Ahhaaiii~~
Petang Sabtu kelmarin, menyusun kata dan menyulam sabar untuk memujuk E. A pergi ke Hotel Palace of The Golden Horses. Kenapa? Bagus satu soalan yang bagus kenapa aku dan En. A pergi ke sana. Jemputan dari Palace Vacation Club untuk menjadi ahli kelabnya (membership club).
Bagaimana? Bagaimana aku boleh mendapat jemputan. Inilah kelebihan memberi peluang kepada orang lain. Tapi di ingatkan jangan beri peluang orang lain menipu anda yek. Sila sambung kembali Daleela.. ooo ok..erm masih ingat tak minggu lepas ada karnival promosi barangan Malaysia. Kepada yang suka pergi karnival-karnival ni, pasti anda akan tahu mengenainya. Apabila anda melawat ke karnival-karnival seperti ini pernah tak anda mengisi borang pendaftaran? Tak pernah.. memanglah rugi dowh..Aku memang rajin dan menghargai penganjur-penganjur karnival ni. Sudah pasti aku akan membuat pendaftaran. Tidak memberi harapan yang tinggi, rezeki terlebih kot..hehehe mereka buat panggilan menjemput ke Palace the Golden Horses dan meluangkan masa 1 jam untuk mendengar produk dari Palace Vacation Club.
Agak2 kamu orang la kan.. Suami2 ni kalau kita tiba-tiba je kata ada jemputan macam ni diaorang nak pergi ke.. Jangan harap la kawan..Kena bebel 7 bakul campur aku buat muka kesian, baru En. A bersetuju. Fuh~~ penat nak meyakinkan.."Ok, saya janji ini semua sponsor, free dan tidak ada bayaran. Kalau dieorang suruh bayar. Kita blah la kan.."
*********************************************************************
Sebaik sampai di kawasan Parking Palace of the Golden Horses (penatlah aku taip panjang2 ni..make it shortla POTGH..ohe) mulut En. A terus-terusan membebel. Belum stop lagi, di lobby pun bebel sebakul 2. Apa isteri perlu buat dalam situasi begini? Diam atau tanya "Awak tak selesa ke? Jomlah balik.." Sure dia terus diam.. =)
Bila selesai sessi pendaftaran.. yes pendaftaran lagi..(isi maklumat P & C), kami di jemput oleh salah seorang staff Palace Vacation Club untuk lite buffet.. biasa2 je..kasi isi perut dulu ok.. jom..
Teh Tarik dan Mee Goreng.. Lapar dan terjahhh....hehehe. Selepas selesai sessi makan2, staff yang lebih di kenali Murni ni bawa kami jalan-jalan sekitar POTGH...mari-mari cekedout..
Hahaha mesti kamu orang nak kata, setakat tandas dekat mid valley pon ada. Kawan.. ni dah jatuh hukum wajib bagi diriku ini. Walau ke mana sekali pun. Ini tempat wajib. Mesti jenguk. hehehe
Cam biasa tempat orang nak kawen boleh di langsungkan sini.. bajet kasar 100K kalau tak ada, duduk diam2 je kat rumah.
Perkahwinan anak datuk mana tah... Ada live Band. Suami Ruhil.
Inilah tempat dan tujuan utama aku di bawa ke sini. Di perkenalkan untuk kemudahan kesihatan yang mencakupi keseluruhan keluarga. Memang berbaloi dowh. Boleh mendapat segala medical chek up yang ngetop free once dah jadi members.
Untuk hari itu sahaja kami dapat buat simple medical check up yang bernilai MYR80. Contoh seperti check tekanan darah, check berat dan kegemukan..(benci dowh) dan check mata (bukan ceck rabun..tapi tak ingat ape tah nama saintifik untuk buta tetiba tu).
Di samping ada kemudahan dalam medical check up, facilities biasa seperti Gym, swimming pool, spa, dan lain2 adalah unlimited di gunakan selama 38 tahun. Members juga akan mendapat 7 hari percutian setahun. Memang worth it lah kalau join. Sebab membership card itu boleh di kongsi bersama keluarga dan kawan2.... Mesti korang nak menggeleseh kat aku kan..kan.. nak ikut.. boleh.. kalau korang dapat lumba lari dengan kuda tu dan menang. Aku bagi ikut.. boleh x?
Masa 1 jam yang berlalu di gantikan dengan sagu hati = voucher. Kami mendapat penginapan 2h 1m ke 5 destinasi pilihan. Bulan 8 ni lah kot nak pergi. Tapi masih dalam perbincangan dengan En. A. <------- sukalah tu dapat bercuti. Dah stop dah bebel dia tuh. Nyampas..
Sekian
Lots of luv,
Dalee~~
Ketibaan yang tiba-tiba : Encik Suami betul2 membebel bagaimana saya boleh kena tipu. Mana ada kena tipu.. Silalah percaya saya lagi next time yek..I'll try my level best utk mengelakkan diri dari di tipu.
5 comments:
pernah buat full medical check up kat situ - 3 tahun sudah kot.
filem x-ray tu ada lagi kat rumah , dok belek2 tapi entah tak faham :p hitam putih je :p
kayolah kak jie ni..saya xmampulah kak..
wow.. bab percutian tu yg best..
kwn2 leh join percutian tak?
cube bace komen2 pasal kad ni...pikir dan renungkan...
http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-228607.html
Sy ahli club ...bebaloi jika kita memang kaki jalan terutama ke oversea....kolam renang golden horses pun amat menarik dan anak2 sure happy...klau nak mandi kolam golden horses sms sy 012 2747791
Post a Comment