Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman pertama bersahur dan berpuasa sebagai ISTERI

Ahhhaaaii~~

Huarrgghhh.. buruk perangai. Mengantuk seh aku ni. Bangun seawal pagi nak sediakan makanan untuk En. A dan bersahur bersama2. Berdebar2 je rasa nak memikul tanggungjawab sebagai isteri di bulan Ramadhan ni. Dulu main redah je. Rasa nak bangun sahur, bangun. Kalau tak mau bangun, tidur jelah. Respek pada ibu-ibu bekerja yang boleh bangun awal dan masak kemudian sebelah petang masak untuk berbuka, kemudian ada masa pergi solat terawikh dan baca Quran. Ya Allah, aku mencari kekuatan seperti itu. Kurniakanlah kekuatan itu kepadaku.


Ok ini sahur 1 Ramadhan..(meehun goreng, telur mata kerbau, peria goreng dan teh  'o' pudina) huhuhuhu En. A dan aku target nak mengecilkan dan meminimakan kolestrol yang bergelut di badan ni.. we will see ya... So seboleh2nya kita elakkan makan nasi. InsyaAllah..

Petang ni kepala pening nak masak apa? Aduhaiii... ada idea x kawan2? Dalam peti ais ada ayam, telur, dan sedikit sayur. Ohhh.. cabaran ni.


Lots of luv,
Dalee~~

5 comments:

Nazz@Purple said...

selamat menyambut bulan ramadhan..

Ala gi je bazar ramadhan..mcm2 ade.;)

Daleela said...

huhuhuhu pasar ramadhan mahalla wak... hehehehe

izyanty collection said...

salam ramadan...buat ayam masak merah or ayam karopole...simple je nak masak tu hehehe...

DALILA said...

salam ramadhan daleela :)

Kulanz Salleh said...

Salam Ramadhan,
mesti banyak perbezaan kan, sahur sendiri dengan sahur bersama suami.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails