Ini adalah makanan peberet En. A. Paling senang dan sedap. Kami bersahur semalam makan ni dan bihun dan bubur lambuk. Layan ye...
Bahan A :
Ayam 6 ketul potong kecil atau sederhana
Kunyit
Garam secubit
Bahan B :
2 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 ulas saiz sederhana halia dihiris halus
8 ulas cili padi di belah dua
Kacang buncis di potong halus
Tomato sekadar hiasan
2 sudu minyak bijan
Cara-caranya :
Perapkan bahan A dan goreng ayam separuh masak. Kemudian campakkan atau masukkan dengan sopan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang dihiris tadi. Selepas sudah naik bau, masukkan kacang buncis dan tomato. Goreng dengan lembut dan kemudian masukkan minyak bijan tersebut.
Sekarang bolehlah kita makan atau ratah2 ayamnya..Senangkan.. main campak2 je..
Lots of luv,
Dalee~~
p/s : Ibu, sila bangga ye.. resepi ibu dah masuk dalam blog kakak. hehehehe
3 comments:
best2.... kecur... haha... kalau nak pedas, makcik kite ajar, letak serbuk cili.....nanti jadi ayam kunyit bercili...huhuhu
betul2.. nak try lah..makan ngan bubur lambuk.. perghh.. sedap sioot...
ibu awk baca blog ke?
untung sang suami tu dpt si isteri pandai memasak.
eh awk punya caramel tu buat kita telan air liur 24kali la.
Post a Comment