Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 25, 2010

Doakan untuk mereka sekeluarga..

Ahhhaaaiii~~~


Aku terpanggil untuk menulis Entry ini adalah untuk sahabatku Yaya. Aku ingin memberi kekuatan kepada Yaya untuk terus mengharungi dugaan ini. Yaya sekarang sedang berjuang menjaga anaknya, Auf' Mikail yang menghidapi penyakit Kawasaki. Dah seminggu Auf' di tahan wad. Baru kelmarin doktor sahkan Auf menghidapi penyakit Kawasaki ini. Yaya di uji lagi bila suaminya ditahan kerana suspect H1N1. SubhanAllah.. Aku bukan minta simpati dari pembaca blog aku, cuma aku dengan rendah diri memohon anda semua mendoakan semoga mereka sekeluarga cepat sembuh dan memberi sokong kepada Yaya.



Penyakit kawasaki ini tak ada kena mengena dengan motor kawasaki, ini adalah kerana doktor yang menemui penyakit ini ialah Dr. Tomisaku Kawasaki.

Wikipedia : Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung.

Sekitar 80% penderita Kawasaki berusia dibawah 5 tahun, pada umumnya anak beuusia 8 tahun ke atas serta bayi dibawah usia 3 bulan jarang terkena penyakit ini. Penyakit ini lebih menyerang anak laki-laki (>60%) yang memiliki keturunan Asia, terjadi juga pada etnik lainnya.

Gejala Penyakit Kawasaki :
  • Ruam kulit kemerahan dengan berbagai bentuk.
  • Tangan dan kaki sembab.
  • Kemerahan pada kedua belah putih mata
  • Pembengkakan pada kelenjar lymphe di leher.
  • Anak merasa tidak selesa dan meragam
  • Badan panas sehingga 39-400C dan mengambil masa lama (>5 hari).
Faktor penyebab penyakit ini belum diketahui dengan jelas namun ia tidak berjangkit dan bukan penyakit keturunan. Memang diketahui bahawa sangat jarang terjadi dimana lebih dari 1 anak dalam sebuah keluarga yang terkena penyakit ini dan kurang dari 2% dimana seorang anak terkena untuk kedua kalinya.


Bagaimana Caranya mengubati Penyakit Kawasaki?
Meskipun penyebab belum diketahui, beberapa ubat tertentu terbukti mampu untuk mengubati penyakit ini, Aspirin misalnya sering digunakan pada penyakit kawasaki ini untuk menurunkan panas, mengurangi iritasi/ruam kulit, sakit sendi dan dapat mencegah penggumpalan darah. Ubat jenis lain seperti Intravenous Immunoglobulin (IVIG) dipakai untuk mengurangi risiko terjadinya kelainan/kerosakan pada pembuluh darah koroner.

Informasi dari AmericanHearth.org dan http://kidshealth.org/parent/medical/heart/kawasaki.html#


Yaya, Faridz dan Auf terus bertahan dan banyakkan bersabar. Aku doakan semoga keluarga awak cepat-cepat sembuh dan kembali ceria. Auf kuat ok. Hanya doa dan sokongan je yang mampu aku bantu..

 Ya Allah kau kabulkan doa kami..Amin..



Ketibaan yang tiba-tiba : Terima kasih kepada semua...

4 comments:

*cik kulat* said...

smga auf cepat sembuh...
insyaAllah...
smga semuanya dalam keadaan y baek..
amin.....

kim slam yaa kt kak yaya tu..
supaya dia sabar,kuat n tabah hdapi semua ni...
:)

sarah shafie said...

utk yaya,semoga tabah...sedih tgk budak2 kecik yg sakit.

Anonymous said...

Semoga mereka dah ok skrg. Dah ok ke?

aslam said...

amiinnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails