Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 1, 2010

Kau Sahabatku.....

Ahhaaaiiii~~~

Apa yang best sangat hari ni? Hari minggu memang best kalau dapat lepak-lepak di rumah tanpa ada gangguan. Tapi hari ini 'ISTIMEWA' kerana hari ini 'Friendship Day'. Buka je Pesbuk(Facebook) ada kawan tag 'Happy Friendship day'. Aku sangat menghargai sahabat yang pernah susah payah, suka dan gembira sama-sama, kering-kontang sesama..muahhahhaha.

Jelajah sahabat :

Definisi kawan dan sahabat bagi diriku adalah berbeza..

Kawan = Kawan boleh lepak2, gelak2, kutuk sesama.. esok jumpa lagi, next month jumpa lagi..tak payah sms tanya khabar..Next month kepochi lagi..jumpa di facebook dan comment2.. Hanya di situ sahaja definisi kawan.

Sahabat =

1. Seseorang yang menghulurkan pertolongan ketika kita tidak memerlukan
2. Seseorang yang menangis untuk kita ketika kita berpura2 gembira
3. Seseorang yang memerhatikan kita dari jauh untuk perhatikan keselamatan kita
4. Seseorang yang kehabisan duit untuk menunjukkan kita di ingati ketika hari lahir atau hari berbahagia kita
5. Seseorang yang jujur dengan segala kebenaran agar kita sedar apa yang kita buat adalah salah
6. Seseorang yang menganggap keluarga kita adalah keluarga mereka
7. Seseorang yang sama-sama susah untuk pastikan kita berjaya bersama-sama
8. Seseorang yang memikirkan kepentingan kita melebihi kepentingan dia
9. Seseorang yang tidak pernah lupa segala janji dan segala ketulusan yang di berikan kepadanya
10. Seseorang yang memberi melebihi permintaan kita
11. Seseorang yang memberi nasihat dan penyelesaian ketika kita dalam konflik
12. Seseorang yang sama2 marah bila kita sedang marah walaupun dia tak tahu punca kemarahan kita
13. Seseorang yang sama2 benci orang yang kita benci walaupun dia tak tahu apa punca kita membenci seseorang itu
14. Seseorang yang mengagumi kita walaupun kita tidaklah hebat mana dan kita tidaklah cantik mana
15. Seseorang yang yakin dengan kita walaupun kita tidak yakin dengan keputusan yang kita buat
16. Seseorang yang marah/risau kalau kita tidak makan
17. Seseorang yang sanggup teman kita di YM untuk pastikan kita tidak STRESS ketika kerja
18. Seseorang yang meyokong business kita ketika orang lain tidak yakin dengan kita
19. Seseorang yang tidak kutuk atau tikam kita dari belakang
20. Seseorang yang anggap kita seperti adik beradik

Penat dowh aku menyenaraikan semua yang pernah kamu orang buat untuk aku. Dan aku pasti banyak lagi yang sahabat2 aku pernah buat untuk aku tapi tidak mampu aku senaraikan di sini.....

Kepada sahabat2 ku Ameer, Sassaroots, United 11, Alang, Suriati, hana (syabas), Nor Laili (SMTKS), Ayu, Kak Ros, Nor Habibah, Angah, Adik Lyn, Nadia, Mohd Aswan, Elyana, NurDiana Harun, Mei Mei, Yuzi Zalila, Zadila, Eila, Intan...........Kalau aku ingat nanti aku update lagi eh..


Lots of luv,
Dalee~~




2 comments:

Unknown said...

wuhuuu..
happy friendship day.. actually tak igt pun tarikhnya sbb rasa hari2 pun friendship day!!

e~P~o~p said...

errr babe....tetibe aku stunned....nor laili tu aku ke???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails