Sunday, August 15, 2010

Resepi : Puding Karamel Gula Hangus (kukus dalam bekas microwave)


Ahhhaaaiii~~~

Assalamualaikum teman2ku. Dalam pemerhatianku, harga barang sekarang turun naik, ketika waktu dahulu telur sepapan RM7.90 kemudian menaik tidak diduga kepada RM9.90 dan kemudian RM8.90. Aku tanpa berfikir panjang lagi, membeli sepapan. Tatkala sampai di rumah, baru berfikir2 nak buat apa dengan telur banyak2 ni. Puding Karamel Gula Hangus. Keesokkan harinya baru mencari bahan2 lain dan bekas microwave.

Pengalaman pertama membuat menggunakan bekas microwave gred rendah, sangat mengecewakan. Sewaktu air gula hangus di masukkan ke dalam bekas tersebut, lubang sebesar duit 50 sen terbentuk. ahaks malu.. Ini adalah pengalaman kedua nak buat menggunakan bekas microwave. Nasihat aku, guna bekas microwave gred A (tebal). Mari tinjau resepi...(*aku dah penat nak taip di bulan puasa ini, ampun yek)

Resepi ini akan menghasilkan 15 bekas microwave kecil. So, kalau teman2 nak lebih, doublekanlah resepi ini.. ok?


Bahan A:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanila (aku guna banyak sikit supaya hilang bau telur)

Bahan B:
1 cawan gula (pastikan menggunakan cawan yang sama untuk air)

Cara-caranya :
Satukan bahan2 A dan pukul hingga sedikit kembang. Letakkan di tepi dahulu.
Kemudian  bersihkan dan sediakan bekas dahulu.

Kemudian panaskan Bahan B tadi di dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas gula hancur dan berwarna coklat keperangan masukkan kedalam bekas dengan kadar segera.
Kemudian ambil Bahan A yang telah di pukul tadi dan letakkan kedalam bekas yang diisi gula hangus tadi.

Kemudian tutup bekas microwave ini dan letakkan dalam pengukus. Pastikan tutup dengan rapat.
Kemudian kukus selama 30 minit-40 minit. Setelah masak, masukkan dalam peti ais. 
Apabila dah sejuk, bolehlah makan..ermm... sedap..


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : terima kasih kepada kawan aku yang bagi hadiah pengukus..macam2 aku dah kukus. Ameer je belum aku kukus.. *teheeeee


6 comments:

alinac lover said...

waaaa..

Dalee said...

waaa waaa waaa...

yaya+frdz+auf said...

ini menggiurrr kan nihhh..... wawawawawaaa

Kulanz Salleh said...

Tengok puding tu, nampak menyelerakan.. buat teliur ni kalau tengok waktu siang :D

Sazyla said...

sedapnyer tgk puding ni...
sory la coz tak bgtau awk awal2 pasal contest tu
dont worry.sempat lagi
jgn lupa, mesti amik gambar yg meletop gitu..

Anonymous said...

agak2, brani ke nk kukus mr A??? hee3...
'silent reader' : ~titie~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails