Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 4, 2010

TreND BertuNang dan KaHWin

Ahaaaiii~~~
credit to google

Kedengaran banyak juga kawanku yang putus tunang dan tak jadi melangsungkan perkahwinan. Pelbagai alasan di cipta untuk menutup semua yang dah berlaku. Agak-agak sampai bila orang akan terus bertanya? Kalau dah terjadi hal sebegini, seisi keluarga turut terkena tempias malu. Mulut manusia tak mungkin boleh di tekup tutup untuk mereka berhenti berkata. Kalau orang putus tunang tu cepat je dia tolong sebarkan... Kalau orang tak jadi melangsungkan perkahwinan, cepat je dia tolong internet broadbandkan.

Disebabkan hal seperti inila, kita di anjurkan jangan terlalu menghebah-hebahkan hal perkahwinan.. Tambahan lagi, ada yang belum bertunang, tapi baru nak buat perancangan perkahwinan.. dah kompang 1 dunia. Orang yang mahu berkahwin lagi 3 hari pun boleh tak jadi langsung, inikan pula kamu yang belum ada ikatan dan sedang merancang ke arah itu. Lakukanla satu persatu dengan tenang dan 'silent'. Andai ada jodoh, semua orang akan turut bergembira. Kalau tidak ada jodoh maruah keluarga tidak tercemar sangat.

Mungkin dalam dunia serba moden ini, benda ini terlalu 'UP TO DATE' untuk di tanya...Bila nak bertunang ni? Bila nak berkahwin ni? Soalan-soalan seperti ini selalunya memanaskan pasangan yang sedang kemaruk bercinta. Tambahan lagi kalau yang dah lama 'couple'. Kadang-kadang kerana sudah terlalu kerap di asak soalan begini membuatkan pasangan tersebut mengambil langkah bertunang. Sedangkan pasangan ini belum betul-betul komited dalam membina perhubungan yang serius. Kerana mereka akan terasa terkongkong dan terbeban untuk melepak sampai subuh berlabuh sebab nak layan bola, nak main futsal dan lain-lain yang seangkatan menjadi minat lelaki..

Belum masuk bab duit, yang perempuan kalau nak kahwin xnak kalah nak cincin 14 kerat emas.. Sebab x mahu orang sekeliling kata. Xdapat nak berlagak. Deyy.."LU PON BARANG SECOND LAGI NAK CINCIN MAHAL 2. PASTU LETAK HANTARAN MACAM ARTIS" (aku xpetik ayat ini sendiri, ini di suarakan sendiri oleh orang lelaki). Agak-agak korang paham ke ayat ni. Kalau di terjemahkan dalam bahasa yang sopan ialah : Perempuan yang telah diguna pakai (tidak ada dara lagi) demand tinggi sangat apahal?


Yang perempuan pula, jangan la paksa-paksa lelaki suruh masuk meminang kalau dia belum bersedia, akhirnya lelaki seperti ini akan memanjangkan tempoh pertunangan. Sepatutnya mengikut perjanjian selama 1 tahun.. kerana duit tak cukup lagi jadi alasan.. padahal tak bersedia dari segala segi. Nak ENJOY dulu..


Itu belum perhubungan jarak jauh, dahla terpaksa tunang sebab orang asyik bertanya dan asyik dengar kawan-kawan dah bertunang  & kahwin. Ini pula terpaksa duduk berjauhan. Dah tu nak call pun sekali-sekala, tup tup dengar berita dah kahwin pula dengan orang yang dia cintai.. Paling sakit dengar bila dia kata


"I dulu kawan je dengan dia, bila i ada prob dengan U, I cari dia nak bercerita.. tak sangka dr situ cinta berputik"....


Nak xnak terpaksa terima jela...Tunangku kahwin dengan orang lain..


Bila dah bertunang, trend tak kesah tidur rumah mak bapak masing-masing.. kadang-kadang tu belum kahwin pun mak bapak diaorang ni tak kesah nak benarkan BF/GF tidur di rumah. Kalau anak orang lain, dah sibuk dia mengata dan menasihati. Kalau anak dia

"Diaorang belajar sama-sama tu"
"Xpe, tak lama lagi nak jadi menantu"

Kalau tak jadi kahwin siapala yang malu. MEREKA DAN KELUARGA MEREKA.


p/s : Segala yang diatas tiada kene mengena dengan mak bapak anak sesiapa.

3 comments:

Hanis Amanina said...

geram jugak dgn part before bertunang tapi dah tidur rumah bakal mentua masing2. tak manis orang pandang. huhu

Daleela said...

cerita benar tu wak...

biE said...

betul tu.. entry yg bagus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails