Ahhaaii~~
Di bulan puasa ni kalau dapat makan ikan bakar memang sedapkan... Nak beli mahal nak mam~~~!! Sila cuba resepi ini gerenti sodap.. heheehehe
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru
5 biji cili merah
3 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)
2 ulang bawah merah
sepotong belacan (sebesar duit 50 sen - pandai2lah ukur eh) dan di bakar sedikit. Jangan kasi rentung pulak eh..
*saya tak letak garam sebb belacan dah masin
Cara-caranya :
Potong ikan tersebut dari arah belakang. Pastikan anda membasuh bahagian dalamnya dengan bersih.
Kemudian mesin atau tumbuk bahan-bahan yang lain tapi jangan terlalu hancur.
Kemudian sumbatkan ikan tersebut pada bahagian dalam insang dahulu kemudian bahagian belakang.
Bakar seperti biasa pastikan bahagian dalam masak atau goreng dengan minyak yang panas gila dan api agak perlahan supaya bahagian dalam masak. Kalau lagi garing lagi sedap..
Ok sekarang boleh baca doa buka puasa... "Allahumma lakasum...."Oiitt belum2.. jam 7.30 p.m. nanti ye...
Lots of luv,
Dalee~~
Simple jekan untuk orang yang baru berkahwin... *teheee..
4 comments:
heheh sedap tau..biar simple janji sedap kan
Besh! Dpt da idea nk msk esok :)
Betul2.. janji senang dan sedapkan.. teheeee
suka msakkan yg simple2,esok xkje nk try..
Post a Comment