Ahhaaaiii~~
Weekend yang lepas aku shopping kat watson je. Rasa-rasa nak beli barang keperluan. Memang tak boleh blahlah gambar di atas.. macam nak promosi barang jualan kat kaunter je..(Ini En. A yang punya kerja, sila maafkan dia). Olay tu murah RM3, compact powder silky girl pun murah RM2, alore vera tu sunblock RM9.90 (ini permintaan orang yang suka berjemur-hahahahah) dan perfume ENCHANTEUR.
Review (Adore): Harga yang berpatutan RM22.90 (promosi). Bau yang lembut, manis dan comel (adakah bau comel). Bila dah pakai 2 3 kali, macam tak sherasi(ala-ala ajai yek) bersama dengan badan aku ni. Aku kalau boleh nak 1 lif bau minyak wangi aku. Salah satu senjata untuk meningkatkan daya kompiden aku. Kan orang selalu kata "x Cantik tak apa, janji mangi...". Kembali pada review. Bagi peminat minyak wangi Nina Ricci, bau dia lebih kurang je. Dulu aku pernah pakai yang ini, bila duit dah tak da baru tukar Echanteur. Tapi Nina Ricci lepas basuh baju, baunya masih melekat lagi. Tapi yang ini tidak pasti sebab belum basuh baju lagi...
Selamat mencuba...
Lots of luv,
Dalee~~
2 comments:
awak!! apsal murah sgt compact powder tu.. betul ke rm2??? kita nye dah nak abis... olay tu pun...
murah RM2 dan RM3 dari harga asallah yang...aduhhh salah susun ayat...sowy
Post a Comment