Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 21, 2012

6 months check up : Tidak menerima hakikat


Assalamualaikum dan aaaahhhaaaaiiii~~~~


************************


Akak rasa terlebih muatan bulan ni. Selalunya jadual check up akak sebelah petang sebab malas nak bangun  pagi2 dan En. A pun agak kurang menepati waktu bila pagi. Selalunya akak buat check up di 2 tempat. Klinik Kesihatan Ampang dalam jam 2 dan Klinik Samuel dalam jam 4.30.

Macam biasalah kalau appointment jam 2 tak semestinya start jam 2. Kena ambil jugak no. giliran. Dis round Klinik Kesihatan Ampang menukar sistem pengurusannya.. rasa cam ada kelam-kabut sikit... sikit jek. Dah dapat agak bulan ni mesti sure berat naik dari kebiasaan. Bila nama di panggil, nurse suruh gi timbang berat macam biasa tapi tak ada orang jaga pun. Mata takut nak pandang timbang *ting ting ting* 80.40kg. woohaaaaa... 4kg dlm masa 4minggu. Syabas bette'.. Letaq kepala lutur ni kalau suruh minum air gula hari ni. Sure akak fail. 

Nurse tanya "Berapa?" 
Akak jawab "79.4kg". Argghh sudah, menipu plak ni.

Nurse senyum sebab berat naik lebih dari 2kg. Akak terus je wat ujian lain seperti biasa. Ambil air kencing, amek darah (part ni tak suka sebab jari macam kena stapler je..) dan check perut. Bila ujian darah keluar.... Adeesss HB turun dari kebiasaan 11.05. Tapi masih dalam keadaan normal. Pasal berat yang meningkat dari kebiasaan tu terpaksa mendapat perhatian dari doktor. Minggu depan confirm minum air gula. Ni gara2 makan nasi kandar lah ni dan kurang makan jambu... dan minggu ni pun kene henjet kancing gigi. Lenguh dan tetiba rasa nak demam mungkin sebab phobia tengok jarum. Eh semenjak?


**********************************************************

Ajaibnya bila timbang berat kat Klinik Samuel, eh eh eh elok je dia 79.4 kg. Kira akak tak tipu lah tadi.. mungkin timbang kat KKA tu rosak atau nak sabotaj ni. hehehe.Bila tanya Dr. Samuel, dia kata berat naik dari 2-4 kg is normal. So far jumlah peningkatan akak dari bulan pertama hingga sekarang hanya 9kg. Ok lateeeww...Kebiasaannya kalau akak ke klinik Samuel, doktor akan scan baby. Tapi hari tu kami tak scan sebab sebelum ke KKA kami ada buat scan 3D/4D kat Klinik Kita, Bandar Baru Ampang. Baby membesar dengan sempurna dan normal. Syukur alhamdulillah.. (Nafsu makan pun boleh tahan ni..kuat minum Hot Chocolate Starbuck.. adesss.. Anak, sianlah kat Mama..Tapi kekadang tipu dia bagi minum milo sudah.. (^_^))

Gambar 3D/4D tak leh tunjuk lagi.. Baby malu cam 'Mama' dia.... (^_^)


  *********************************************************


Walaupun dengan dengan keadaannberat seperti itu akak rasa ramai yang kata perut akak ni tak nampak macam 6 bulan. Ada sekali pak guard kat Mid Valley kata "Eh.. dah gemuk lah awak" Hengkau ni pakcik macam nak tempah tapak tangan je.




Nampak biasa2 je kan? Itulah kelebihan orang yang kurang lemak di perut. Kurang ke????? (^_^). Hebak tak hebaklah akak boleh pakai baju kurung lagi time 6 bulan pon. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat 'Mama dan Baby' selama ini. Kami mendoakan orang lain jua mempunyai kesihatan yang baik. Aminnn..


Lots of luv,
Mommy Dalee~~



1 comments:

Liyana said...

hehe same lah... sy dh 6bln 2 mgu pun still lg boleh pakai baju kurung :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails