklah kedekut. Dahlah xde half day leave, time off pon 2 jam je.. Sengal. Masa check up minggu ke 31 tu, akak minta kebenaran KK untuk buat test air gula tu di klinik swasta. Nasib baik dia kata boleh. Lega ahkak.. Lepas settle check up kat KK, akak pergi ke klinik swasta Samuel macam biasa. Dengan penuh harapan, akak menyatakan hasrat nak buat test air gula kat situ. Tapi nurse kata klinik tu tak de test camtu. Haduuuiiilaaa pon... 

Tapi akak terus2 juga tanya dengan doktor Samuel. Jawapannya...

"Boleh.. kita buat sekarang"
"Eh.. tapi doc, i tak puasa hari ni" 
"Tak payah puasa2. Non sense. Sudah makan tengah hari?"
"Sudah.. I makan kuih2 saja"
"Ok.. kita buat test. Nurse amik jarum"

Gulp.. gitu je. Tak payah nak minum air gula bagai. Akak tak puas hati tanya jugaklah walaupun Doktor tu memang pakar. Dia kata sebab kita dah makan, so kalau kita buat test masih boleh detact kita penghidap kencing manis ke tak sebab darah kita telah bertindak balas dengan gula. Kalau doktor tu tipu, tipu lah akak kepada semua yang baca ni... Maap maap. Tapi nampak macam logik juga.

Di sebabkan masa ujian tersebut adalah jam 4.30, tahap gula akak mesti tidak lebih dari 7. Yup darah akak hanya 6.30. So settle. Alhamdulillah sehat dan tak payah ambil cuti... Woohaaaaaa.......




So, Dr. Samuel bagi akak surat pengesahan ni untuk di tunjuk kan kepada KK. Harap2 mereka puas hati dan tak payahlah nak kena ambil cuti semata2 nak minum air gula.... Cooooiiiii....


Lots of luv,

Mommy Dalee~~


Wednesday, April 25, 2012

Baby's coming - Mama's preparation (31 weeks)



Assalamualaikum dan aaaahhhaaaaaiiiii~~~~


************************


Semakin hari semakin nerbes.. 9 weeks to go. Semoga Allah permudahkan segalanya. Preparation now at 80% jek.. Masih ada barang lagi nak tambah. Macam wat preparation kawen plakss.. ngeee.. Sebenarnya yang balance2 tu akak nak tunggu time baby expo. Tapi bila blog walking ramai yang kata baby expo sekarang tak murah macam dulu. Akak cuma harapkan pampers mammy poko tu murah, yang lain2 dah beli dah... eh eh tungku baby belum lagi.. Pon tak tau nak wat pe tungku baby tu, orang beli akak pon nak beli. Sebenarnya akak pon tak sure bila waktu yang sesuai untuk start beli barang2 baby ni. Tapi konsep "beli sikit2, tapi xterasa" is not applicable kat akak.

1st trimister :
Banyak survey2 dan beli satu buku catatan untuk buat comparison harga. Tulis mana2 blog yang boleh offer harga murah.Start saving dengan lebih banyak.

2nd trimister :
Come out with list to buy together with budget. List tu pon akak amek dari blog2 dan tambah tolak mengikut keperluan. Setiap barang tu akak letak estimated budget dan actual amount incurred. Senang nak pantau duit saving kita tu ke mana. Dats why "beli sikit2, tapi xterasa" not applicable to me. Tapi memang blog2 mommy to-be banyak membantu. Thank U uollssss!!!!

After all the list finalise, first barang akak beli adalah playpen/cot.. hahhaha takde kena mengena langsung. Sebab En. A jatuh hati cinta pertama bila tengok benda tu kat kedai 'Anakku'. Akak setuju saja... 

Survey any expo atau baby fair, warehouse dan sales.

3rd trimister :



Sooo dammn kiut. Within bajet tapi nisbah quantity berkurangan.. hahahha Sorry baby.. pakai kasut ni sampai umur 2 bulan ok..nanti Mama dan Papa beli yang lain.

So far, barang2 baby almost completed cuma tinggal tilam, tungku baby,topi, pampers dan breast pump. For Mama : Set bersalin, tungku, herba2, vitamin/supplement belum sempat nak g beli. Sebab nak setle barang baby dulu.


Baju2 pon dah start basuh sebab Nurse kat KK suh prepare barang2 masuk dalam beg dah... Tapi stress beli baju baby boy.. warna semua biru dan putih, dah macam kumpulan anak lawyer dah. OOpppss.. terdisclose gender plak dah..

Memang penting check list ni and the estimated budget, so that kita masih ada saving untuk baby after dia lahir. Tapi akak paham, kalau anak first ni eksaited dia melampau2... Tapi akak berjaya mengatasi masalah "kehendak melebihi keperluan" ni. Jadi try to avoid masuk mothercare or baby gap sekerap yang boleh. Boleh sawan di buatnya kalau tak beli. Nah... Tolonglah pegang debit card akak ni... (T_T)



Lots of luv,
Mommy Dalee~~



Thursday, April 12, 2012

Wah~~ waktunya sudah hampir ni... Where and When laa ??



Assalammualaikum dan aaahhhhaaaaiiii~~~


**************************


"Bila nak bersalin?"
"Erk lambat lagi. InsyaAllah awal bulan 7"
"Nak bersalin kat mana?"
"Erk.... kat Hospital Ampang je..."
"Yeke... kenapa tak pi swasta.."


Camne nak jawab? Kalau ikut hati semua wanita nak bersalin dan di layan dengan baik di hospital swastakan. Tapi tulah ikut rezeki memasing2.. Sebab dalam pemikiran akak, anak 1st without any experience adalah bukan waktu yang sesuai nak main testing and error. Hallo this is  not programminglahh... At the end, anything happen if hospital swasta ni tak mampu nak handle, pass plak kat hospital kerajaan balik.... Nakmo.. nakmo nakmo..

At this stage, ibu2 yang mengandung dan suami2 akan mendengar macam2 cerita dengan macam2 genre seperti cerita bersalin yang gembira, cerita bersalin yang scarrrryyy, cerita bersalin yang kelakar dan cerita bersalin yang romantik. Eh ada ke?

Bagi ibu2 yang mengandung anak pertama ni mesti lah seram sejuk je bila dah nak dekat2 bersalin ni. Macam akak yang penakut ni seboleh-boleh nak jadi berani. Tapi kadang2 tu jadi seram dan down plak bila 'orang-orang' kita ni suka bercerita betapa 'Scarryyyy' bersalin kat spital kerajaan ni. Adoooiii..... 

Last check up kat KK Ampang, berat akak 80kg je??? Percayalaaaaaa..... (Nyanyi lagu Siti) hahahhaha. Ni tak tipu, betul2 punya kejadian. Paling tak syiook, nurse tu boleh perasan plak akak tak minum air gula lagi. Nyampahnya.... Pastu siap pesan dan bleh start beli baju baby and packing2... eh eh eh...seram!!! Seram konon, stroller pon dah beli.. Melampau. Di sebabkan sekarang dah masuk 29 minggu, dah start g check up 2 minggu sekali, ni lah problemo nya.. Kerja kuli cam akak ni mana bleh amek time off selalu.. tak kesahlah dengan apa alasan sekali pon. Kalau amek cuti ranaplah.. kerja sapa nak buat... Waaaaaaaaaa....... fenin2..
 

Part ni bukan tak suka, tapi macam 'pyhico' je. Ashiklah nak mengira tendangan2 Van Persie si tecik ni. Kalau dia tak tendang, mula lah kang terpikir macam2. Dah lah setting sampai jam 9 mlm je. Si tecik ni kuat menendang bila nak tido. Pon xpaham ni. Nak ajak bergurau ke? Ikut perangai sapa tak tau suka tido lewat ni... Nakmo nakmo nakmo...


Lots of luv,
Mummy Dalee~~


Wednesday, March 21, 2012

6 months check up : Tidak menerima hakikat


Assalamualaikum dan aaaahhhaaaaiiii~~~~


************************


Akak rasa terlebih muatan bulan ni. Selalunya jadual check up akak sebelah petang sebab malas nak bangun  pagi2 dan En. A pun agak kurang menepati waktu bila pagi. Selalunya akak buat check up di 2 tempat. Klinik Kesihatan Ampang dalam jam 2 dan Klinik Samuel dalam jam 4.30.

Macam biasalah kalau appointment jam 2 tak semestinya start jam 2. Kena ambil jugak no. giliran. Dis round Klinik Kesihatan Ampang menukar sistem pengurusannya.. rasa cam ada kelam-kabut sikit... sikit jek. Dah dapat agak bulan ni mesti sure berat naik dari kebiasaan. Bila nama di panggil, nurse suruh gi timbang berat macam biasa tapi tak ada orang jaga pun. Mata takut nak pandang timbang *ting ting ting* 80.40kg. woohaaaaa... 4kg dlm masa 4minggu. Syabas bette'.. Letaq kepala lutur ni kalau suruh minum air gula hari ni. Sure akak fail. 

Nurse tanya "Berapa?" 
Akak jawab "79.4kg". Argghh sudah, menipu plak ni.

Nurse senyum sebab berat naik lebih dari 2kg. Akak terus je wat ujian lain seperti biasa. Ambil air kencing, amek darah (part ni tak suka sebab jari macam kena stapler je..) dan check perut. Bila ujian darah keluar.... Adeesss HB turun dari kebiasaan 11.05. Tapi masih dalam keadaan normal. Pasal berat yang meningkat dari kebiasaan tu terpaksa mendapat perhatian dari doktor. Minggu depan confirm minum air gula. Ni gara2 makan nasi kandar lah ni dan kurang makan jambu... dan minggu ni pun kene henjet kancing gigi. Lenguh dan tetiba rasa nak demam mungkin sebab phobia tengok jarum. Eh semenjak?


**********************************************************

Ajaibnya bila timbang berat kat Klinik Samuel, eh eh eh elok je dia 79.4 kg. Kira akak tak tipu lah tadi.. mungkin timbang kat KKA tu rosak atau nak sabotaj ni. hehehe.Bila tanya Dr. Samuel, dia kata berat naik dari 2-4 kg is normal. So far jumlah peningkatan akak dari bulan pertama hingga sekarang hanya 9kg. Ok lateeeww...Kebiasaannya kalau akak ke klinik Samuel, doktor akan scan baby. Tapi hari tu kami tak scan sebab sebelum ke KKA kami ada buat scan 3D/4D kat Klinik Kita, Bandar Baru Ampang. Baby membesar dengan sempurna dan normal. Syukur alhamdulillah.. (Nafsu makan pun boleh tahan ni..kuat minum Hot Chocolate Starbuck.. adesss.. Anak, sianlah kat Mama..Tapi kekadang tipu dia bagi minum milo sudah.. (^_^))

Gambar 3D/4D tak leh tunjuk lagi.. Baby malu cam 'Mama' dia.... (^_^)


  *********************************************************


Walaupun dengan dengan keadaannberat seperti itu akak rasa ramai yang kata perut akak ni tak nampak macam 6 bulan. Ada sekali pak guard kat Mid Valley kata "Eh.. dah gemuk lah awak" Hengkau ni pakcik macam nak tempah tapak tangan je.




Nampak biasa2 je kan? Itulah kelebihan orang yang kurang lemak di perut. Kurang ke????? (^_^). Hebak tak hebaklah akak boleh pakai baju kurung lagi time 6 bulan pon. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat 'Mama dan Baby' selama ini. Kami mendoakan orang lain jua mempunyai kesihatan yang baik. Aminnn..


Lots of luv,
Mommy Dalee~~



Saturday, March 17, 2012

Minggu ke 25 yang pilu...



Assalamualaikum dan aaahhhaaaiiii~~~~


************************

Semalam adalah pengalaman pertama 'Mama dan Baby' naik public transportation selepas 6 bulan di manjakan 'Papa'... Rasa begitu hebat dan risau sebenarnya. Kalau dulu 'Mama' memang RATU rebut, dari zaman belajar dulu memang dah biasa rebut2 naik bas ni... tapi semalam 'Mama' wat lek lek je naik bas sambil doa2 ada tempat duduk untuk 'Mama dan Baby'. Sebelum naik bas pun 'Mama' dah pesan pada 'Baby' to be strong today sebab kena berdikari sikit. 'Papa' tak ada, kena masuk hutan (latihan wataniahhhhh... (T_T)). Kerana hati tisu 'Mama' ni.. 'Mama' sanggup gagah balik naik bas, naik putra, lrt dan last sekali teksi. (dari mid valley ke ampang)

Malam jumaat tu, hati 'Mama' dah tak sedap. Rasa pilu tu dari office lagi.. Banyak betul kepincangan semenjak manager baru dari EY tu masuk. Rasa macam nak resign je... tapi rezeki 'Mama' tak ada lagi kat tempat lain. Lepas 'Papa' kalut2 dengan preparation wataniah dia, akhirnya 'Papa' datang pick up 'Mama dan Baby' dari office jam 9.30 p.m. Masuk dalam kereta dan tengok muka 'Papa' yang kepenatan lagi pilu sebab nanti terpaksa berpisah sekejap dengan papa 3h 2m tanpa sebarang komunikasi.. ateee gilala...Lepas tu kami terus gerak pergi kedai makan sebab 'Papa' kata dia belum makan.

Lepas dah makan dalam jam 10.15 p.m. tu kami pun balik rumah 'Mak Mama'. Cam biasa borak2 sikit dengan  'Mak Mama' tapi nampaknya tak di layan macam cakap dengan dinding.. adeeeeeeesss.. lagi pilu hati ni,,, tak tau lah kenapa dengan 'Mak Mama' ni. Muka pun kelat macam Teh 'O' pekat. Lebih baik 'Mama' masuk bilik dan siap nak bersihkan diri pastu leh tido..Kebetulan nak masuk bilik air tu, 'Adik Mama' pun nak masuk tapi dia sempat berborak dulu dengan 'Mak Mama'. Entah hapa2 dia borak tetiba naik angin tak jadi masuk bilik air dan terus masuk bilik dia. 'Mama' masuk bilik dia tanya nak mandi dulu ke? Terus tak semena2 'Mama' kena tengking. Pakalla 'Mama' tengah penat dan mengandung ni, kalau tak memang 'Mama' dah sepak dia. Dek akibat kena tengkingan tu terus terjatuh air mata pertama dalam tahun 2012 ni..Menangis tak berhenti2 sambil masuk bilik air mandi dan berwuduk. Lepas 'Mama' dah selesai solat, 'Papa' dah tanya2 kenapa nangis2 ni. 'Papa' ingat 'Mama' nangis sebab dia nak gi wataniah....itu hanya 30% je.. Tak delah sedih sampai nak nangiskan.... 'Mama' diam jelah.. malas nak cakap pape. Cuma 'Mama' cakap esok 'Mama' nak gi rumah MIL kat Ampang.

So sekarang ni, 'Mama' ada kat rumah MIL. Tak tau nak wat pe. Dah macam penguin sakit pinggang. Terbaring je. pagi tadi 'Mama' dah makan roti beli kat cold storage semalam. Ni dah dekat jam 12 p.m. 'Baby' belum tunjuk tanda2 lapar. 'Mama' rasa hari ni 'Baby' makan lewat dari kebiasaan sebab tak nampak tanda2 dapur nak berasap lagi.. hukhukhuk.. Kalau nak harap 'Mama' turun pergi cari makanan, memang penatlah naik tangga. Tak pe 'Mama' topup perut dengan Milo O dulu jap lagi.. Harap2 'Baby' strong. 

'Mama' janji lepas ni 'Mama' nak belajar sampai mahir bawa kereta. 'Mama' rasa susah sangat tanpa 'Papa' di sisi. Tapi 'Mama' masih tenang dan kuat sebab Allah bersama 'Mama dan Baby'. Insyaallah. 'Papa'.. baliklah cepat. 'Mama dan Baby' nak balik rumah kita....


Lots of luv,
Mommy Dalee~~

Monday, February 20, 2012

Majlis cukur jambul yang comel ke atau aqiqah???


Assalamualaikum dan Aaaaaahhhhaaaaiiiii~~~~~


*******************

Buku feberet akak sekarang ni... acecece nak tunjuk buku tu di sign oleh Ustaz Don sebonar eh... So far akak rasa buku ni paling best dan praktikal. Kecil boleh letak kat dalam handbag. Buku ni pon di edit dengan baik. Senang nak paham dan tak macam buku sekolah kita tu.

Dulu masa belum ada rezeki lagi, akak ada gak tanya2 orang pasal cukur jambul ni. Ada yang kata majlis cukur jambul yang di hiasi dengan nyanyian berzanji tu hanyalah adat kita je. Bukan sunnah atau wajib. Di sebabkan majlis cukur jambul sekarang mengalahkan pelamin akak masa kawen dulu... itu yang lebih mendorong dan terdorong untuk mencari ilmu pasal majlis cukur jambul ni. Mendahulukan yang wajib tu lebih baik untuk mendapat kebaikan dan keredhaannya.

Menurut buku "Doa, Zikir & Amalan Ibu Hamil" (DZAIH) cukur jambul anak sunat di buat pada hari ke 7 selepas kelahiran. Kemudian rambut tersebut ditimbang dengan emas atau perak sesuai dengan kemampuan ibubapanya, dan di sedekahkan.

Aqiqah pula yang paling utama dilaksanakan pada hari ke 7 dari kelahiran bayi dan memotong kambing. Di anjurkan kedua-dua ibu bapanya tidak memakan daging akikah anaknya, termasuk keluarga dari kedua-dua keluarga. Hukumnya mendekati haram.

Tapi sekarang ni kebanyakkan orang buat majlis cukur jambul dulu dan melambat2kan aqiqah. Mungkin ada yang terlupa untuk memasukkan bajet aqiqah ni... Sama macam parents akak dulu, akak dah besar panjang baru nak buat aqiqah. Alhamdulillah lah akak ni sehat..... 

Ini kerana kaifiyat  aqiqah ialah diharapkan si bayi memperoleh kekuatan, kesihatan zahir dan batin. Zahir dan batinnya tumbuh dan berkembang dengan nilai2 Ilahiyah. Dengan aqiqah juga diharapkan si bayi kelak menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu-bapanya. Jika acara ini dilaksanakan dengan tulus ikhlas dan dijiwai nilai2 rohaninya oleh kedua-dua ibu bapanya, tentu akan terpengaruh terhadap perkembangan jiwa dan rohani si bayi.


Makk aiii kalah pelamin akak.. 

"Wahai anakku, mama tak buatlah majlis cute mute gilang gemilang macam ni untuk kamu ye.. Sebab mama nak kejarkan barakah hari ke 7 bercukur tu. Dengarlah kataku, wahai anakku yang soleh. InsyaAllah majlis aqiqah kamu mama buat pada hari raya Aildilfitri nanti. Kalau nak kejarkan aqiqah hari ke 7 tu pon tak sempat wahai anakku yang soleh sebab semua orang sibuk nak buat persiapan ramadhan dan berpuasa....InsyaAllah dengan Izin Allah..."

Bersama2lah kita mengingati.. kalau akak lupa, 'tolong ingatkan aku...'[nyanyi macam Anna Rafali.. erk.. gelii]. Dan akak harap teman2 lain pun jangan lupa memasukkan bajet aqiqah dalam bajet kita masa preknan. Selalu wat blog walking, memang bab ni selalu mommy-to-be tertinggal. Erk sekarang kena buat keputusan untuk anak pulak.. dulu utk diri sendiri. Haiii untuk diri sendiri pon selalunya berperang... ni plak untuk anak... Aduii kena banyak membaca lagi.. tapi penyakit M ni memang menjadi2 bak kuasa petala ke 8.


Lots of luv,
Mommy Dalee~~

Thursday, February 2, 2012

How to make home made Subway Sandwhich?

 
 
 
Assalamualaikum dan aaahhhhaaaaaiiiiiii~~~~

************************

Semenjak JAKIM mengambil tindakan tegas terhadap sticker2 HALAL ni, rasa macam susahnya nak makan. Sebab hati dah mula was2. Bila dah mula was2 tu yang jadi masalah, dah jatuh haram nak makan kan? Tapi macam biasalah kalau benda tak boleh makan tu, nafsu bergelojak macam setan main gendang. Kita punya akal fikiran untuk berfikir, setiap permasalahan mesti ada jawapan... Kenapa tak cuba buat sendiri??? 
 
1. Mula-mula kita beli daging slice di carefour atau jusco. Bleh di timbang mengikut kepingan yang kita nak. Kemudia bakar guna microwave/oven/di kuali.
 


2. Kemudian beli roti oatmeal/wholemeal di carefour/giant/jusco. Kemudian belah di bahagian belakangnya dan di bakar bersama cheese.






3. Kemudian sediakan dan potong sayur2 mengikut kegemaran anda... 




4. Kemudian letakkan sos2 kegemaran anda...



5. Boleh di makan dengan jayanya...... oooowwhh noooo... rasanya sama...rasa sandwhich lah...




Selamat memakan makanan halal..... hahahhaha



Lots of luv,
Mommy Dalee~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails