Wednesday, March 6, 2013

9 months : Skill development



Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiiii ~~~~~


*****************************


Hati yang gembira akan membungakan unsur2 positif. Betul? Hihihihih..... Mood pun kembali untuk berbloging. Sumber inspirasi Dr Halina telah kembali rajin berbloging membuatkan Dalee pun dah teruja.

Heks!!! Bukhary dan hampir masuk 9 bulan minggu depan. Sakit bersalin tu masih serrriaaauuu lagi. Push! Push!Push! Hidup terlalu bersandarkan pada kenangan, ni yang susah ni.. Hahahaha.

Dalee selalu 'set mind' jangan terlalu 'compare' perkembangan anak kita dengan anak orang lain. Dalee hanya pantau tahap kesihatan Bukhary dengan begitu teliti. Kalau Bukhary tak sihat, mula lah perasaan dan Qalbu keibuan ni menyelubungi diri. Rasasangat gagal menjadi seorang ibu. As i failed to fully BF him sehinggal 2 tahun (mungkin tak ada rezeki). Dalee titik beratkan bab pemakan Bukhary dan kebersihan dia. Tetiba Dalee terpaksa ambil tahu apa itu protein, apa itu kabohidrat, vitamin C bla bla bla... (tepuk dahi). (Dietitian in da making). Heks! Nasib Bukhary memberi kerjasama dalam bab pemakanan. Sampaikan hari tu nafasnya bau bawang putih.

Semenjak Bukhary dah pandai mengensot, pandai meniarap dan meniti-meniti, tahap kekemasan rumah kami dah semakin merosot. Dengan keadaan yang memang semak tu, Dalee terpaksa meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan di rumah. Tetiba karpet yang lembut terdampar di depan TV menjadi block ABC yang berwarna-warni. Sekali pandang macam Tadika atau Taska. Tapi Bukhary tak boleh mengensot dan merangkak jauh sebab banyak kawasan larangan yang Dalee tetapkan. Hihihi (Sheriff in da house).  

Bukhary ni pulak jenis Kamikaze betul. Suka hati mak dia je nak landing dekat mana. Tak kisahlah kepala turun dulu ke tangan turun dulu ke kaki turun dulu ke.. janji dapat cecah tanah sudah. Jadinya, unsur2 terhantuk tu memang wujudlah. Biarlah dia belajar sendiri untuk dia berdikari, ye dak?

Bukhary sekarang dah macam DBKL, semua benda nak masuk mulut. tapi yang best dia dah tak pakai puting. Puting kesayangan dia yang berwajah bendera PAS dah expired. Bila ganti yang baru siap diimport dari Kelate terus dia reject. Ok, puting - done.

Progress lain akan di kongsi lain kali.


video

Lots of love,
Mommy Dalee~~

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails