Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 21, 2012

Waktu-waktu Indah sebelum bersalin (sambungan)...



Assalamualaikum dan ahhaiiii~~~

************************************************

sambungan.........(nak sambung pon lambat... sama cam kes nak bersalinlah ni.. hewhewhew)



Akak masuk bilik bersalin tepat jam 4.30 p.m.. Di tolak menggunakan kerusi roda..kuikuikui.. masa ni steady je lagi... Tapi di dada berdegup kencang.. En hubby dah ambil baju dan pampers baby. Bila masuk je ruang bersalin, toleh ke kiri dan ke kanan. Banyak pulak bilik kat sini ada dalam 10 biliklah kalau mengikut penjelasan dari kelas antanetal hari tu. Bilik akak di hujung belah kiri bernombor... deng deng deng 7. Peberet nombor dan dengan harapan bertuahlah nombor ni. hahahaha bertuahlah sangat kalau dapat bersalin jam 7 p.m..

Bila masuk ada 2 or 3 orang dalam bilik tu, bidan perempuan, Dr. perempuan dan Dr. pelatih lelaki. Sempat mengumpat lagi diaorang ni... "Baru 3cm dah tolak masuk... alahaaaiii berejam lah tunggu ni..." pastu dieorang semak rekod akak.."oooo... air ketuban dah bocor... oklah.. di maafkan..." eh eh eh.. nasiblah tengah berdebar ni.. malas nak laser2.

Dalam jam 5.30 p.m., Dr. perempuan tu dah pakai glove...... oooowhhhh noooo.... mesti nak seluk ni... aduhaaaiii serammm....

"Tahan sikit, saya nak cek bukaan ye....Awak dah rasa sakitkan?" "Erm.... masih 3cm lagilah.... ok tahan sikit ye... saya nak tolong awak..."
"Arggghhhhh......" Sakit gile kot.. apa Dr ni buat? Mcm mengoyakkan sesuatu..
"Saya tolong besarkan bukaan awak.. kalau tak lagi lama awak nak tunggu..."

Di saat ni memang dah start sakit.. Akak sibuk2 tanya kalau nak ceaser boleh ke x? Hahahha memang salah tempatlah tanya nak ceaser. 1/2 jam di sekolahkan oleh Dr. perempuan tu pasal keburukan ceaser. Ayat paling menyampah nak dengar.....

"Biasala bersalin memang sakit......." <----------------- tak memotivasikan langsung.

Dr. perempuan tu dah habis shift, bidan tu pon dah ke mana hilang pon xtaula... Tinggalla Dr. pelatih lelaki tu.. Tetiba dalam jam 7 p.m. contraction dah semakin kerap. Akak cakap kat Dr. tu, tolong jangan tinggalkan akak sensorang.. Then terus diaorang suruh Encik hubby masuk.

Dalam jam 7.30 p.m. datangla Dr. pakar meround2. Dia tanya akak nak ubat tahan sakit ke x? Dr. tu sangat baik dengan akak sebab akak penah attend class atanetal dengan dia dulu. Macam paksa suruh ambil pon ada.... Tapi dia kata, sebab akak ada slip disk,dia tak bagi amek epidural. Dia cucuk patherdin je...dan oksigen kat tepi dengan drip menda entahla...

Selepas di cucuk patherdin tu... Ada kurang sikitlah.. masa tu akak ambil kesempatan untuk tidur. Encik Hubby dah selawat dan berzikir sambil picit2 kaki... Sebenarnya kaki xsakit pun, tapi takpelah orang dah nak urut..Redha jelah...

Dalam jam 9 p.m. macam tu, Dr. pelatih lelaki tu datang kata nak cek bukaan. Ok fine, terasa nak terkencing pulak dah.. Then Dr. cucuk alat sulit ke tiub dan kencinglah... Serius xpuasla kencing macam tu... Seluk punya seluk... dia kata tak sure berapa cm... ke jadah haram kan??? Dia pergi panggil Bidan berpengalaman (makcik sangattt). Memang gila la Bidan ni.. dia seluk macam seluk perut ayam.. 

"Hah... Dah 4 cm" Pastu terus keluar.

SubhanaAllah... sakit macam2 dah, baru 4 cm.. Ya Allah.... contraction makin kuat. Paterdin tadi macam dah hilang. Pastu kembali bertahan sakit. Dalam 1/2 jam Bidan masuk, suruh baca doa nabi Yusoff... siap tunjuk kat dinding... Eh eh eh rasa nak memaki pun ada ni, aku hafalla ayat tu, xpayahla paksa2 aku pandang kat dinding tu...Pastu Bidan tu nasihat, "Jangan tahan sakit tu, amek oksigen tu... karang nak teran takde tenaga..." 

Sampai jam 10.30 p.m. akak da juling2 sedut oksigen. Sampai muntah kuning di buatnya. Sakitnya Allah jelah tahu. Dosa banyak sangat kot ni... Tu Allah nak kurangkan dosa, sakit lama sikit... hew hew hew.. Datang Dr. untuk cek bukaan. 4cm.. Ya Allah...

Masa ni memang akak nak give up dah... Kawan2 seperjuangan yang masuk dari jam 4.30 p.m. semua dah kuar agaknya... Tapi akak dengar nurse2 ni mengumpat pasal patient vietnam tu.. terjerit2 dan Dr. tu pun jerit2 suruh PUSH PUSH PUSH.... Akak yang sakit ni bertambah sakit dengar. Apa lagi, dalam jam 11.00 p.m. tu akak suruh Encik hubby panggil Dr. sebab nak suruh ceaser. Datangla Dr. peberet akak yang hensem tu... Dia pon cakaplah, Dr. bius tak ada... sekolah kan akak lagi pasal keburukan ceaser. Masa ni akak dah tak tahan dengar dan nak melawan...

"Dr... Dr tak kesian ke kat saya... saya tahan sakit, bukaan masih 4cm... Air ketuban saya pon tak tahu ada lagi ke x ni... dah lebih 48 jam Dr... Tolonglah kesian kan saya Dr...." Bajet dah cukup manja lah pujuk Dr ni.... Pastu dia kata.. "Tunggu jam 12.00 a.m. kita buat keputusan ye... Awak sabar ye..." Wohaaa.... Kalau boleh bangun.. akak dah bangun nak berlari...nak hilangkan sakit contraction ni... Tapi Alhamdulillah.. pinggang xsakit dah.. yang sakit perut ni.. macam di patah2kan tulang tu... Pastu Dr. hensem tu pon berlalu pergi.....Tinggalla akak dan Encik Hubby....

Jam 11.00 p.m. akak dah saaaakiiit sangat.. Dr. datang check bukaan 5cm. Masih tak boleh teran... Rasa macam nak mengamuk pun ada... Dr. dah bangi warning jangan teran sebelum waktunya.. Nanti kepala baby bengkak. Then Dr. berlalu pergi...Tak pe2. akak tahan lagi. 

Dalam jam 11.30 p.m. akak dah menjerit2 Allahuakbar..Dah mengucap.. Berserahlah kalau Allah nak ambil nyawa.. Sakit sangaaaattttt.. Encik hubby panik dan panggil Dr. Kebetulan Dr entah kemana.. Bidan je ada.. Bidan cina.. (I love her very2 much). Dia datang dan selak kain akak.. dia kata.. teranla...

"Nurse, tadi Dr. tu kata jangan teran" Selamba akak panggil nurse.
"Haiya.. sudah nampak kepala punuh, teranlah...saya standby sini..."
"Saya tak pandai teran...berak keras pun tak pernah"

Baru berpusu2 Dr. 2 orang masuk, bidan cina tu setia menunggu untuk sambut baby dan sorang lagi Bidan a.k.a sangatla makcik..Sejam jugak lah akak cuba teran. Semua Dr. dan Bidan very supportive... adala marah sikit " Awak ni tak kesian ke kat baby... cepat teran.. sambung nafas awak tu....." Time ni dah penat lantakla nak marah ke apa...

Memang kuasa Allah.. akak sambung2 nafas dan terus baby keluar jam 12.23 a.m. pada 13.06.2012. Baby boy yang putih dan demuk berat 3.02 kg. Semua orang keluar. Tinggal akak dan Bidan cina berdua nak mengerjakan akak. Jahit dan keluar uri. Alhamdulillah tak rasa sakit. Tetiba bilik bersalin tu jadi senyap sunyi... dan tenang. Bila keluar dari bilik dalam jam 2.00 a.m. baru akak dapat pegang baby.. itu pon tak lama sebab dieorang nak bawa baby pergi NICU sebab nak check darah dia. Sebab dah lama sangat air ketuban akak bocoq, takut ada infection. Huh sedih tak dapat nak breastfeed dia terus.

Dalam jam 4.30 a.m. baru baby di bawa ke wad akak. Itu pon selepas 2 kali tanya.. Nurse siap gelak kata kenapa risau sangat... mau nye tak risau. Susah tu nak bersalin kan dia.. Tetiba hilang. Boleh meroyan akak.





Muhammad Bukhary on 13.06.2012 - Berat 3.02kg


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Hospital Ampang overall sangat baik dan bagus.


 

2 comments:

kech hidayah said...

Hai Bukhary...nape awak tido masa kak dayah jumpa awak aritu...hehehekhekhek...

Unknown said...

Comelnya Muhammad Bukhary .. ^__^

www.anastasyea.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails