Ahhaaii~~
Benar kata Fida...Hidup ini penuh misteri yang kita sendiri tidak mampu menjangkakan apa yang tersirat di sebalik semua kejadian..Aku hanya percaya ketentuan ALLAH itu adalah yang terbaik buat diriku. Walaupun kekadang kita jatuh terduduk kerana tewas dalam mengharungi kehidupan, namun misterinya hanya ALLAH yang tahu. Aku follow....Alhamdulillah aku kini merasa nikmat misteri ini...
Tidak pernah pun terfikir diriku ini akan berkerja dalam bidang kira-kira. Dulu benci benar tengok nombor-nombor ni. Tapi itulah ketentuan ALLAH.. misteri yang sukar di ungkap. Betapa jauhnya tapak aku perlu sampai ke hari ini. Penat jugalah bila ALLAH tentukan kesusahan untuk berjaya. Aku bukan budak matrik yang hebat seperti kamu. Kamu orang pernah tahu yang aku pernah belajar kejuruteraan? Kalau tahu tak apa... hehehhe Minat gila dengan kejuruteraan tapi bukan rezekiku di bidang ini.. Bila aku mohon Politeknik untuk sambung ke bidang ini, rezeki tak ada.. ALLAh tentukan rezeki aku di bidang IT (diploma) melalui IPTS. Siapa yang minat ni? Dulu aku tak minat, Alhamdulillah minat tu boleh di pupuk adik-adik. Berjaya dengan pointer yang boleh dibanggakan..mohon UUM. Namun ALLAH jua yang tahu hambanya yang lemah ini. Aku berjaya di terima masuk ke UUM tapi bukan Degree IT... cuba teka? Dengree Account (IS). Dunia tetiba rasa gelap. Asas perakaunan pun tak berapa kuat, macam mana aku perlu teruskan selama 4 tahun? Selepas melalui SEM 1 aku dapat pointer jauh lebih teruk dari diploma. 2.++ (Sabar jelah....xpernah masa diploma dulu). Aku nekad minta tukar kos selepas bincang dengan ayah dan ibu, kemungkinan pinjaman MARA akan ditarik balik. Namun kata-kata DEKAN AKAUN mematikan hasrat aku untuk bertukar kos "Kamu nak pointer rendah tapi dapat kerja atau pointer tinggi tapi tak dapat kerja".
Sebenarnya terpikir juga diri ini. Ramai yang ambil kos IT tapi tak dapat di praktikkan bila melangkah ke alam pekerjaan especially perempuankan.. Minta maaf bukan niat di hati nak perkecilkan sesiapa, namun ada jugak kawan-kawan aku yang hebat dapat masuk dan bekerja ke bidang IT. Sambung balik...so, aku tetap meneruskan study aku dalam bidang kira-kira ni.. Alhamdulillah walaupun pointer tidaklah sebagus HANIS ZALIKHA, aku belum pernah menganggur.. Syukur. Adik-adik yang tidak berjaya melangkah ke bidang yang di idamkan, janganla bersedih.. Kalau sudah kententuan Allah, kamu terpaksa masuk tingkatan 6, terima dengan REDHA..Hanya ALLAH yang tahu apa yang baik untuk dirimu..JUST FOLLOW THE FLOW.InsyaAllah akan baik-baik belaka. Tapi kamu semua perlu kuat untuk mengharungi dugaan itu.
Sedih belum bertemu jodoh? hehehhehe jangan sedih. Dulu aku pernah dengar orang kata, kalau masuk U cepat-cepatlah cari jodoh, nanti selepas tempoh itu agak sukar cari jodoh. Itu semua ALLAh yang tentukan...waktu aku belajar dulu ada gak terjumpa sekerat, dah keluar makan semua bagai, buka puasa sesamala apela pergi shopinglah.. sekali baru tahu hak milik orang. Diam sudah. Ciitt punya SENIOR..Tapi ALLAH tentukan jodoh aku selepas habis belajar. Boleh faham tak adik-adik? hehehh bagus... Pergi U tu baik belajar betul-betul..Jangan mudah tertipu dengan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan di U tu. bukan semuanya baik dan bukan semuanya jahat. Tapi kebanyakkannya... bila di U, berkepit sana-sini waktu belajar. Kalau boleh nak sedaya upaya tolong BF/GF kita tu lulus dan dapat markah baik untuk tugasan. Namun apabila dia sudah melangkah ke alam praktikal atau pekerjaan.. Selamat tinggal sayanglah jawabnya...sabar ye adik-adik jodoh pertemuan dan perpisahan adalah misteri Allah... Kekadang ALLAh nak kita jumpa dengan orang yang salah dulu, belajar dari kesilapan dan kemudian baru kita di pertemukan dengan yang ditakdirkan..
Ketibaan yang tiba-tiba : Rindu kat UUM...
4 comments:
usaha mmg penting..tapi rezeki Allah jua yg tentukan..jadi jgn putus asa doa andaikata apa yg dihajati belum dapat..
wei..ko kater aku ar??? mentang2 lah aku x pandai masa dip...degree pun...huhu... dh ar x dpt keja...huhuhuhu....ko kijam ar??? huhuhuh down doh... tau ar ku x apply it dlm kehidupan....huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhy
jd cm aku mase sekolah xpandai byk main bola,tido bola,mkn bola semua nye bola pas2 dpt spm cm bola gak hancur dan hampeh hehhehee tp rezki tuhan temukn aku ngan isteri yg pandai lepasan u dlm bidang akaun syukur rezki yg xdi sangka2 hehehehehe so byk kn sedekah kt masjid coz tuhan dh sediakn rezki untk owg yg rajin bersedekah insyallah aminnnnnnnnn
Fazy : aku xkutuk kau la.. aku cakap diriku ini..
Post a Comment