Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 14, 2010

Melaka Town untuk Di Lawati..

Ahhhaaaiii~~~

Berkurun lama juga aku tak menjejakkan kaki ke MELAKA. Lebih tepat MELAKA TOWN.. (kasi up sikit bandar melaka ...hehhehe). Al maklumlah, kehidupan belajar dulu lebih ke negeri UTARA. Aku pun tak tau pulak yang kat Melaka tu banyak tempat-tempat baru yang telah di bangunkan. Aceh.. malu sebenarnya nak habaq last time melawat melaka waktu lawatan sambil belajar darjah 6. Haaaa.. ambil..

Sabtu mingu lepas, aku telah di undang ke majlis perkahwinan anak sedara mak angkatku. Lepas je makan-makan dan tengok pengantin, dan di tapaukan dengan beberapa bungkus gulai (terima kasih yek) kami meneruskan perjalanan ke melaka town. Melaka kan banyak pantai, jadi xsahlah kalau x tinggal jejak kat pantai pengkalan balak hehhehehe..

Samapai Melaka Town aku nampak hampir 50% pembangunan baru telah di bangunkan. Pantai pon dah di tambak nak buat Taman Tema ape tah.. tak ingatla sorry..bila dah masuk betur bandar hilir... haaa.. ambik kau, jem plus tak ada parking. Jadi aku advisekan sesapa yang nak cari parking tu, park je kat mahkota parade. Sonang sikit.. Kalau agak tak larat nak jalan, sewalah beca...muahahaha..

Benda pertama aku nampak.....tegak dan utuh berdiri ialah Menara Taming Sari. Aikkk.. dulu tak ada benda ni.. Aku hanya tau ada kota A Famosa ngan Kapal..


Macam nilah rupanya.. aku dah mula gedik nak naik, nasib En. A nak join sama... Info untuk semua :

Tiket masuk :
Dewasa - Malaysia = RM20
Dewasa - IC Melaka = RM10
Warga emas - Malaysia = RM17
Kanak2 - Malaysia = RM10
Kanak2 - IC Melaka = RM5

Waktu operasi :
Isnin Khamis - Jam 10.00 a.m - 10.00 p.m.
Jumaat - Ahad - Jam 10.00 a.m. - 11.00 p.m.

Korang tau ape aku buat.. Tumpang IC orang MELAKA la.. bijak tak aku? Hawau ko.. hehehe
 

Kami tak takut ok - Boleh masuk FEAR FACTOR la aku rasa.. =). Cekedout picture dari kerajaan atas langit... eh eh eh bukan2.. dari menara taming sari


Eye on Malaysia.. Lagi tinggi darinya.. yuhoooo...

Ni yang pasti.. Aku cuma tahu yang sungai melaka telah di bersihkan dan boleh naik bot ala-ala di Venice gitu. Namun sayangnya tak sempat nak naik.. Kalau korang nak pergi di nasihatkan pergi waktu malam sebab boleh tengok perkampungan di penuhi lampu neon yang indah..Bot kau tunggu yek.. bulan 7 hamba datang..



The ship ni masih ada lagi.. pandangan dari atas menara.. tidak berkesempatan juga.. Kau tunggu ya!!

Last sekali nak bagi korang semua tengok penambakkan di lakukan dengan berleluasa...

On da way aku nak ke parking kereta..aku ternampak bot beroda bergerak di darat...

comelkan..??

Pastu ternampak beca comel gak (sowy tak smepat nak snap)..ingat nak naik, beca di melaka di lengkapi dengan sound system...sekali dia pasang lagu Andai Ku tahu (ungu).. Ha.... menakutkan jek...takutla nak naik.. sampai ajal *kalau tak paham pergi dgr lagu ni dulu eh* baru sambung baca ohe =)


Berita di laporkan,
Dalee



Ketibaan yang tiba-tiba : Super execited nak tunggu bulan tujuh, nak pergi jalan-jalan di Melaka. Nora bella.. wa tunggu lu nye homestay ni beb.. sila roger bila nak duit..


1 comments:

chenta said...

wah..jalan2 melaka..sy yg dh sethun duk melaka ni, rasa bosannye melaka..hehehe..tp weekend mmg mls nk kuar sebab jammed!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails