Assalamualaikum dan aaahhhaaaiiii~~~~
************************
Semalam adalah pengalaman pertama 'Mama dan Baby' naik public transportation selepas 6 bulan di manjakan 'Papa'... Rasa begitu hebat dan risau sebenarnya. Kalau dulu 'Mama' memang RATU rebut, dari zaman belajar dulu memang dah biasa rebut2 naik bas ni... tapi semalam 'Mama' wat lek lek je naik bas sambil doa2 ada tempat duduk untuk 'Mama dan Baby'. Sebelum naik bas pun 'Mama' dah pesan pada 'Baby' to be strong today sebab kena berdikari sikit. 'Papa' tak ada, kena masuk hutan (latihan wataniahhhhh... (T_T)). Kerana hati tisu 'Mama' ni.. 'Mama' sanggup gagah balik naik bas, naik putra, lrt dan last sekali teksi. (dari mid valley ke ampang)
Malam jumaat tu, hati 'Mama' dah tak sedap. Rasa pilu tu dari office lagi.. Banyak betul kepincangan semenjak manager baru dari EY tu masuk. Rasa macam nak resign je... tapi rezeki 'Mama' tak ada lagi kat tempat lain. Lepas 'Papa' kalut2 dengan preparation wataniah dia, akhirnya 'Papa' datang pick up 'Mama dan Baby' dari office jam 9.30 p.m. Masuk dalam kereta dan tengok muka 'Papa' yang kepenatan lagi pilu sebab nanti terpaksa berpisah sekejap dengan papa 3h 2m tanpa sebarang komunikasi.. ateee gilala...Lepas tu kami terus gerak pergi kedai makan sebab 'Papa' kata dia belum makan.
Lepas dah makan dalam jam 10.15 p.m. tu kami pun balik rumah 'Mak Mama'. Cam biasa borak2 sikit dengan 'Mak Mama' tapi nampaknya tak di layan macam cakap dengan dinding.. adeeeeeeesss.. lagi pilu hati ni,,, tak tau lah kenapa dengan 'Mak Mama' ni. Muka pun kelat macam Teh 'O' pekat. Lebih baik 'Mama' masuk bilik dan siap nak bersihkan diri pastu leh tido..Kebetulan nak masuk bilik air tu, 'Adik Mama' pun nak masuk tapi dia sempat berborak dulu dengan 'Mak Mama'. Entah hapa2 dia borak tetiba naik angin tak jadi masuk bilik air dan terus masuk bilik dia. 'Mama' masuk bilik dia tanya nak mandi dulu ke? Terus tak semena2 'Mama' kena tengking. Pakalla 'Mama' tengah penat dan mengandung ni, kalau tak memang 'Mama' dah sepak dia. Dek akibat kena tengkingan tu terus terjatuh air mata pertama dalam tahun 2012 ni..Menangis tak berhenti2 sambil masuk bilik air mandi dan berwuduk. Lepas 'Mama' dah selesai solat, 'Papa' dah tanya2 kenapa nangis2 ni. 'Papa' ingat 'Mama' nangis sebab dia nak gi wataniah....itu hanya 30% je.. Tak delah sedih sampai nak nangiskan.... 'Mama' diam jelah.. malas nak cakap pape. Cuma 'Mama' cakap esok 'Mama' nak gi rumah MIL kat Ampang.
So sekarang ni, 'Mama' ada kat rumah MIL. Tak tau nak wat pe. Dah macam penguin sakit pinggang. Terbaring je. pagi tadi 'Mama' dah makan roti beli kat cold storage semalam. Ni dah dekat jam 12 p.m. 'Baby' belum tunjuk tanda2 lapar. 'Mama' rasa hari ni 'Baby' makan lewat dari kebiasaan sebab tak nampak tanda2 dapur nak berasap lagi.. hukhukhuk.. Kalau nak harap 'Mama' turun pergi cari makanan, memang penatlah naik tangga. Tak pe 'Mama' topup perut dengan Milo O dulu jap lagi.. Harap2 'Baby' strong.
'Mama' janji lepas ni 'Mama' nak belajar sampai mahir bawa kereta. 'Mama' rasa susah sangat tanpa 'Papa' di sisi. Tapi 'Mama' masih tenang dan kuat sebab Allah bersama 'Mama dan Baby'. Insyaallah. 'Papa'.. baliklah cepat. 'Mama dan Baby' nak balik rumah kita....
Lots of luv,
Mommy Dalee~~
4 comments:
Hey, Mama tu jgn la bersedih sodih ye.. Biasalah time ngandung2 ni kadang kalanye cpt tersentuh dan terasa hati.. Kuatkan hati dan tabahkan diri ok.. Eh Mama xtau nak bawa kereta ke.. Mcm confius skit ayat kat situ.. Ok, bubye..
biasalah...mak yong memang cepat sentap... ai dulu pon camtu. laki berdengkur i bangun nangis2 sebab tido terganggu. hahahaha.
tabahkan hati ye kawan. syg 'mama'!
Yaya : hahaha tapi tido memang xleh compromise... Sayang Bonda jugak..muaaahh
Slm kak..blm pm sy x..0196696925..ad hal
Post a Comment