Tuesday, August 24, 2010

Perang Kuih Raya

Ahhaaaiii~~~


Salam kuih raya. Tiba-tiba...tak pernah lagi orang buat salam kuih raya. Sekarang aku dalam keadaan stress nak raya. Dalam kesibukan mencari malam lailatul qadar *Ayat membawa kepada kebaikan untuk semua-mengada*, sibuk juga mencari masa untuk berbuka puasa bagai. Nanti kami ada jemputan berbuka puasa. Time ini, En. A kata kemungkinan ada perang kuih raya. Huisshh!!! Sebelum aku pergi aku cuba membayangkan corak pertahanan dan stratergi yang akan aku gunakan untuk berlawan di perang kuih raya. Sebenarnya aku tak paham jugak corak perlawanan kuih raya itu nanti. Aku hanya menggunakan kaedah selak dan hafal * selak majalah & info di internet dan hafal resepi*.

Dengan ilmu penuh di dada dan sedikit rasa kompiden, selesai sembahyang maghrib bagai, geng-geng mak orang dan bapak orang juga berkumpul *sekarang aku dah join geng mak orang - kesian!!*

Aku dah berdebar, aku rasa diaorang nak berlawan dah ni. Cepatlah weii, aku dah tak sabar nak lawan ni sambil buat muka sopan perempuan melayu terakhir.

"Dalee, tahun ni buat kuih raya tak?" - Bedah

"Tak pastilah, buat tapi mungkin sikit je kot" - Dalee

"Bedahkan tiap2 tahun buat kuih sendiri. Bedah simpan kat tempat persembunyian tapi nanti mesti si abang Abu jumpa. hehehe. Si Tipah ni pun sama ni, buat kuih sendiri lagi banyak ni. Penuh 1 almari. Si tipah ni pun buat kuih diam2 je, tengok-tengok time raya menimbun kuih dia" - Bedah

"Bedah aku belum start buat macam kau lagilah" - Tipah

"Alaa.. Tipah entah-entah kau dah siapkan semua..eh tapikan si Temah kata dia dah siap sebelum raya lagi. Semalam dia call aku, aku tanya dia kata dah siap semua kueh raya diasebelum puasa" - Bedah

"Bedah, tahun lepas kuih si Temah tu sikit bebenor kan. Aku dapat rasa sikit je" - Tipah

"Eh Engkau ni Tipah, kita datang beraya rumah dia pun dah nak dekat habis raya, dah tentulah kuih raya dia nak habis" - Bedah

Acara menyerang aku pulak sekarang...

"Daleela, kenapa tak buat kuih?" - Bedah

"Tak sempatlah nak buat. Tengoklah nanti kalau ada masa buatlah" - Daleela

"Eh kiteorang tak buat kuih raya susah2, kiteorang beli kuih raya time malam raya. Kalau dah habis, kitaorang hidangkan jelah kuih karipap ke, kuih kaswi ke, kuih seri muka ke... Jemu jugakkan makan raya nanti"

Terburailah gelak tawa masing-masing tat kala dengar khutbah pendek En. A. Tetiba nak jadi pengadil.

OoOOooOo pening jugak bila dah kawen ni nak pikir pasal kuih rayalah bagaikan...puasa pun belum sampai ke penguhujungnya tapi dah perlu fikir kuih raya. Sebenarnya elok juga buat awal-awal ni. Nanti dah nak penghujung 10 malam terakhir tu boleh fokus untuk malam lailatul qadar. Nasib IKEA ada jual kueh raya, murah dan sedap juga kecuali tart nenas tu keras sikit jemnya. boleh buat main baling2 lepas semayang terawikh. Ala-ala di mekah nak baling batu pada si setan...ngeh ngeh ngeh..



Harga sekotak ialah RM10 - 30 biji


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Tunggu entri balang kuih raya. Kalau rajin nak buat DIY.. suprise. En. A kata balang kuih raya aku sebesar baldi. Senang sikit tak payah nak refill bagai kan..


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails