Thursday, March 7, 2013

Review and Tip : Tips membeli kerusi makan untuk anak yang baru mula makan



Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiiii ~~~~~

*************************

Fasa melihat anak membesar adalah 'moment' yang paling indahkan? Kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk anak, semua ibu memang cenggitu. Spesifik sikit ----> Fasa anak mula makan pada waktu umur dia menginjak 6 bulan, betul? Nak introduce solid food. Of course home made.

Bila mana kita melihat orang lain membeli peralatan makanan untuk membuat makanan anak dan barang2 penyediaan anak ke proses itu, mesti kita pun nak terikut2 nak beli. Bagi yang ada duit tu, tak jadi sangat masalahnya.. ni yang makan cukup2 je tiap bulan camno? Salah satu peralatan yang boleh di anggap penting dalam proses memperkenalkan anak dengan makanan adalah KERUSI.

Masa Dalee nak beli kerusi anak ni, tak ada pulak bloggers yang berkongsi tips, cuma kebanyakkan nya berkongsi tips membeli blender. Itu kita cerita lain kali. Kerusi adalah option untuk ibu bapa sebenarnya, tapi ia bagus dalam mendidik anak tahu apa itu 'table manner'. 

Dalee and hubby mula membuat research (sebenarnya bab research ni Dalee sorang je buat) dan akhirnya survey. Kalau nak survey paling best time expo. Masukkan anak kat kerusi yang kite 'berkenan di hati dan berkenan di poket'. Kalau kita rasa dia selesa dan selamat. Please proceed. 

Kerusi apa yang Femes sekarang? Bumbo Baby Seat.. Ini memang femes. Memang selamat tapi berapa lama anak kita boleh pakai kerusi ni? Kebetulan Bukhary tu tak lah Bam Bam sangat masa umur 6 bulan. Muatlah dia duduk, cuba anak yang bam bam gebu macam marshmellow, sure tak boleh pakai lama. Tersekat kat peha. Confirm. So cancel.

Alternatif lain kami try cari Baby Chair (contoh Brand Fisher Price), sayangnya masa tu Bukhary tak boleh duduk dengan betul dan sekarang pon tak boleh duduk lagi. Kerusi ni boleh di adjust cuma Dalee rasa tak cukup... U know tak cukup.... tak cukuplah... tak sampai kat hati... dekat tapi jauhlah.. hehehehe. So cancel.

Jalan-jalan cari kerusi lagi.. dan kita jumpa yang agak sama dengan Bumbo seat. Nampak selesa dan harga berkenan di poket gituuu... Lepas diskaun 20% lebih kurang dalam RM116. Testing letak Bukhary dalam tu dan die ENjjjjjooooyyy. Kelebihan kerusi ni ialah dia lebih ringan, mudah di bawa travel... boleh main kempas kempis je.. tak payah tiup guna mulut ke pump tanyar basikal ke, cuma pump guna tangan sahaja batang di tengah kelangkang Bukahry tu. Kerusi ni pun boleh di bawa berenang sebagai pelampung atau masa mandikan anak. Ok ko tengok pakejkan. So... Dalee beli. Bagi baby sitter pakai. Tapi di buat mandi aje hah. Time makan Bukhary baring. Tak apalah janji BUkhary tu tak susahkan dia sudah.


Selepas beberapa bulan pakai kerusi ni.... rasa macam tak cukup juga... masih dekat tapi jauh. Mak pak nak makan pun susah oii anak dok jauh kat bawah. 



 
 
 
Dalee cuba nak cari kerusi lain yang lebih praktikal kepada Bukhary dan kami. Jalan-jalan di Ikea dan survey2 kot-kotlah menepati bajet. Yesssss!!! We found this.



High Chair for Baby

Kalau kerusi sahaja lebih kurang RM49 sahaja dan kalau meja dia tu sekali kena tambah RM15. So total dalam RM64. Kerusi ni setakat ke hari ni sangat membantu perjalanan hidup kami. Bukhary pun tahu, kalau kami makan dia pun nak makan so dia duduk kat kerusi ni sambil main pinggan mangkuk. Bila Dalee duduk rumah sensorang nak solat letak kejap dia kat sini. So die boleh tengok TV atau tengok Dalee... (manja sangat ni). Kadang-kadang menatang ni boleh di buat main pee-ka-booo. Cuba mak-mak duduk kat bawah, lepas tu hagah anak kat atas dari kiri ke kanan ke tengah sampailah anak tu boring. (^_^).

Dekat kedai-kedai makan pun banyak kerusi macam ni, secara tidak langsung anak kita akan terdidik di meja makan. Kadang2 memang memberontak minta penampar.. Sabar kan jelah.



Lots of love,
Mommy Dalee~~



5 comments:

yaya+frdz+auf said...

kakaka..lawak la ko dalee. auf pon pakai high chair ni. sedara bagi. jimattt... lepas ni pas kt adik pulak. tapi sampai dah besar pon abg masih kongker ni camno nihhh. hahahaha

Daleela said...

Bonda.... Auf jeles tu..

e.t.t.y said...

oooo ni baby bukhary yg beza sehari dengan umar raihan tu ekkkk.....mama umar raihan siap masukkan dalam blog list...

Daleela said...

Nama umar tu bestlah... ok kite pon masuk dalam blig list juga... erk tapi dah lama xupdate bloglist. Lupa sudah

Mohd Hanif Mustapha said...

Bli mna 1st kerusi tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails