Monday, April 1, 2013

Tips dan Review : Baby Carseat


Assalamualaikum dan aaahhhhhaaaaiiii ~~~~


************************

Semenjak anak bujangku ini dah pandai berdiri, subhanAllah mengucap panjang Dalee kalau nak pegang dia dalam kereta. Berpusing-pusing, terlompat-lompat... rasanya dia ikut perangai Dalee le macam ni. Stress betul kalau Bukhary buat macam tu. Tu belum lagi dia pijak perut Dalee. Senak woooii..  




Masa kecik bila Dalee and Hubby letak Bukhary dalam infant carrier, menggeletek dia nak bangun, beriya2 menangis tak mau duduk. Mentang2 carrier tu beli second hand murah pulak tu. Salah mak pak jugak.. haaaaiiisshhh.

Sekarang ni demi menjaga keselamatan mu wahai anak, Mama terpaksa juga mencari carseat baru untukmu. Sebelum Bukhary lahir lagi, carseat idaman mama ialah  Ferrari Cosmo Convertible.




Bila letak Bukhary, dia ok macam suka je... Mama happy je, kalau anak pun suka. Sebenarnya model Ferrari dan Fisher Price adalah sama sebab dari pengilang yang sama. Cuma kalau Ferrari carseat button pada seatbelt tu akan berbunyi "beep beep beep" sebagai tanda amaran kalau terbuka. Fisher price tak ada bunyi. Kedua2 model ini boleh recline sehingga 3 kali. Tapi tak adalah anak tu boleh terbaring flat. Normal recline bagi semua carseat. Untuk adjust seatbelt, perlu di tarik dan dilonggarkan di bahagian belakang seat.



Tapi sayangnya, impian Mama adalah mimpi di siang hari. Papa suruh beli jenama Sparco. Dia kata padding dia bagus dan material di bahagian seat pon ada span. Cuma yang tak best bahagian bawah seat ni macam ada satu penongkat macam penahan yang membolehkan car seat ni berada di kedudukan 'recline'. Dalam masa yang sama dia boleh adjustable untuk recline sebanyak 3 kali. Kalau tak mau dongakkan carseat, letak balik tongkat itu seperti biasa dan kedudukan anak ada tinggi sikitlah. Seatbelt pulak boleh di adjust dengan hanya tarik tali seatbelt di bahagian bawah seat bila perlu diketatkan dia dan kalau perlu di longgarkan hanya tekan butang di lubang dan longgarkan tali.

Sepatutnya carseat ni perlu di letakkan di belakang, tapi kereta murah air cond tak kuat sangat. Tambahan Bukhary pantang panas, karang lagi menggeletek dia nak turun dari car seat ni. So far selama 2 hari dia duduk dekat car seat ni, macam ok dan behave je... pastu, tido.. Heaven mama main tab kat seat belakang.


Lots of luv,
Dalee~~


3 comments:

Yani said...

Dalee, apa yang penting baby selesa kan. yani pun sejak dah ada anak buah nie, rasa semua benda kena consider bila bawa baby...

wan said...

beli ktne ni?

Xdiey said...

berapa harga car seat ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails