Thursday, January 3, 2013

Puree pilihan Bukhary (6 bulan)





Assalamualaikum dan Ahhaaaiiiiiiii~~~~~


**********************

Selamat Tahun Baru, Semua... Happy New Year.... 


Lil Buk [LB] dah 6 bulan 20 hari sekarang. Opkos dah start solid food. Kepeningan jugaklah bila nak kena jaga makan dia. Bila anak sulung ni, kalau boleh semua nak bagi yang terbaaaeeekk. So, kita mulakan dengan makanan yang berkhasiat dan di buat di rumah [Homemade Solid Food For Your Baby #hsffyb]. Kalau lah akak ni tabah, LB berterusan makan makan yang sehat-sehat gitu.. tak dop garam, tak dop gula, tak dop nestum2, tak dop makanang hak luar. So dear modern and educated Mommy, lets' bertabah. \(^_^)/

Makanan yang diperkenalkan ini adalah sesuai dan elok untuk perut bayi yang baru nak mula memproses makanan. Bukanlah kata nestum tu tak baik, tapi dia tidak memudahkan proses penghadaman untuk bayi. Boleh makan ye tidak racun.


LB, sayang nak order makan apa untuk 6 bulan ni? Sila tengok menu di bawah......Tengok je ye, Mama yang akan pilih. heks




*********************************************


Hari 1-4 - Puree Avocado



Cara-cara penyediaan : Bersihkan semua peralatan dan buah. Belah Avocado tersebut kepada dua. Kemudian korek bijinya, lepas tu bolehlah korek isinya dan letak ke dalam pinggan. Kalau rasa ade ketul2 sikit tu, lenyekkan. Tak perlu campur air, tapi kalau nak pun boleh. Dalee hanya campur susu bila LB nak makan.


Hari 5 - 8 - Puree Apple


Cara penyediaan : Bersihkan semua peralatan dan buah epal tersebut. Kemudian kupas kulit buah tersebut dan potong sekecil dadu. Masukkan ke dalam kukusan. Kukus sehingga di yakini lembut. Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus mulus. 

Note : Apabila masuk ke dalam bekas, pastikan anda tapis dahulu bagi bayi yang berumur 6 bulan hingga 8 bulan. Tapi Dalee tak tapis pon sebab bullet blender telah memblend sehingga sehalus2nya. Kalau sama seperti yang di blend tu. Ikutlah nak guna kaedah yang mana. tapi kaedah yang betul perlu di tapis ye Mummy.


Hari ke 9 - 12 - Puree Keledek jepun (sweet potatoes)


Cara penyediaan : Bersihkan semua peralatan dan keledek tersebut. Kemudian kupas kulit keledek tersebut dan potong sekecil dadu. Masukkan ke dalam kukusan. Kukus sehingga di yakini lembut. Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus mulus.



Hari ke 13 - Hari ke 16 - Puree green peas




Cara penyediaan : Bersihkan semua peralatan dan rendam sebentar grean peas tersebut. Kemudian kupas kulit peas tersebut. Yeeeeppp sebiji-sebiji. Masukkan ke dalam kukusan. Kukus sehingga di yakini lembut. Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus mulus. 



Hari ke 17 - Puree Pisang




Cara penyediaan : Bersihkan semua peralatan dan pisang tersebut. Kemudian kupas kulit pisang tersebut dan potong sekecil dadu. Masukkan ke dalam kukusan. Kukus sehingga di yakini lembut. Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus mulus. 

 Note : LB tak boleh makan pisang. Dia angin dan kembung. Sorry sayang.



 Hari ke 18 - 21 - Puree Plum 



Cara-cara penyediaan : Bersihkan semua peralatan dan buah. Belah plum tersebut kepada dua. Kemudian korek bijinya, lepas tu kupas kulitnya dan masukkan ke dalam kukusan. Kukus sehingga di yakini lembut.  Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus mulus.


Kenapa 4 hari? Undang2 nya begitu untuk lihat reaksi dan ransangan elergik kepada makanan tersebut. Tapi kalau rangsangan bayi terhadap makan tu terus berlaku, sila berhenti dengan cepat. Contoh macam pisang tulah ye boleh plak kembung pada LB.


Do you enjoy eating Healthy Food sayang?

*
*
*
*



OK. Gud boy... Alhamdulillah. Tapi please susu ye sayang.... Pening Mama la..


 Selamat makan anak2 yang lain. Bertabah ye Mommy. Kepada yang nak join Homemade Solid Food For My Baby sila search kat FB ye. Nanti admin akan approve. Sangat best. All about knowledge. 


Lots of luv,
Dalee~~


<#> Terima kasih kerana sudi membaca blog kami <#>


1 comments:

Pink Lavender said...

rajinnyer mommy nihhh... :)
nampak sedap jer..

makneng follow sini
jemput follow makneng...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails