Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

Ahhaaiiii~~~


Sila tukar mode : sedih dan sayu..

Edisi selamat hari ibu Nor Daleela ucapkan kepada semua ibu-ibu didunia ini.. Especially to my ibu-ibu, my frenzs yang dah jadi ibu. Cuma satu aje nasihatku pada teman-teman yang mempunyai anak, sayangilah anakmu berpada-pada, kawal dan jagala mereka kerana mereka adalah ASSET dan PELABURAN JANGKA PANJANG kamu yang paling berguna ketika kamu memerlukan...

Percayalah wahai teman-teman, janganlah bergaduh di depan anak-anakmu. Kerana mereka terlalu bijak menilai masalah yang kamu hadapi..Sekiranya, jodoh kamu tidak berpanjangan, jangan mengheret masalah penceraian bersama anak-anakmu... kerana ini hanya akan menyeksa hidup anak-anak ini. Mereka akan membesar dengan hidup penuh dendam dan pengalaman pahit yang bukan semua anak-anak ini boleh terima.

Percayalah wahai teman-teman, kamu semua tidak akan faham melainkan kamu merasainya sendiri bertapa terseksanya kamu membesar tanpa didikan seorang ibu walaupun kamu mampu melihat dia dari kejauhan. Walaupun kamu membesar bersama seorang ibu tiri... xmungkin kasihnya sama untuk di rasai...

Walauapa pun terima kasih kepada semua yang sudi memberi kasih sayang kepadaku yang tidak mampu kubalas....

Terima kasih Ayah, ibu, Yayang(En.A), teman2 rapatku, saudara-maraku...


Selamat Hari Ibu...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails