Friday, September 7, 2012

Waktu-waktu Indah sebelum bersalin...



Assalamualaikum dan aaaahhhhaaaaaiii~~~~


*********************


Melampau lama tak hapdate blog walaupun tak dop sapa nak baca... Anak pon dah 2 bulan 2 minggu.. =). Inilah masa nak mengarut pasal hal terberanak akak ni. Kalau dulu baca blog-blog mommy-to-be sebelum bersalin.. Macam senang je Allah bagi dieorang bersalin. Tapi bila giliran akak..... Hazaaaabbb makkk oiii,.. Allah jelah tahunya...


6/6/2012

Cakap pada akaknya officemate " Esok i nak MC tau. I ada interview"

Petang sebelum nak balik, dah tanda2 sakit pingang. Tambah haram jad** nak g toilet tapi takut sebab ada hantu loceng. Cisss bedevah betul. Makin ku tahan makin sakit pinggangku jebat. Akhirnya langsung tak boleh bangun. Sudahnya di papah orang ke lobi. Tetiba glamer akak kat bangunan IGB tu. Boleh plak jam 8 malam tu ramai manusia tak balik lagi. Makin akak stress bila semua paksa suh panggil ambulan. Korang ni boleh paham tak yang laki aku dah on da way. Yang hubby akak pon dah satu hal, tak sampai2. EH.. tapi bila sampai, akak plak tak boleh duduk, tak boleh baring dalam kereta. Dah tu takkan nak berdiri dalam keta... jawabnya mencangkuk. Memang bongokla situasi tu. 

Dalam pada sakit2 tu boleh plak akak pikir, ni kalau balik rumah ok kot. Bila dah sampai rumah dan hubby dah parking kereta elok punya... tetiba akak xboleh bangun.. terus gi Hospital Ampang.

Sesampainya di sana, terus die suruh duduk kat katil tu, nak cek bukaan. Ya Ampun, masih 1cm... Balik rumah tido kat umah... hahahhahaha.. Main2 plak budak bertuah ni. 




********************************************************************************


7/6/2012

Tak jadi pergi interview kat MPAJ. Sedih giloss ibarat pelamin anganku musnah. Pinggang ni masih sakit ya amat sampai nak kencing dan nak bangun pun macam budak baru nak belajar berdiri.

Malam tu rasanya macam nak terberanak sungguh.... Kan anak 1st manalah akak tahu macam mana sakit sebenar nak beranak. Bergerak ke Hospital Ampang dekat bahagian Ibu mengandung. Terus di suruh masuk dan baring di katil.

Doktor nak cek bukaan. Hensem plak doktor ni. Melayu dan lelaki... muahahhaha.. Masih 1cm... Aduhaiii... Akak minta doktor tahan wad dan xmau balik rumah. Tak larat nak panjat tangga.



 ********************************************************************************


8/6/2012 - 10/6/2012

Admit wad 4D second class punya. Suka sebab ada air-cond. Itu pun minta ehsan hubby guna Guarantee Letter (GL) dia. Kalau 4 kali masuk, 4 kali kena amek GL unless Hospital Ampang dah update record HARMIS dia.

4 hari duduk kat sini bukaan masih 1cm. Actually 9/6/2012, Dr dah suruh discharge. Tapi akak hampir jatuh kat bilik air dan pingang terus cramp tak boleh berdiri. Bila Dr. analisis, rupanya ada history pasal slip disk. Terpaksa tambah lagi 2 hari duduk kat hospital. Yeaaahhh... golek baring golek baring sebab tanda rasa contraction. 10/6/2012 discaj. Kencing pon pakai tiub dan pampers..

Ada masalah ni kalau dah boleh keluar. Takkan nak masuk keja balik. Malu akak weeeiiiii... Hari tu beriya macam nak beranak. Big boss pun sibuk tanya2.. Dr. bagi ubat tahan sakit, petang 10/6/2012 akak balik rumah.

Malam tu dapat tido lena sebab dok fikir lambat lagi nak bersalin. :-)






  ********************************************************************************



11/6/2012

Jam 3 bangun terasa nak kencing tapi eh eh eh kenapa dah terkeluar dulu air kencing ni.. Aik pundi kencing dah tak berfungsi dengan baik ke? Bila check balik, macam bukan air kecing. Eh air ketuban ke ni.. tapi sikit je. 


Lepas dah basuh2 semua, akak sambung tido balik. Jam 5 bangun nak kencing lagi.. Eh benda sama berlaku.. Kompius ni air kencing ke air ketuban... Lepas dah bersihkan semua, akak tido balik. Jam 6.45 bangun solat subuh pastu ada lagi airnya.. 


Cakap kat hubby rasa macam nak g Hospital baliklah. Tapi akak tak rushing. Ikut Hubby g punch card then baru pergi Hospital. Malu ok, 3 kali kot dok masuk tempat cek ibu hamil tu... doktor perempuan cek, ambil sekali sample air yang mengalir tu... Konfium air ketuban hang dah bocoq... Bukaan? Bukaan? 1cm lagi... Bapak stressss.. 


Dengan menyampahnya dan seram sejuk dipersilakan ke wad hari tu. Ni confirm esok lusa bersalin. Berdebar akak..


Tunggu ada contraction, tak datang2 pun. Nurse pulak ashik dok masukkan antibiotik dan kejutkan akak wat CTG. Then Dr. kata kalau bukaan masih 1cm, mereka akan Induce sebab air ketuban dah bocor. Takut infection pulak.



************************************************************




12/6/2012

Jam 6 pagi tu bangun dengan tak mandi Dr. cek bukaan.. Supriseee bukaan akak masih 1cm. Stress gile. Dr. terus masukkan ubat induce. Jam 2 p.m. Dr akan datang check bukaan, kalau dah 4 cm terus masuk labour room. Kalau sebaliknya, ubat kedua induce akan di masukkan... Huwaaaa seram.. 

Lepas masuk ubat induce tu kita kena baring selama sejam. Tak boleh buat apa2. Lepas sejam tu akak siap2 mandi kasi wangi. Lepas tu bacalah apa2 doa kat atas katil tu. Ok, contraction dah rasa... sakit tapi masih bleh tahan. Jam 10 Dr datang check, bukaan nya dah 2cm... huakloo sakit macam tu bukaan masih 2 cm. Kalau 4cm ke 5cm entah macam manalah agaknya..

Then jam 2 Dr datang check bukaan, Supriiiseee bukaan baru 3cm. Rasa nak menangis pun ada.. sebab xlarat nak tunggu dah. Pastu kena masuk ubat induce pun takut juga... 

"Dr. baru 3cm ke? Aiyaa.. macam mana Dr. nak induce lagi ke?"
 "Takpelah U standby jela.. jam 4 kita tolak u masuk labour room...."

Alhamdulilla tak payah masuk 2nd ubat induce. 

Standby mode. Msg pada Hubby. Sakit hati time hari nak masuk labour room tulah dia orang hidang nasi dagang untuk lunch. Mana bleh makan nasi dagang.. anginlah..

Dalam jam 4.30 mereka tolak akak masuk labour room, sejuk ok. Eh.. sebelum tu dia masukkan ubat senang berak.. hahaha immediately berak kuar.. best plak ubat ni....

Masukk dalam Labour room dengan hati yang berdebar..........


To be continued.....


Lots of luv,
Mommy Dalee 





4 comments:

♥ ROS ♥ said...

Xsabar nak next... Hheheh :)

eKa said...

next next ???

Etie Hussin said...

apsal dlm byk2 cite, bab Dr ensem tu ko xcite kat aku?? sengaja kann....hanginnnn...

kech hidayah said...

ubat senang berak?macam nak pi cari kat je..hahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails