Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 19, 2010

Air Asia Free Seats


Lambat la kau Daleela... Orang dah tempah..huhuhuhuh... Semalam sessi pujuk memujuk aku tak berjaya. Penat je pujuk En. A pergi makan angin di Kota Kinabalu tahun depan tapi hampeh bak serbuk teh bakut teh. Boleh pula dia tanya apa yang ada di sana. Aduhaaiiii kalaulah aku tahu apa ada di sana, tidaklah diri ini mengajak kamu ke sana wahai kanda (perasaan geram yang di terjemahkan dalam ayat yang sopan nih..). Jawapan dia yang aku dah agak dan boleh jangka ialah..mesej[tak dapatla nak pergi LANGKAWI]. OoOommmaaaakkkk aaiiii tak habis-habis dengan PULAU LANGKAWI tu.. En. A.. kan hari tu time honeymoon 6 hari kita di sana. Dah habis pusing rasanya.. Nak pergi sana buat apa? Nak jumpa DUGUNG BUNTINGKAH? Kan kita berdua takut naik bot...

Selepas di siasat lagi tanya-tanya orang yang pernah pergi KK. Jawapan klise “ Nak snorkling”. Wwwwaaaaawwawa akukan penguin utara.. aku tak pandai berenang. Aku tak suka mandi laut... Sooo baik tak payah nak buang masa kerja aku dengan membuat tempahan Air Asia [LINK] tu..

Tapi sebelum tu nak intai jugaklah harga tiket ke LONDON berapa =)...Manalah tahu kot kot boleh intai Achik dan Cik Dah sekeluarga kat sana.... Alalallala bucuk bucuk sehala RM1,100 je, balik RM687.. Aduuuyaiiii kenapakah murah sangat ni... Jangan sampai gua click karang.. Tolonglah tahan gua dari click untuk buat tempahan ni...Kalau rasa berani clicklah Daleela... hehehheheh tau pun tak berani... Siapa yang berani kalau ada orang kata....

“Awk rasa cukup ke RM5K bawa sana... Jangan awak balik Malaysia nanti Bank Negara istihar awak muflis SUDAH...hahahhaha”

Bagilah semangat sikit.... huhuhuhu... Rasulullah pun menganjurkan kita saling kunjung mengunjungi saudara mara tau... Tak salah koooott~~ pergi mengunjung Achik dan Cik Dah sekeluarga kan kan kan kan kan? Yang jauh kita dulukan.. Yang dekat kita kemudian-kemudiankan...hehehehehe

Jawapan nak elak pergaduhan..

“Simpan duit awak untuk buat umrah lagi bagus”

Diam sudah...




Ketibaan yang tiba-tiba : Teringat pulak kat Aswan, tak suka benar dia berebut BAS dengan budak TLC (Tudung Labuh Club)...Kwang hajaula ko..

1 comments:

Anonymous said...

sekarang ni sejak AA dah fly ke London. InsyaAllah ramai yang mampu nak jejak benua Eropah. Konsep Now Everyone Can Fly! sangatla kan. masalahnya expenses masa kat sana tu nanti. buat ape-ape pun atau makan ape-ape pun silalah darab dgn 5. So kalau takat 5K tu lu pikirla sendiri. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails