Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

World Cup 2010 dan perempuan

Ahhhaaaiii~~~

Haa... siapa kata perempuan tak tengok bola. Teringat memori waktu diploma dulu.. Haaaiissshhh geng bilik TV tengok bola sampai hiruk-pikuk.. Paling tak lupa bila dah ramai-ramai tengok..jadi emosi bila orang lain kutuk team yang di support.. MASAYU minat gila Totti (ITALY)..hensem katanya..celah mana pon aku tak tahu.. Aku rasa AYU sorang je kot yang support ITALY. Bila ada je team lain lawan ITALY.. AYU akan berjuang sorang-sorang untuk memberi sokongan padu. Hhahahahha sampai bergaduhla jugak ..gaduh manja tak bertegur 2 jam.. Time makan tegur balik.. lawak dowh korang ni...

NUR HAZWANI.. minah ni lagi kelakar.. Asal tengok bola je mesti pakai jersi, seluar pendek dan cap sekali... dah gaya pemain simpanan di bangku simpanan je.. Kalau time malam lagilah..siap pakai stokin. Jadual perlawanan dia jelah yang tolong jaga dan inform orang lain...Tapi dia minat ENGLAND & SPAIN..<-----malas nak layan kau mate..hahahah..

So semua kenangan tu aku bawa sekarang bersama EN. A., En. A sokong SPAIN...Perasan SPAIN boleh menang.. SORRY eh.. BRAZIL akan menang tapi PEBERET TEAM FRANCE ( dulu minat sebab ada Zidane, Trezeguet dan Henry).. Tapi sekarang tinggal Henry je.. Aku support ala kadar jelah eh...hehehe boleh pulak..
beli stokin sudah... =)



For sure BRAZIL menang.. Yeahh!!!

Menghadiri Kelas Tutorial Blog.Ariff

Ahhhaaaiii~~~

Seminggu tak berupdate.. hehheheh Ada ke orang yang menunggu entriku ini. Adakah orang kesah? Seminggu jugalah sebenarnya diri  ini mengupdatekan diri dengan tutorial Blog.Ariff. Baru ada masa nak selak semua topik dan baca perlahan-lahan. Paling menarik tertarik minat aku menghadiri kelas tutorial Blog.Ariff ialah BUAt BLOG DENGAN BLOGSPOT. Cikgu Arif ajar buat template ala-ala wordpress gitu. Amacam suka tak??? Kadang-kadang macam geli pula hari-hari nak pandang pink ..So inilah hasil wordpress theme aku.. hehehhe gatalkan...

Tapi ada juga lah masalah, bila baru belajar mestilah ada kekangannya.. Bila pergi themecraft.net seperti yang dicadangkan cikgi Ariff ni, xjadi pulak template aku.. Tapi dengan usaha keras si pekebul kecil aku ini aku dah jumpa bloggerstyles yang sebiji ada juga dalam themecraft.net. Selepas itu terlebih rajin pulak nak tukar kod HTML yang dah lama aku tak berpinar mata memandang tu. Dengan ingat-ingat lupa ilmu yang belajar waktu diploma dulu, berjaya juga aku menukar kod HTML itu.. Bangga pulak sekejap.. untuk kepuasan diri je yek..bukan untuk tunjuk kat korang..*Haaaa....nampak dah korang senyum kambing* hahaahahh takat tukar 2,3 line apalah sangat Daleela oii... orang lain lagi hebat.. betul3..tahniah kepad anda.. 

Nasiblah kelas tutorial Ariff ni free dan cikgunya hensem.. hehhehehe. Kalaulah waktu belajar dulu cikgu yang ajar kelas tutorial ni hensem macam..........mesti aku tak ponteng kelas.. =)

Tuesday, May 25, 2010

Doakan untuk mereka sekeluarga..

Ahhhaaaiii~~~


Aku terpanggil untuk menulis Entry ini adalah untuk sahabatku Yaya. Aku ingin memberi kekuatan kepada Yaya untuk terus mengharungi dugaan ini. Yaya sekarang sedang berjuang menjaga anaknya, Auf' Mikail yang menghidapi penyakit Kawasaki. Dah seminggu Auf' di tahan wad. Baru kelmarin doktor sahkan Auf menghidapi penyakit Kawasaki ini. Yaya di uji lagi bila suaminya ditahan kerana suspect H1N1. SubhanAllah.. Aku bukan minta simpati dari pembaca blog aku, cuma aku dengan rendah diri memohon anda semua mendoakan semoga mereka sekeluarga cepat sembuh dan memberi sokong kepada Yaya.



Penyakit kawasaki ini tak ada kena mengena dengan motor kawasaki, ini adalah kerana doktor yang menemui penyakit ini ialah Dr. Tomisaku Kawasaki.

Wikipedia : Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung.

Sekitar 80% penderita Kawasaki berusia dibawah 5 tahun, pada umumnya anak beuusia 8 tahun ke atas serta bayi dibawah usia 3 bulan jarang terkena penyakit ini. Penyakit ini lebih menyerang anak laki-laki (>60%) yang memiliki keturunan Asia, terjadi juga pada etnik lainnya.

Gejala Penyakit Kawasaki :
  • Ruam kulit kemerahan dengan berbagai bentuk.
  • Tangan dan kaki sembab.
  • Kemerahan pada kedua belah putih mata
  • Pembengkakan pada kelenjar lymphe di leher.
  • Anak merasa tidak selesa dan meragam
  • Badan panas sehingga 39-400C dan mengambil masa lama (>5 hari).
Faktor penyebab penyakit ini belum diketahui dengan jelas namun ia tidak berjangkit dan bukan penyakit keturunan. Memang diketahui bahawa sangat jarang terjadi dimana lebih dari 1 anak dalam sebuah keluarga yang terkena penyakit ini dan kurang dari 2% dimana seorang anak terkena untuk kedua kalinya.


Bagaimana Caranya mengubati Penyakit Kawasaki?
Meskipun penyebab belum diketahui, beberapa ubat tertentu terbukti mampu untuk mengubati penyakit ini, Aspirin misalnya sering digunakan pada penyakit kawasaki ini untuk menurunkan panas, mengurangi iritasi/ruam kulit, sakit sendi dan dapat mencegah penggumpalan darah. Ubat jenis lain seperti Intravenous Immunoglobulin (IVIG) dipakai untuk mengurangi risiko terjadinya kelainan/kerosakan pada pembuluh darah koroner.

Informasi dari AmericanHearth.org dan http://kidshealth.org/parent/medical/heart/kawasaki.html#


Yaya, Faridz dan Auf terus bertahan dan banyakkan bersabar. Aku doakan semoga keluarga awak cepat-cepat sembuh dan kembali ceria. Auf kuat ok. Hanya doa dan sokongan je yang mampu aku bantu..

 Ya Allah kau kabulkan doa kami..Amin..



Ketibaan yang tiba-tiba : Terima kasih kepada semua...

Monday, May 24, 2010

Selamat Tinggal Geraham

Ahhhaaiii~~~

Pagi ini aku bangun macam kena serangan bom di mulut. Sakit woo~~. Sepatutnya aku di jadualkan cabut gigi esok (Selasa) tapi En. A kata tak payah nak seksa diri nak tunggu sampai esok. Tipu je doktor tu. Macam orang sakit jiwa je aku pagi tadi, selepas makan roti suku je(xpernah seumur hidup aku makan roti tak habis) aku telan ubat. Agak-agak dah setengah jam aku meraung sakit, tetiba sakit dah hilang. Waktu ini En. A kejutkan aku suruh bersiap pergi jumpa Dentist lain. Isteri mithali aku ni, mengikut je =).


Muka tahan sakit. En. A suruh jadi penipu. Pura-pura tak sakit. Kalau tak doktor tak mahu cabut gigi.

Waktu ni dah kurang sikit sakit. Cuma ngantuk je..
Nor Daleena masuk.. ceet salah sebut nama la amoi ni...

Bila dah masuk dalam, Doktor ni mula la mengeksplor seluruh pelusuk gigi aku. Tetiba ada 2 tempat kena tampal dan 2 tempat kena cabut.
"Ok fine doktor. Later ok, boleh tak you cabut yang sakit dulu?"

Selepas tu dia ketuk-ketuk gusiku yang sebenarnya sakit tu. 

"Ok tarik nafas dalam-dalam ye, saya nak kasi gusi you kebas"

Memang betullah kebas tapi kenapa aku masih rasa sakit lagi ni.. berdenyut-denyut. Ini gara-gara tipu doktorlah ni kata dah makan ubat sampai habis. Sekali doktor tu memplayer gigi aku.. cepat-cepat aku angkat tangan kiri tanda sakit. Siap teraung sekejap sebab sakit dooowwhh... Selepas kena marah dengan doktor tu sebab aku meraung tadi. Dia cucuk lagi sekali gusi aku, kali ini dia suruh aku baring kat bilik sebelah dulu. Ada gak dalam setengah jam dia tinggalkan aku. Kali ni memas kebas gila sebab aku dapat rasakan bibir aku tebal macam Anita Sarawak. Confirm!

Doktor masuk balik, dia ketuk sana-sini. Ok. Sambung memplayer balik. Tapi masih terasa sakit sikit. Tak sampai 5 minit. Selasai.

Inilah gigi yang membuatku merana. Rasa macam nak hammer je gigi ni. Hammer please..

Sebab sakit gigi inila aku tak dapat lawat Auf anak Yaya yang sedang sakit. Seminggu dah terlantar kat hospital. Doakan Auf sihat. Aminn..

Ketibaan yang tiba-tiba : Terima kasih kepada En. A kerana menjaga saya sepenuh hatimu...I love U.. awww malu saya..

Saturday, May 22, 2010

Gigi Geraham Membawa MAUT

Ahhaaaiii~~~



Warrrghhh... Walaupun gigi ku tersusun cantik, tapi ada juga lubangnya.. (haiiisssshh dalam sakit-sakit pun kau nak berlagak Daleela? Diam kau.. kumur je listerine tuh). Sebenarnya dah hampir 1 seminggu gigi geraham berlubang dan gusiku meradang. Tapi dia meradang marah-marah manja gitu..kejap sakit kejap dah okey..But since yesterday dia meradang sepuas hati.. Nasib ada officemate aku yang rajin bawa ubat. Telan je ubat tu untuk tahan sakit. Gusi dah betul-betul bengkak, aku ambil keputusan untuk pergi melawat Doktor Ding.. again 'Ding' harini. Sudahla Daleela.. dah sakit gigi ada hati nak main-main.. Huhuhuhuhu...

Bab gigi ni aku paling malas nak ambil berat sangat sebab perasan gigi dah tersusun cantik.. baik kesahkan benda yang lainkan seperti berat badan..hehehehe tapi ramai yang tak tahukan gigi berlubang boleh membawa kepada kematian. (Kamu takut? Takutkan..baca lagi..).

Gigi berlubang sebenarnya punca merebaknya bakteria keseluruhan badan ketika daya tahan tubuh kita lemah. Dan ini menyebabkan kesakitan di kawasan sekitar seperti kepala dan dada. Andai kata dah merebak ke kawasan kepala, risiko kematiannya lebih besar.. takutnya... ini serius telah di buktikan DENTIST:DEATH FROM TOOTH INFECTION PREVENTABLE

waaa tak sabar nak tunggu hari selasa nak g cabut gigi..

Bagaimana ia berlubang?

Terjadi apabila wujudnya bakteria dan gula. Bakteri akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada gigi. Saat lubang terjadi pada gigi, kita belum merasakan sakit gigi. Tetapi, apabila lubang kecil terisi dengan sisa makanan dan adanya bakteri akan membuat lubang semakin besar yang melubangi gigi. Pada saat ini kita akan merasakan ngilu pada gigi apabila kita menguyah makanan. Bila dibiarkan, lubang akan membentuk sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak dapat dihentikan sehingga gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar pada gigi. Saat ini sakitnya..hanya Allah je yang tahu..

Cara mencegahnya sangat senang tapi malas nak buat :

1. Memeriksa gigi secara berjadual
 Walaupun tak sakit kunjungilah doktor gigi setiap 6 bulan. Ini membolehkan kita mengesan lebih awal mana-mana gigi yang membentuk lubang yang kecil.

2. Memberus gigi secara teratur dan pada waktu yang tepat
Selalu memberus gigi selepas makan especially waktu malam. Jangan biarkan sisa makanan tertinggal pada waktu malam yang akan membawa kepada pembiakan bakteria.

3. Memberus gigi dengan cara yang betul
Berus gigi dengan cara yang atas ke bawah. Pastikan anda memberus gigi geraham lebih lama kerana sisa-sisa makanan yang tak hengat tu tercelit di celah gigi.

4. Kumur selepas makan
Sudah pasti selepas makan susah nak pergi memberus gigikan? Langkah terbaik kumur-kumurlah dahulu agar sisa-sisa makanan yang tercelit dapat di tanggalkan serta dapat mengurangi kadar asam pada gigi.

5. Pili ubat gigi yang mengandungi florida
Florida ialah salah satu zat yang dapat membantu pembentukkan gigi. Adanya zat ini dapat mencegah kerosak pada dinding gigi.. (gigi pun ada dinding)

6. Makan makanan yang berserat
Makan sayur dan buah dapat membuatkan gigi lebih kuat.

7. Kurangi makanan yang mengandungi gula dan tepung
Makanan jenis ini bila tertinggal di gigi dan adanya bakteri akan menyebabkan asam yang membuat gigi berlubang.

Mungkin aku tak dapat nak update blog 2 atau 3 hari ni di sebabkan kesakitan tahap maksima yang tengah aku tanggungkan. Menangis air mata darah pun tak dapat nak kurangkan penderitaan ni. Aku rela putus cinta dari sakit GIGI. Sudah 3 kali aku menanggung penderitaan geraham berlubang. Lepas ni aku nak cabut semua geraham aku.

Ketibaan yang tiba-tiba : Kalau bos baca ni, saya tak dapat datang hari Isnin dan Selasa sebab sakit tahap gaban. Hari selasa baru Dr. Ding cabut gigiku. Sekarang tengah nak susutkan bengkak gusi ini.

Friday, May 21, 2010

Tote Boutique Giveaway








Ahaaiii~~~

Sorry yek.. aku memang tak boleh nak tengok barang cantik ke comel ke.. tangan dah gatal ni.. gatal sungguh..mata pun dah gatal ni...


Gatal tak.. tak cukup gatal...tengok lagi....

Sekarang pasti dah gatal.. GATAL mengaku jela..heheheh. Kalau dah gatal sila la melawat...


Uolls tengok, aku join contets, aku tengok lagi beg ni... huisshhh geramnya....geram juga? Visit Tote Boutique


If nak join contest pon boleh ... Selamat mendapat beg cute itu... Amin..

Ketibaan yang tiba-tiba : Fully utilised Companynye internet Yahhhoooo...

“Contest UnguPurple Crazy”

Ahaaaiiii~~

Uolls..tak baik gelak okies.. ini bukan kumpulan berzanji purple ok...no..no..no... hehehehhe =)

1. Mempunyai blog dan menjadi follower blog ini - Ya.. jadi followers sudah..

2. Gambar berbaju purple dan apa saja purple

3. Cerita disebalik gambar di atas ialah.. siapa boleh teka.. tada... itu sedara mara sebelah En. A. 'Mamak gengs'. Gambar ni di tangkap waktu hari berbahagia kami.. penat dah ku senyum.. dah nampak senyum tak ikhlas plak hahahah supporting habisla diaorang ni.. sanggup beli kain ela di GULATIS untuk nampak sedondon gitu~~. KAGUM.. sebab diaorang ni memang HANTU PURPLE...

4. Yela aku cerita pasal PURPLE ni sebab

http://nazzcoco.blogspot.com/2010/04/contest-ungupurple-crazy.html

4. Yes.. sesapa yang nak join ble join.. sgt best.. korang ada ke kumpulan berzanji macam kat atas tuh..kalau ada... join arghh tengok siapa hebat PURPLE.. hehehehehhe <---------- ayat provokasi...

5. Slogan Purple dan Ungu adalah warna misteri dan istimewa yang hanya di minati oleh orang-orang yang istimewa, seksi, syahdu, menawan dan menarik, tertarik yang memang "DA BOOM".

6. Cik Nazza sy tinggalkan lick di comment sudah..

Ketibaan yang tiba-tiba : Aqasha suka PURPLE kot hehehe , Ayah pun suka PURPLE...En. A suka hitam dan biru je..

Bayar Hutang

Ahhhaaiii~~~

Tepuk tepuk... (terima kasih semua kerana menepuk tangan) =)



1. Copy award kat blog
    Pandang atas sikit... itulah dia..

2. Buat ucapan kepada pemberi award dengan penuh perasaan sekali tau
    OOohhh... (sambil pegang award cam Siti Nurhaliza) terima kasih kepada puterihannan kerana sudi   menjurikan blog sy yang xseberapa ini....tapi cutela.. =). 1st time dapat setelah aktif berblogging selamat 2 1/2...

3. Apa yang bermain di fikiran korang sekarang ni?
    X sangka puterihannan nak bagi sebab baru je kenal dia... thanx ya kawan..

4. Apa nama samaran korang
    Dalee.. or eela

5. Berikan 3 orang yang korang sayang
    Familly, En. A, dan sahabat handai..
 
6. Panggilan untuk si dia
    Papa or B (B=Bingong sebab kadang-kadang xtau nak panggil apa.. =))

7. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
    Entahlah... kasih sayang dan duit yang tak berhenti-henti di salurkan koot~~ =)

8. Blog yang korang suka visit
    My E-BF ever Aqasha http://thesaliq.blogspot.com/ hahahahha reveal the secret..jgn  gelak..dia masih mengharap lagi tuh... (suka-suki jek)

9. Tag award kepada 15 orang yang korang nak tag...hahahhaha ni

Ketibaan yang tiba-tiba : sakit gigi huhuhuhuhu

Thursday, May 20, 2010

Penemu Jodoh

Ahhaaiii~~~

Reveal the secret..hehehhe kesah ke? Ni nak tunjuk orang yang bertanggungjawab menemukan aku dan En. A. iaitu En. Faizal sengal ni.... akhirnya berkahwin jugak ko eh...Ingat lagi time study dulu, Faizal kata "Nanti aku nak beli bas, senang bawa anak-anak dan kwn2 g cuti sesama... hahahahah". Harap2 impian kau jadi kenyataanlah yek En. Faizal yang tidak berambut ni...aku nak ikut...



Selamat pengantin baru.. Semoga banyak-banyaklah bersabar ye En. Faizal.. Jumpa kau di kenduri di Ampang nanti..

Faizal ni jiran En. A.. ala-ala.. kawan sepermainan lah ni.. budak-budak nakal yang curi kasut, budak-budak nakal yang kene kejar basikal, budak-budak nakal yang selalu bertandang ke rumah GF kwn2 time raya..Adik faizal pun kwn baik adik ipar aku...nge ngeh ngeh..

Faizal juga ialah kawan 1 course aku time belajar dulu..Selalu je 1 kumpulan buat kerja..Dulu pernah lepas aku gagal dalam 'chenta', Faizal tegur aku "Kenapa aku tengok kau ni berserabut je".....Dari situla dia ni pandai-pandai kenalkan aku ngan En. A.. mula-mula malas gak nak layan... hehheheh 

Kalau dah jodoh...

Ketibaan yang tiba-tiba : Buat tatapan teman-teman yang tak di jemput...hahahhaha sabar eh.. nanti aku buat liputan lagi.. 

Wednesday, May 19, 2010

Air Asia Free Seats


Lambat la kau Daleela... Orang dah tempah..huhuhuhuh... Semalam sessi pujuk memujuk aku tak berjaya. Penat je pujuk En. A pergi makan angin di Kota Kinabalu tahun depan tapi hampeh bak serbuk teh bakut teh. Boleh pula dia tanya apa yang ada di sana. Aduhaaiiii kalaulah aku tahu apa ada di sana, tidaklah diri ini mengajak kamu ke sana wahai kanda (perasaan geram yang di terjemahkan dalam ayat yang sopan nih..). Jawapan dia yang aku dah agak dan boleh jangka ialah..mesej[tak dapatla nak pergi LANGKAWI]. OoOommmaaaakkkk aaiiii tak habis-habis dengan PULAU LANGKAWI tu.. En. A.. kan hari tu time honeymoon 6 hari kita di sana. Dah habis pusing rasanya.. Nak pergi sana buat apa? Nak jumpa DUGUNG BUNTINGKAH? Kan kita berdua takut naik bot...

Selepas di siasat lagi tanya-tanya orang yang pernah pergi KK. Jawapan klise “ Nak snorkling”. Wwwwaaaaawwawa akukan penguin utara.. aku tak pandai berenang. Aku tak suka mandi laut... Sooo baik tak payah nak buang masa kerja aku dengan membuat tempahan Air Asia [LINK] tu..

Tapi sebelum tu nak intai jugaklah harga tiket ke LONDON berapa =)...Manalah tahu kot kot boleh intai Achik dan Cik Dah sekeluarga kat sana.... Alalallala bucuk bucuk sehala RM1,100 je, balik RM687.. Aduuuyaiiii kenapakah murah sangat ni... Jangan sampai gua click karang.. Tolonglah tahan gua dari click untuk buat tempahan ni...Kalau rasa berani clicklah Daleela... hehehheheh tau pun tak berani... Siapa yang berani kalau ada orang kata....

“Awk rasa cukup ke RM5K bawa sana... Jangan awak balik Malaysia nanti Bank Negara istihar awak muflis SUDAH...hahahhaha”

Bagilah semangat sikit.... huhuhuhu... Rasulullah pun menganjurkan kita saling kunjung mengunjungi saudara mara tau... Tak salah koooott~~ pergi mengunjung Achik dan Cik Dah sekeluarga kan kan kan kan kan? Yang jauh kita dulukan.. Yang dekat kita kemudian-kemudiankan...hehehehehe

Jawapan nak elak pergaduhan..

“Simpan duit awak untuk buat umrah lagi bagus”

Diam sudah...




Ketibaan yang tiba-tiba : Teringat pulak kat Aswan, tak suka benar dia berebut BAS dengan budak TLC (Tudung Labuh Club)...Kwang hajaula ko..

Tuesday, May 18, 2010

Itu Aku

Ahhaiii~~~

Aku tidak pernah meminta kamu untuk berubah untukku...
Aku tidak pula mahu diriku berubah untukmu...
Aku gembira menjadi aku..
Yang kadangkala tidak mungkin di fahami, tidak dapat di jangka perlakuanku..
Andai kamu kata aku kurang ajar.. aku ia kan..
Andai kamu kata aku kurang sopan..aku ia kan..
Andai kamu kata aku jahil..aku ia kan..
Tapi tak mungkin aku berubah keranamu...
Kerana aku adalah diriku..

Aku bukan muslim yang baik...
Aku bukan teman yang baik...
Tapi aku tidak betah berpura-pura untuk membuatkan kamu suka padaku...
Itu bukan aku...
Tidak pula aku betah membuat kamu benci dan terluka kerana diriku..

Aku tidak mengkin dapat memuaskan hatimu...
Aku tidak akan mampu membuat yang terbaik untukmu..
Andai kata kamu punya pilihan...
Pilihlah dengan bijak untuk kamu baca segala isi hati..
Andai kamu rasa ceriteraku tidak seindah dan setulus hatimu...
Pergilah dengan jauh...
Aku bukan menulis untukmu..
Aku menulis untuk diriku..

Kerana ini adalah aku...
Ini tempatku...
Ini titikku...
Ini ceriteraku..

Yang buruk itu aku..
Yang jahil itu aku..
Yang kusut itu aku..
Yang jahat itu aku.. 

Tidak akan aku padam..
Tidak akan aku pejam..
Tidak akan aku diam..

Khas untukmu yang baik itu....

Nor Daleela 19:13

Fuuhhh~~ Selongkar beg siapa?

Ahhhaaaiii~~~

Selongkar beg murah aku lah. Kira nak bayar hutang Yaya a.k.a Bonda yang dengan rajin dan ringan macam plastik mengetag mengenai beg. Ye Yaya adalah designer plastik-plastik yang ada kat sekeliling korang tuh. Pandang kanan--->> adakan botol milo tuh.. Pandang kiri<<----- Adakan pinggan KFC tuh...Dialah yang design.. Milo tu.. korang ambil ofisnya kan.. uiisshh tak ada kene mengena hehheehhe..


Acehh macam artis ke? Hapakebenda yang kamu merepek ni Daleela.. Macam cleaner je.. sudah..

Kita mulakan dari kiri di atas kemudian turun ke bawah dan naik semula seperti membuat pusingan lawan arah jam. Mulai kira 1,2,3,4... ehh bukan waktu senaman ni Daleela oii..

1. Bekas spek - kegunaannya dah tentu leta spek la ngooiii. Kalau dah buka contact lens. Spek akan di pakaikan di mata supaya orang yang rabun ini kembali nampak dunia..

2. Solutions dan contact lens - guna bila perlu

3. Make up - Barang wajib ni baiii..

4. Set sudu, garfu & c/stick - Apasal gelak? Nak kata orang gemuk memang bawa macam nila tu kan.. tak pun.. Yaya pun bawa gak sudu n garfu.. =)

5. HP dummy - Kadang2 kene block pun kene bawa juga.. wallpaper xtahan tuh..bajet artis..hehhehe

6. Wanita - Apakah? pikirla sendiri.. hehehehe bila kecemasan tak payah panggil ambulans, 999 or bomba.. pakai je stayfree..al maklumla lum melekat lagi..

7. Wallet - Penuh dengan resit tapi duit tak ada ni baii..hhehehe

8. Camera - Papparazila katakan.. fully utilised la..


Ketibaan yang tiba-tiba : Malam tadi tak boleh tidurla... ERmmm...

Monday, May 17, 2010

Sila Ambil Nasi Ayam Seorang 1..

Ahhaaii~~~

Tolong jangan menidakkan ketidak hebatan aku..eh eh silap kehebatan aku dan kerajinan aku memasak. Walaupun dikutuk, dihina, direjam (Auzubillahiminashaitoonni rajim...Hoiii korang ingat aku syaitan ke? Sampai hati eh...) aku tetap akan terus mengasah bakat memasak yang tak seberapa ni.. Kali ini siapakah mangsanya? Hhhahahaha dah tentu En. A..(Dia kata sup nasi ayam aku tidak kick..kalau nak kick senang je.. sambil hirup sup tu, bolehla dinda dengan gumbira kick sekali.. Sila pilih tempat untuk di kick =P. Ampunn nanti tak masuk surga huuhuhu). Dan seterusnya adalah keluargaku..

Kenapakah?

Kenapakah aku rajin sangat? Memang rajin sebab kesian kat parents aku. Adik-adikku masih tak boleh keluar lagi last week. Ayah, ibu dan hero-hero silalah rasa air tanganku yang Maha ______hehehehehe.


Ada gaya boleh meniaga tak? hahhahha Baik korang fikir dulu sebelum jawab eh.. (Baik korang kata boleh).. Penah rasa di hobin?


Sila beratur, jangan rebut-rebut ambil sorang satu...heheehe perasaanla kau Daleela... Kalau rasa nak lebey~ bolehlah meringankan tulang untuk mencuba resepi ini. Jadi la resipi. Ayah kata sedap tau... Betulkan Ayah?

Nasi Ayam Resepi Alang <------My BFF



Perap Ayam

- Seekor ayam (potong 12)

- Tumbuk/Blender - 5 biji Bawang Kecil + 3 biji Bawang Putih

- Kicap Masin - 10 Kali tuang

- Gula - 7 Sudu

- Perap selama 1/2 jam

 Sup

- Tumbuk/Blender - 5 biji Bawang Kecil + 3 biji Bawang Putih + sedikit Halia

- Kulit Kayu Manis (paket 20sen)

- Tumis kulit kayu manis + bahan yg diblender (sampai garing)

- Masukkan air (Penuh Periuk sedang) + sedikit ayam (potong2 kecik2) + garam + ajinomoto

 Nasi

- Basuh Beras (ikut org)

- Masukkan sup td sampai cukup (mcm masak nasi biasa) - Tinggalkan sket sup ni tuk hirup nnt..hehe
- Masukkan satu sudu kecil garam
 Ayam

- Panaskan minyak

- Goreng ayam

- Api jgn besar
 Kicap

- Kicap cair

- Gula

- Campurkan

- Taruk atas ayam

 Sambal

- Lada Merah (20 btg)

- Limau Kasturi (6 biji)

- Halia (sedikit)

- Gula (ikut manis) - kene manis sket baru sedap

- Garam secukup rasa + ajinomoto

- Blenda sume



Hiasan

- Timun (potong serong)

- Tomato (potong bulat)

- Salad

 
p/s:- lemak ayam jgn buang. masukkan dalam sup. then after masak. masukkan lemak dalam nasi biar dia masak sekali ngan nasi tu..

Afdlin Shauki makan di Restoran China...

Ahhaaaiii~~~


Erkk...wa tak tipu maa....tak percaya buleh tengok ini gambar..

Tengok gambar ni pun dah kabur sebab time ni haku a.k.a papparazi curi-curi tangkap.. Sorry bos.. patutla dia ushar aku semacam je.. Nasib tak kene himpap dengan perutnya yang ________(sila isi tempat kosong mengikut jawapan kesukaan anda).

Ye betul..Afdlin Shauki yang chumel ni makan di RESTORAN CINA MUSLIM (yang dah masuk ISLAM yek) hhehhehee tolong jangan hobin aku...

Itik ni sedap kawan.. tak tipu...aku rasa Afdlin Shauki makan Nasi Ayam..tu muka dia dah kekenyang hahhaha


Korang tengok tak apa yang di tulis tu.. Encik Chan tu dah masuk ISLAM. Pekerja dia semua mualaf.. Jangan bikin PANAAAASSSSS.. rasa tak panasnye..=P

Selama ni aku makan mee wantan di JUSCO je.. sekarang ni aku dah tahu kat mana tempat yang sedap bersama itik yang sedap...


Udang tu hasil ehsan En.A.. Itik ke ayam dah tak nampak sebab dah masuk dalam perut...=P auuummmmm


Kalau korang nak try... kedai ini berhampiran Carefour Wangsa Maju..

Sunday, May 16, 2010

Dynas classmateku..


Ahhaaaiii~~~

Haku bukan student yang pandai.. time sekolah rendah dulu pun haku hanya pandai buat karangan merepek.. hahhahaha tatabahasa je ok kot.. Mungkin ramai yang tak tahu yang haku ni kalah anak polis.. asyik bertukar-tukar sekolah je. Dulu haku ni pemalu tau.. Sekolah perempuan je.. Berani haku xpergi sekolah agama (sebelah petang) sebab sekolah tuh ada lelaki... WTF.. patutlah jodoh lambat. =). Masa aku sekolah rendah aku tak ada hati nak belajar betul.. ini serius geng. Tahu main-main je sukanla, berlakonlah,  bernasyidla (sebab tak cukup orang).....apakah korang tak percaya? Pergilah tanya budak-budak kat FB tuh..paling tak lupa balik-balik aku yang kene berlakon jadi lelaki...sian..agaknya time tu haku hensem kot.. hhahahha.. Bila aku tukar sekolah kat PJ, terus je jadi Nor Daleela yang pasif tetiba.. Tapi aku pernah wakil sekolah dalam pertandingan pantun.. hahahhah Apakah? Jiwang...hakktuiihhh..


Hensem tak haku dulu...? Aku di belakang ketiga dari kiri..hhahah baik korang cakap aku hensem..Sebelah aku yang cun tu anak sedara Nanu Baharuddin..yang duduk depan aku tu kakak ipar Buzen dan adik dia Linda Hashim.


Masuk sekolah menengah.. lagi pasif tahap dewa. Sek. Men ni aku rase cam penjara. Kene pakai stokin sekolah, ada merit and dimerit, selalu ada spot check..Tapi aku suka sekolah ni.. Ada locker untuk simpan buku-buku. Beg aku bajet leh kempis.. selalu terlupa buat homework sebab buku tertinggal dalam locker.. Hambek ko dimerit -5. WTF. Aku suka subjek SEJARAH time Form 1 sebab cikgu pelatih die hensem. En. Azman. Dia suka photostat nota warna-warni.. (Stop it Daleela, jgn gatal ahaks). Aku pun suka Cikgu B.I, Puan Marisa sebab dia cantik dan lipstick dia cantik.. (gila la kau ni Daleela). Aku masih ingat lagi bila Puan Marisa tanya apa yang ada di dining hall rumah anda. Dengan selamba je aku jawab.. "My house is empty. No furniture or televisyen at all". Ternganga Puan.. Adakah bapak ko ni tablik... hahahahha. Ketika aku Form 2, Ayah tiba-tiba datang time rehat.. 

"Ayah datang nak bawa awak pergi sekolah baru"
"Tapi kenapa?'
"Dekat dengan rumah. Senang awak nak pergi sekolah atau balik rumah."

Selepas rehat terus aku berada di sekolah baru..Aku takut juga sebenarnya nak bersekolah di situ sebab semuanya hebat-hebat belaka. Semua murid-muridnya terdiri dari anak orang kaya. Dan mereka ni cantik belaka. Siapakah? Dynas (cool person), Farah Fauzana (memang macam tula perangai dia), Nurul Izzah (berkarisma macam Anuar), Nurul Nuha (berani datang setiap kelas bagi riben REFORMASI.. alih-alih kene panggil dengan cikgu).. Anda kenal? Betul mereka sangat hebat. Aku hanyalah semut kecil dengan muka yang hodoh.. huhuhu. Cikgu-cikgu disini semua hebat-hebat. Cuma seorang je macam bengong sikit. Cikgu sejarah tapi tak ingat nama dia.. Asal dia masuk jek.. "Boleh buat keje sendiri yek". Nasib aku tuisyen.. Boleh score sejarah "A". Tetiba bercita-cita nak jadi Peguam..kesudahannya...Auditor sudah..  Lepas dapat result PMR cikgu sengaja koooot bagi aku kelas akaun.. tapi aku ikut kawan pergi apply teknik..

Cantikkan Dynas masa dulu pun.. dulu dia ni cool je..Cheer leader lagi.. ehh.. ni blog akulah..diam kau Dynas.. Tu tgk Daleela yang hodoh tuh..tetiba baik je nak pakai tudung..hahahah

Bila masuk sekolah teknik, aku memang tak ada pilihan lain terpaksa mengadap budak lelaki. Sumbang je kadang-kadang bila bercakap dengan budak lelaki. Jodoh? Jumpa.. siapa kata tak jumpa.. hahahha lawak tahap cipan goreng cinta budak-budak ngoi.. paling tak tahan surat chenta ku terima dalam jawi.. hahahah harusla ada orang translate.. malu sudah..Kalau duduk asrama ni selalu je jadi bahan jerit pekik warden-warden. Aku selalu pergi bertandang tanpa di undang ke rumah cikgu Noraini.. Apakah? nak beli burgerla.. Gi rumah cikgu salasiah, nak beli nasi lemakla buat bekalan waktu 'prep'. Aku bukan feberet cikgu tapi cikgu peberet aku Cikgu Nor Aziz Daldiri dan Puan Norhaslinda (mereka ni suami isteri =)). Paling tak akan ku lupakan ketika cikgu-cikgu peberet aku ni masakkan aku dan kawan-kawan dorm masak lemak cili api ketammm... fuhhh berasap. Siap bekalkan aku TV kecik nak tengok hindustan.. hahhaahhha hasilnya... SPM resutl macam tahi anjing rumah jiran depan ni...tengok eja result pun dah tersalah..ngoiii..


Bila dah ambil diploma dan degree baru aku terbuka hati nak belajar betul-betul. Sebab guna duit MARA.. nanti nak kene bayar balikkannn... hahahhaah

Kepada cikgu-cikgu yang masih mengingatiku.. terima kasih atas segala-galanya. Akhirnya aku menjadi manusia..cuma aku tak suka nak jadi cikgu...Kepada Cikgu Nasir, cikgu kimia.. terima kasih kerana bagi aku fail kimia... =)


Ketibaan yang tiba-tiba : Nasib tak kahwin dengan Cikgu A...hahhahaha

Saturday, May 15, 2010

Try Guna Kaki Kanan dan Tangan Kanan

Ahhhaaaiii~~~




Geng.. nak cuba tak? hehehe *sengeh cam kerang mulut busuk*

Ni best... tryla dalam 2 saat je.. try tau... Korang mesti tak percaya ni.. Ni dibuktikan oleh "Orthopedic Surgeon"..

Apakah?

Nanti mesti kamu orang tak percaya dan nak try lagi.. try lagi.. try lagi..try lagi..try lagi.. Ohe hey.. Cukup2 ..nafas anda berbau.. hehehhe (cam iklan plak dah).

Apakah?

Kebenaran yang menakjubkan. Sebenarnya hotak kita ni telah di program oleh Allah s.w.t ... Try ok..


1. Time bos tak de ke boleh korang lakukan. Cuba korang letak kaki kananmu di lantai.. tapi jangan jejak sangat.. biarkan macam tergantung sikit..sikit je tau... aaaaa..pandai pun.. Sekarang buat bulatan kecil mengikut arah jam menggunakan kaki kanan tadi..

2. Sementara anda melakukan bulatan kaki tu, angkat tangan kanan kamu orang di udara dan lukiskan no 6..cam kat dlm gambar bawah nih..
Haaaaaaaaaaaaaaaa... *terkejut x? =)


Kaki kamu orang dah bertukar arahkan... Kan haku dah kata.. (diamla Daleela) Xpayahla kamu orang paksa..memang tak bolehkan kan kan kan... (Sila gelakkan diri kamu orang tuh yang dah terkena hahahaha).


Ketibaan yang tiba-tiba : Bila En A nak ambil pic haku ni? Aku nak wat entry Digi BlackBerry tuh... Tido je keje nye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails