Ahhhaaii~~
Bukan gimiklah kawan... Aku tidak berkata apa-apa tentang hal mengandung atau dikandungkan pun.. =).. Apa? Kamu orang tidak sabar.. Haaaiiissshhh.. aku lagi tidak sabar petala ke 8.. Rezeki semuanya datang dari Allah...Let's cekedout...
Seminggu yang lepas, kedatangan kala bulan mengambang aku tidak seperti biasa. Agak pelik dan benar. Apakah? Kedatangannya hanya 2 hari je.. Selama bertahun-tahun waktu anak dara dulu, tidak pernah pulak terjadi begini. Haiissshhh belummmm.... tak mungkin mengandungkan...Dengan tidak sabarnya, keesokkannya aku pergi beli pregnancy test.... Cuba teka?....hahahhahaha Salah! Salah! Salah!.... 1 line je bukan 3 line.. opss.. 3 line??? bukan tidak sama sekali.. -stop- melalut sudah... maksudnya yang lebih jelas ialah -ve yek.
Kepala degil batu ada dalam duduk, takut dan tak percaya, lantas pergi berjumpa doktor. Doktor ni sampai hati tak nak pegang pun perut aku. Dia hanya checked jantung je...Seraya berkata :
" Awak ni tension sangat ni..Asyik pikir nak dapat baby jek. Awak muda lagi.. Relax ar dulu.."
Waahhh... pandai doktor ni.. kalau tak pandai tak adalah jadi doktorkan...
"Saya bagi awak asid folic dan pregnancy test. Awak makan ubat ni hari-hari. Lagi 2 minggu baru guna pregnancy test tu plak..ok.. jgn stress2.."
Terima kasih doktor kerana kau memahami...hehhehehe aku tak adalah mengharap sangat nak babykan.. cuma perlu proaktif bila melibatkan hal kesihatan ini. Kalau dah terlambat tak sempat nak mewasiatkan apa2... hahahah macamlah kau ada harta Daleela.. ngoooiiiii!!!!
Dah 4 hari aku makan pil asid folic tu, perubahan yang aku paling suka ialah badan menjadi kuat dan bertenaga & tak mengantuk pun kalau tidur lambat dan yang aku tak suka ialah nafsu makan dah meluap-luap gaya macam 10 hari tak makan. Tak putus-putus tangan bergerak ke mulut....
Wanita yang mengambil asid folik sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala bayi sebanyak 70%.
Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang.... (Dr. Adilah Ahmat, hmetro).
Kita hanya berusaha namun Allah jua yang menentukan...
1 comments:
sy ade gk bli asid folik ni...tp x mkn2 lg...asyik terlupe je...he3
Post a Comment