Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 6, 2010

Pantang larang ketika bershopping

Ahhaaaiii~~

Perempuan memang tidak dapat di pisahkan dengan shopping. Tapi apabila kita bershopping... beberapa faktor akan mempengaruhi 'pershoppingan' kita ye kawan2. Oleh itu sila jadikan pantang larang ini sebagai panduan untuk yang nak bershopping. Al-maklumlah sekarang ni mega sales.  


1. Jangan memakai kasut tinggi lebih dari 2 inchi
Bagi yang sudah biasa tu tak apalah. Tapi cuba bayangkan kalau dari masjid jamek penjelajahan shopping bermula. Kemudian menyusuri jalan TAR, seterusnya mengelilingi bangunan SOGO..
Bila dah semua tempat sales, kita akan hilang arah, sekejap ke kanan sekejap nak ke kiri, sekejap nak ke tempat handbag, sekejap nak ke tempat kasut, sekejap nak ke tempat bed sheet. Kesudahannya, pasti kaki akan sakit dan melecet. Tapi kegagahan wanita bila bershopping, sangat terbukti. Walaupun kaki dah sakit akan terus bershopping dan bila berjalan sudah menyerupai Orang Kurang Upaya..(^_^). Pergerakan pun akan lebih terbatas dan lambat. So next time..jangan pakai heels.

2. Jangan keluar shopping dengan orang yang gila shopping juga
Kenapa? Sebelum kita keluar bershopping, pastikan budget telah di buat. Jangan akhir bulan nanti makan capati kat rumah bapak mertuaku.. hehehehe. Bila budget dah buat, baru kita mulakan shopping.

Bila orang lain beli kasut dan kasut tidak termasuk dalam list barang yang perlu di shopping, ni yang menjadi masalah ni.. Tambahan pula memang murah sampai 70%. Haiiisshh.... So, please avoid bershopping dengan orang yang gila shopping jugak yek.

3. Rancang pengangkutan yang akan di gunakan
Kalau dah shopping list tu melebihi 10 items dan saiz nye besor2. Kemudian anda balik hanya berdua atau seorang je, janganlah naik lrt kan... walaupun SOGO tu dekat dengan stesen lrt.

Inilah gaya perempuan lupa diri yang dia perlu balik naik lrt.

Lots of luv,
Dalee~~



Ketibaan yang tiba2 : Sogo member day bermula hari ini dan esok (6/8/10 - 7/8/10)



3 comments:

intan said...

hahaha
saya setuju semuanya!!

Intan Inn said...

hehehe..sgtlah setuju jgn pakai heel mmg sure melecet n sakit tue..

Dalee said...

betul2..ni kaki ngah sakit2.. huuuhuhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails