Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

Sila bekerja pada waktu kerja

Ahhaaii~~~


"Apabila kita bekerja ye, pastikan jangan sibuk mengupdate blog, membuat blogwalking, mengupdate gambar di facebook, memberi comment di facebook dan seangkatan dengannya. Saya pasti kalau bos kita mendapati kita sedang menyalah gunakan kemudahan internet yang di berikan, pasti dia akan melambatkan gaji. Sekarang saya sedang mengalami masalah kelambatan masuk gaji. Dengan duit yang telah di beri oleh suami saya, saya telah pun menghabiskan dengan meronggeng duit itu untuk membeli tudung dan baju. Oleh kerana kelambatan masuk gaji jua, saya tidak mempunyai mood bekerja dengan lebih gigih. Saya berharap dengan kelambatan gaji ini mempunyai sebab musababnya. Saya sekarang berada dalam keadaan tension ye Tuan Puan. Tahap ketensionan saya telah bertambah dan berganda kuasa lapan seperti dragon ballz kerana tahap kerja saya juga berganda. Pengejaran masa yang sangat pantas tidak dapat saya kejar. Client-client dan Tuan Puan, saya berharap jangan mengganggu dan menelefon saya ye, kerana saya takut telefon itu terbakar dan mengeluarkan asap dan menyebabkan kehuru-haraan di bangunan IGB ini. Sekiranya ini berlaku, menyebabkan kerja saya tergendala. Namun, sekiranya gaji yang bakal di masukkan esok mempunyai penambahan dari asal, pastinya diri saya ini akan membuat kerja sepantas superman. Sekian Tuan Puan.Sila mula kerja kembali. Nanti tidak berkat."




Lots of luv,
Dalee~~

2 comments:

sujairi said...

Hohohoho.. antara mangsa2 penangan facebook dan blog..hehehe..

Unknown said...

hahahaha..
sabar2... jgn sampai terbakar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails