Ahhhaaiii~~~
Pagi ini aku bangun macam kena serangan bom di mulut. Sakit woo~~. Sepatutnya aku di jadualkan cabut gigi esok (Selasa) tapi En. A kata tak payah nak seksa diri nak tunggu sampai esok. Tipu je doktor tu. Macam orang sakit jiwa je aku pagi tadi, selepas makan roti suku je(xpernah seumur hidup aku makan roti tak habis) aku telan ubat. Agak-agak dah setengah jam aku meraung sakit, tetiba sakit dah hilang. Waktu ini En. A kejutkan aku suruh bersiap pergi jumpa Dentist lain. Isteri mithali aku ni, mengikut je =).
Muka tahan sakit. En. A suruh jadi penipu. Pura-pura tak sakit. Kalau tak doktor tak mahu cabut gigi.
Waktu ni dah kurang sikit sakit. Cuma ngantuk je..
Nor Daleena masuk.. ceet salah sebut nama la amoi ni...
Bila dah masuk dalam, Doktor ni mula la mengeksplor seluruh pelusuk gigi aku. Tetiba ada 2 tempat kena tampal dan 2 tempat kena cabut.
"Ok fine doktor. Later ok, boleh tak you cabut yang sakit dulu?"
Selepas tu dia ketuk-ketuk gusiku yang sebenarnya sakit tu.
"Ok tarik nafas dalam-dalam ye, saya nak kasi gusi you kebas"
Memang betullah kebas tapi kenapa aku masih rasa sakit lagi ni.. berdenyut-denyut. Ini gara-gara tipu doktorlah ni kata dah makan ubat sampai habis. Sekali doktor tu memplayer gigi aku.. cepat-cepat aku angkat tangan kiri tanda sakit. Siap teraung sekejap sebab sakit dooowwhh... Selepas kena marah dengan doktor tu sebab aku meraung tadi. Dia cucuk lagi sekali gusi aku, kali ini dia suruh aku baring kat bilik sebelah dulu. Ada gak dalam setengah jam dia tinggalkan aku. Kali ni memas kebas gila sebab aku dapat rasakan bibir aku tebal macam Anita Sarawak. Confirm!
Doktor masuk balik, dia ketuk sana-sini. Ok. Sambung memplayer balik. Tapi masih terasa sakit sikit. Tak sampai 5 minit. Selasai.
Inilah gigi yang membuatku merana. Rasa macam nak hammer je gigi ni. Hammer please..
Sebab sakit gigi inila aku tak dapat lawat Auf anak Yaya yang sedang sakit. Seminggu dah terlantar kat hospital. Doakan Auf sihat. Aminn..
Ketibaan yang tiba-tiba : Terima kasih kepada En. A kerana menjaga saya sepenuh hatimu...I love U.. awww malu saya..
1 comments:
Assalamualaikum kak.. saya nk tanya, selepas akak cabut gigi geraham akak, ada tak side effect yg akak dapat?.. Saya ni pun ada masalah dgn gigi geraham saya ni, tgh consider samada nk cabut atau nk tampal lagi sekali.. dah beberapa kali doktor suh cabut, tapi saya takut..
Post a Comment