Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 9, 2012

Berpantang di hospital seminggu lagi....






Assalamualaikum dan aaahhhaaiii~~~

*****************

Rupa2nya nak jadi seorang 'IBU' ni tak delah senang macam dalam TV tu hah.. Pegang baby, cium2 baby, main2 dan mandikan dia. A ah.. nampak indah je kan.... Cite bayi menangis dari malam ke pagi tak ada, cite baby xmau isap susu ibu sebab niple flat pun xde, cite pasal bayi kena tahan wad tak ada. Memang boleh meroyan.

Bahagian setiap orang lain2. Itu tanda Allah sayang kita. Redha je Allah nak bagi ujian macam ni.. Dalam Redha2 tu sebaldi jugak air mata ni keluar. Setiap malam jugakla nangis macam orang gila. Ni gara2 little Bukhary kena kencing berdarah. Pantang pun tak macam pantang. Sehari keluar dari Hospital Ampang. Esok datang balik, then little Bukhary kena tahan di NICU. Doktor nak cek air kencing dia. Sian dia kena cucuk sana dan sini. (T_T). For the 1st time, akak terpaksa tinggalkan dia di sana sebab akak betul2 penat dari lepas bersalin tu.

Hari 3 

Datang seawal jam 8 untuk tengok little Bukhary. Kesian dia duduk di luar dekat2 dengan meja2 doktor. Dia tak boleh di masukkan di mana2 bilik sebab dia dah pernah keluar dari hospital. Jadi dia telah terdedah dengan kuman di luar dan tak boleh campur dengan baby2 di dalam NICU tu. After checking air kencing, air kencing dia ada kristal. Test air kencing dari saluran kencing juga telah dilakukan dan result perlu tunggu dalam 3 hari. Doktor suggest kami berdua di tempatkan di wad 4B dan little Bukhary kena ambil antibiotik selama 5 hari atau maksimum 7 hari. Ubat sapu pada 'bird bird' dia pun ada.


Hari 4 hingga Hari 9

Duduklah kami berdua di sini makan tanggung berak cangkuk. Dengan berpantangnya entah ke mana. Urut entah ke mana. Dengan masalah susunya lagi. Dengan masalah little Bukhary tak pandai adjust masa. Siang tido malam berperang. Aduhaiiii... nasib kawan2 bilik sangat baik. May Allah bless U all. Walaupun malam2  little Bukhary nangis, dia orang ok dan tak marah. Cuma akak je jadi tak syiokla sian anak diaorang nak tido. Nurse pun sangat membantu.

Hari2 tanya Doc result dari saluran kencing dia, kalau ada jangkitan immediately memang little Bukhary kena buat further check up. Berdoa kami siang malam. Semasa mengandung memang akak pantang jaga makan. Tak mau dia sakit bila dah keluar nanti. Tapi kehendak Allah, siapa yang boleh lawan?

Hari ke 8, antibiotik complete dan result dah keluar. Alhamdulillah tak ada jangkitan dari saluran kencingnya. Cuma jangkitan dari 'bird bird'. Doc kata dah boleh balik esok atau lusa.






Tapi tulah budak bertuah ni, tiba2 tinggi pulak kuning dia. Memang merisaukan. Kena tahan lagi 2 hari. Again, mama nangis!!! (T_T). Mama tak larat nak jaga little Bukhary seorang diri di Hospital. Macam tak ada rest langsung dan sebenarnya mama rindu kat papa juga...(Mengadalah Mama ni...).

 Hari 10
Doc pakar datang check, kuning masih ada, cumanya tidak tinggi. Doc bagi discarge. Yeeeaaayyy. Alhamdulillah. Mama dan little Bukhary boleh balik. Kalau ada kuning lagi memang kena bawa balik ke hospital.

Yes, memang kuning dia lama. Itu nanti akak cita lain.


Terima kasih Allah kerana menghadiahkan pengalaman ini. Tak mungkin akak menjadi ibu yang kuat kalau tidak di uji seperti ini. No matter what Mama love Bukhary..


Love,
Mama Dalee~~


4 comments:

Unknown said...

semoga cpt2 boleh blik umah yer

Daleela said...

thank u ekin... act cite ni dah basi.. now anak dah masuk 3months 26 days dah.. Alhamdulillah..

Khairun Nisa Jalani said...

smg cpt sembuh

kech hidayah said...

alololo siannya anak ko...jaga dia elok2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails