Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

My Bento Lunch

Ahhhaaaii~~

Aniyosayo... er salah.. ni Korea.. Kobamwa.. hehehe terror kan cakap Jepun. Ok angan2 Jepun belum habis lagi dari [dulu]. Tetiba jadi gila nak makan bento.

[Bento ialah makanan Jepun yang di letakkan ke dalam bekas dari rumah. Bento tradisional terdiri daripada nasi, ikan, daging dan 1 atau lebih sayur yang di masak/kukus dan di masukkan ke dalam bekas. Makanan tersebut akan di hias secara kreatif. Walaupun bento ini boleh di dapati di kedai, stesen keretapi dan di mana jua, tetapi 'home maker' Jepun ini tetap akan meluangkan masa untuk membuatnya untuk anak2, isteri atau suami secara rapi dan kreatif]


Bento ni dari Jepun..kreativiti

Bento dari Jusco Mid Valley

So semalam Daleela ni gagah lah pergi beli benda2 yang patut nak buat bento, pagi2 saya bangun dan siapkan My Bento Lunch. So ni hasilnya.....

Drum roll please... cekuceng2 ceng2..woii itu drum untuk tarian naga..

dededededeng tengg..[bunyi ape ni. hah bantai jelah]
-
-
-
-

"Rama2.. terbang di udara tanpa ada..." stop Dalee. Sengau

Lots of luv,
Dalee~~





Monday, December 20, 2010

Saya tak sambut Krismas tapi saya pun kena beli hadiah!

Ahhhaaii~~


Beb..duit dah habis bulan ni. Duit dah ter'over' spent bulan ni.. sangat2 over ok. Ni paling tak suka ni.. Bila orang lain yang sambut Krismas, kita pun terpaksa melibatkan diri. Pandangan orang terhadap pembeli hadiah untuk Krismas adalah sungguh mengjengkelkan. haha. Sebab saya pun suka pandang orang macam tu. Sekali tahun ni saya pun terpaksa ma...Setakat beli hadiah boleh terimalah.. ibarat bagi duit raya...but please dun ask me to wear those christmas cap and what so ever. Bajet RM10 ke atas tauu.. dah tuh kena beli 2 pulak. 1 untuk office celebration lagi 1 untuk charity.

Itu belum lagi untuk office mate yang baik hati tak minta tapi nak bagi jugak tu.. Tak pasal2 kena beli hadiah lagi untuk si baik hati  ni. Orang dah memberi takkan kita tak membalasnya. Ni bajet mesti atas RM30. Haduii penin lagi.. Tampal koyok.

Pastu diri ini bajet nak cari hadiah murah tapi lain dari yang lain..pastu bajet nak hadiah kunun dari overseas. Ko memang bajet hebat Daleela. My sukalah, my hadiah...hahaha. So saya pun men'survey'kan diri tengok di kedai $100 yen. Sebenarnya terpengaruh dengan adik saya Ameen yang suka tengok kartun Hagimaro tu.. terpengaruh yang sangat kuat ye.. 

Contoh 1: "Kakak, Ameen lapar. Boleh minta $100 yen, Amen nak beli ais krim"

Melampau bajet macam sekolah tadika kat Jepun je adik saya ni, padahal tadika kemas je. Boleh pulak minta nak makan sushi..ni sebab tengok Hagimaru makan sushilah ni. Takpe kakak belikan ye.

"sedaplah kakak sushi ni." hahaha kena tipu. Itu sebenarnya donut sushi Big Apple. Tak pe bohong khatan sekali-sekala.

Owh.. sudah terpesong jauh entry kita ni..kembali kepada cahaya kebenaran. Banyak juga barang2 Jepun di kedai $100 yen tu. Sudah tentu Daleela. Walaupun berpatutan, tapi sangat menarik dan tertarik. So lepas dapat gaji ni saya nak borong barang di kedai ini. Bila orang datang rumah bajet semua barang Jepun.. hahaha.

 Lepas tu boleh bersantai makan Ais krim sambil buat mata orang Jepun yang sepet. En. A kata Halal. Kenyang.
Lepas dah setle semua, balik rumah balut hadiah santek2.

Ok. Dah siap balut simpan elok2 dalam plastik karang Datuk Santa Buncit curi hadiahku. Owh, nanti saya tunjuk hadiah yang saya dapat.. Harap2 dapat i-pad. Paling busuk pun, i-phone. Lol mengalahkan orang sambut Krismas.

Lots of luv,
Dalee~~

Monday, December 13, 2010

Our anniversary photoshoot...

Ahhhaii~~~

Tak sangka ye dah hampir setahun kami berkongsi segala2nya, bertumbuk selalu, berebut TV, berebut makanan, berebut bantal, bilik air tak pernah berebut sebab malasnyaaaaaaaaaa nak mandi. huh. Oh ye jeles babe tengok si preggie mummy buat photoshoot.

Baik punya pujuk akhir berjaya memujuk En. A mengabadikan 1 tahun anniversary. Photoshoot yang seterusnya ialah pada 10 tahun akan datang. Siap buat perjanjian. Walaweeehhh mesti saiz badan dah di alter menjadi XXXL. Tak sabar nak tunggu lagi 10 tahun. Itu pun kalau umur panjang.

Camera man ni pun tak bagi lagi rate dan bajetnya berapa. Tapi saya dah sibuk ni pikir nak bawa props apa. Poyo jugak ko ni Daleela. Tahu takpe. heh. Encik camera man kata saya kena bawa props sendiri. Mula2 pikirnya nak buat di white room tapi En. camera man kata baik buat outdoor. So pilihan terbaik ialah di FRIM.. hah kau, dah macam industan pulak.

Seronokkan kalau kita dapat mengabadikan saat2 bersama dalam waktu tempoh 1 tahun tu. Mahu nak dekat 12 album ni.

Antara storyboardnya (tulis siap2, saya ni cepat lupa) :
1. Pillow fighter - mengingatkan kami suka rebut2 bantal
2. Main bola (dengan jersey Arsenal) - mengingatkan En. A selalu tengok bola dan saya terpaksa tengok juga.
3. Picnic with a lot of food - mengingatkan kami memang suka makan. heh.
4. Playing guitar - mengingatkan lagu2 cinta (haduii jiwang seh)
5. Blanket - Mengingatkan kami suka tidur (penting ke ni??? My sukalah, my gambar)
6. Bubble - Best2 ni.. cam budak2. Dulu tak dapat main pun. Kena buat sendiri dengan sabun fab.
7. Books and belon - Dulu kami suka pergi library tapi belon tu tak ada kena mengena. Eh mungkin ada. Badan dah macam belon. lol.


Now let's testing Daleela
 Ok gud try daleela. En A jadi camera man jap. Gambar di ambil di FRIM jugaklah ni semalam.

So hopefully jadi secantik ini.. bukan di atas tu tapi di bawah ini...

 Props dia cumel2kan. Mana pulak nak cari beg2 klasik macam tu...


Lots of luv,
Dalee~~

Credit to : greenweddingshoes




Monday, December 6, 2010

Bersoppin' di kilang...

Ahhhaaaii~~

Pernah tak korang tengok tupperware, tipuware dan segala adik beradik 'perware' bersusun kat rumah ibu. Hahhhh... samalah dengan akak, akak pun pening jugak bila kemas umah ibu dulu2 tengok bersusun je tupperware dan tipuware. Cakap je saiz apa yang tak ada. Semua ada.. Bentuk pun dah macam2. Pelik dengan ibu kenapa suka bebenor nak kumpul tupperware dan tipuware ni. Nak simpan hapakabenda pon taktaulah.. Guna kadang2 je, itu pun nak dekat raya. Ayahlah selalu jadi mandor buang tipuware ibu.

Sekarang baru tahu, mana tak tumpah kuah laksa kalau bukan di laksa.. Dah terberjangkit simptom2 kegilaan tupperware dan tipuware dari ibu. Kegilaan akak makin menjadi2 bila Bonda Auf punya kilang telah membuat jualan warehouse. Hadooiii fenin tau dan dalam di lema KRU tau antara nak beli atau tidak. Tapi akhirnya jadi begini..

Ini semua salah bonda Auf.. (T_T)


Inilah hasilnya. Tupperware yang warna biru tu bolehlah nak letak sotong, ayam, fish ball, kaki ayam. Botol2 tu boleh letak rempah-ratus (poyo gaya macam rajin masak - tipu ni). Walaupun tak di gunakan rempah ratus tu, simpan jelah kan. Tupperware kuning tu tak pikir lagi.. yang botol2 air tu pon belum pikir lagi.. ok esok esok jelah akak pikir eh.. hadoooiii kompius. Malas nak cakap tau harga berapa karang ada yang nangis.. lagi 5 tahun pergi Tesco pun  tak dapatlah harga cam gitu. Lelong betul 3 = RM5, 2 = RM6, 4 = RM5. Haiissh dah bergenang je air mata ibu tu...



Lots of luv,
Dalee~~



Wednesday, December 1, 2010

Sorry saya tak minat berlakon..

Ahhaaiii~~~

Minggu lepas kami pergi ke kenduri kawin kawan sekolah di Batang Berjuntai...haissh bukan dah..sekarang jadi Berjuntai Bestari. Ampun Tuanku.. Tak tahu kata mana? Alahai yang dekat dengan Unisel tulah kan. Owh gambar di atas adalah akibat saya menjaga anak kawan saya. Mak dan pak dia nak makan, maka berlakulah praktikal mummy dalam waktu 1/2 jam. Lama gak kan. Sebab mak pak dia makan pun lama. hehehe. Nasib si syed jr ni tak meragam dan tak berapa nak kesah orang jaga dia. Tapi Syed Affan ni sempatlah bisik kata " Untie ni mangilah.." hehehehe perasan (^_^)

Lepas selesai kenduri kami gerak-gerak khas~ ke KL kembali. Melawat pakcik En. A yang baru selamat pulang dari tempat Rahmat Allah. Di sebabkan perjalanan dari Batang ber...eh eh salah.. Berjuntai Bestari ke KL boleh tahan jauhnya, kami singgah solat dan makan di Restoran Chan Abdullah di Wangsa Maju.

Kalau dah lapar, memang tak nampak apa dah. Ok saya order makanan macam biasa dan solat. Tetiba terperasan ada orang pandang2.. hehehe.. perasan lagi.. Aku yang perasan si pelakon yang baru ini tengah melepak di meja depan kami.. Alahaii tak hengat nama pulak dah.

Mamat ni korang kenalkan. Alahaii dia ada berlakon dalam cerita SPA Q tuh. Nama dia Dafi dan anak kepada Norish Karman. Hah comellah kan.. Tak paham. Erk..

Dan ada lagi sorang mamat ni saya pon tak hengat jugak nama dia. Tapi yang pasti dia ni dari anak wayang di Astro tu.

Boleh pulak nak berlakon depan kedai ni. Risau pulak kang tengah sedap makan di halaunya. Nasib tak adalah tapi tercelit pulak aku dan En. A dalam adegan tu. Ye kot!!! hehehe





Macam tak larat nak makan dah. Sebelum kami di halau baiklah kami keluar dari kedai ni. Tapi macam tak best je jadi pelakon ni. Memang berlakon lah pelakon ni..

Lots of luvs,
Dalee~~




Wednesday, November 24, 2010

Me+My PINK Stuff

Ahhhaaii~~

Saya tak tahu semenjak bila saya adalah peminat PINK. Tapi yang pasti sekarang saya mempunyai banyaaaaak koleksi PINK.

Mama Gee's mahu saya mengedik bersama barang2 pink..erk.. kalau pakai PINK mesti tergedikkan. Ok kebetulan semalam pergi ofis terpakai PINK. Lepas balik kerja dengan busuk2 tu suruh En. A tolong jadi cameraman amatur.



Gambar pertama dan ke 2 : Me with my PINK kurung, skirt, shawlls and shirt
Gambar ke 3 : Me with my PINK bear, makeup bag, bottle, fund (tabung), pen holder, cute bag, cute purse and clothes clips
Gambar ke 4 (paling gediks) : Me with PINK umbrella and glove 

Thanks MamaGee sebab bagi saya menggedik sambil boleh menang hadiah.. hehehe


 Lots of luv,
Dalee~~


Tuesday, November 23, 2010

DIY : Cup Cakes Birthday Card

Ahhhaaaii~~


23/11/2010 - Rosni Abdullah
23/11/2010 - Zarifah <----
24/11/2010 - Karen <----

Yupp...i do it for my office mate. I really love do this. Especially with my frenz masa duduk asrama dulu. Orang lain waktu prep belajar, aku dan kawan2 waktu prep buat kad. Padahal tak ada bf pun time tu. Kalau buat pun tak tahu nak bagi siapa. Last2 bagi kat secret admire. ahaks.. tapi bila dah ada bf tak mau pulak buat kad la bagai.. ooo saya tau sebab apa, jiwa sedang berbunga memang tak boleh buat apa. Bila dah kawen ni, untuk suami pun tak buat ni.. tapi mungkin anniversary nanti nak buat.. Sorry yayang..

Ni saya buat sebab nak melonggarkan kekejangan tangan yang dah lama tak buat ni. So u guys nak tahu macam mana nak buat? 

Bahan2nya :
1. Mesti ada pelbagai jenis warna kertas, pelbagai jenis kertas yang tebal atau jenis cardboard.
2. Double sidetape yang nipis dan yang tebal (untuk menimbulkan effect), glue dan gunting
3. A cute sticker (yang timbul2 tu lagi cute)
4. Ribbon (pelbagai corak, warna atau kain jenis renda) 

Seterusnya yang perlu dibuat ialah, ok katakanlah memang tak ada idea langsung, dun worry pergi ke Encik google dan search lah.. Lets say uolls nak tema cup cakes. Apabila ada image card cup cakes uolls boleh tiru or nak ubah suai macam ubai suai motor tu kan.

1. Tataplah contoh kad yang nak di buat. Kalu nak rebus dan minum pon boleh (jangan lakukan kalau anda gastrik hehehe). Gunakan warna yang ada, tak perlu ikut 100% warna contoh.
2. Mula lukis dan gunting.
3. Try and error apabila tampal. Kena perlu main dengan warna untuk hasil yang cantik.
4. Kalau masih tidak menarik guna sticker yang ada tadi.
5. Recycle barang2 untuk menambah cantik kad tersebut.



Selamat mencuba ya...

Lots of luv,
Dalee~~


Wednesday, November 17, 2010

Senja Nan Merah Karoks from Both of Us di Aidiladha

Ahhhhaaaaii~~

Untuk ke pertama kalinya saya beraya di rumah mertua (again). Ayah dan ibu telah ke Kelantan meninggalkan diri ini. Tak mau bercerita kenapa tidak pulang beraya mengikut ayah dan ibu, nanti hati yang sakit ini akan bertambah sakit.

Lagu senja nan merah edisi KHAS untuk ayah, ibu, haidie, eizlan, ameen dan siti. Hoh kecek kelate skit..

"we la demo kelik kelate kalu make tu ingat2 ambo rhetek, ambo make nasi minyak ngan lemang jo. Takdo lah kuoh kace ngan ketupa' palah..seye ambo weii.."





 Kami ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia nya. Yang mengerjakan haji, ku susuri doa buat semua. InsyaAllah.

Lots of luv,
Dalee~~

P/S : Sorry kualiti video hampeh. web in camera di lappy x function plak.

Monday, November 15, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan : Ali Baba's Kebab

Ahhaaaiii~~~

Jumaat yang lepas, selepas balik kerja, saya agak tidak berapa paham kenapa dari Jalan Jelatek hingga ke Jalan Ampang tersangatlah jem ye. Namun, api kemarahan dan ketensionan En. A tidak dapat di bendung tat kala kerata berada betul2 di hadapan Ali Baba's Kebab. Hehehe. Kenapa saya senyum, sebab dah lama saya kepingin mahu makan di sini tauuu..Tindakan En. A teramatlah bijak untuk berenti bagi menyempurnakan solat dan lebih utama ialah nak MAKAN.


Ini dari pintu masuk. Hari tu kami sampai, kebetulan tak ramai lagi orang datang. Macam menteri luar negeri gitu. "Assalamualaikum..." "Waalaikumsalam.."

Ambil kesempatan orang tak ramai, kami buat2 mengada nak try tengok bahagian dalam. Manalah tahu lebih romantis. ahaks. Nyampah ganas tapi dalam hati ada taman. Bila dah jenguk ke dalam tu, agak tidak romantis ye. So cari di luar sahaja ya pun romantis gitu noks.


 Romantiskan. Sekarang saya nak rebut kerusi dengan En. A. Yeahh saya dapat.


 Terserlah keselesaannya. Sementara tunggu order kita juga boleh online. Free wifi ya.

Gedixx ya. Mari makan.

Air ni En. A yang beriya nak minum. Last2 dia order air lain. Air Longan. RM6.

Nasi iran dan kebab. Ermm sodap. RM15.90

 Chicken roll. RM10.90 ++


Saya jarang tunjuk gambar gedik me ngan husband. Ahaks..




Sesiapa nak layan sisha pun best. Dalam jam 9.30 ada tarian Iran. Bolehlah layan. hehehe

Hari yang romantis. Memang nak datang lagi. Kebersihan 5/5, makanan 4/5, services 4/5, parking 5/5. Harga 4/5 (lebih kurang makan nandos).

Try tauuuuu...

Lots of luv,
Dalee~~



Thursday, November 11, 2010

Jangan benci Auditor pleeaaasssee !!!!

Ahhhaaaii~~

9 bulan yang lepas saya seorang auditor yang kadang-kala di benci dan kadang kala di sukai ramai. Macam susu pulak. Tapi kini saya seorang ejen cukai. Dan semenjak sebulan yang lepas saya kembali menjalankan tugas audit saya di S**** GaR*** (pejabat operasi) di OSK Securities, Jalan Ampang. Owh saya sangat gembira dapat melibatkan diri dalam investigation ini. Bos saya telah meminjamkan saya untuk investigation ini sehingga bulan Disember.

Tapi kehadiran kami di sini seperti melukut di tepi gantang jek. Orang yang nak senyum tu pun macam takut2 je. Aduh kenapa kamu ini? Saya bukan nak makan pun. Kenapa perlu takut kalau anda rasa anda tak buat salah. Team kami ni paling sopan dan baik tauu..Kalau nak request dokumen cakap bebaik je. Auditor memang macam tu, semua benda dia nak tengok. Korang sediakan jelah apa yang dia minta. Kalo korang wat keje korang dengan baik, insyaAllah memudahkan kerja auditor. Jadi cepatlah kami berambus dari tempat korangkan. Team saya di sini macam ala2 banduan gitu. Kami di tempat kan di satu bilik. Bilik itu akan di awasi oleh staff mereka. Mereka takkan tinggal kami bersendirianlah. Tak pelah terpulanglah kepada korang nak treat kami macam tu. Janji kami buat kerja kami. So far diaorang oklah. Paling saya suka untie yang selalu wat air milo untuk kami. hehehe.

Bangunan OSK Securities ni kan...luar nampak biasa jekan.. Korang tak tahu, parking kereta dia sangat high-tech ok. Nanti kalau duit dah terlebih2 bolehlah nak buat macam ni kat rumah baru. hehehe. (mimpi jelah Daleela). Cuba tengok canggih tak ?





Kalau korang tengokkan.. dia ada 3 rows. Row pertama tu ada parking kosong. Jadi kami perlu mengerakkan row ke 2 dan row ke 3. Memang taksublah. Hebat. Pastu kami perlu masuk ke terus mengikut laluan yang telah di kosongkan. Owh ye. Di tepi tiang tu ada button, boleh tekan dan dia akan bergerak. Bila dah masuk dan naik atas landasan tu, saya rasa macam atas feri. hehehe tiba2 berangan macam dah sampai Penang. Bila time nak keluar agak problem sikit memandangkan kebesaran saya melebihi team member yang lain. Lagi2 bila saya membawa beg pack laptop kura2 saya. Sampai kena sound "Dalee, you have to keep slim a bit lah..." Erk.. sampai hati kau, Alex.

Auditor selalunya akan datang 2 kali ke tempat anda. So, janganlah benci kami sangat. Dalam masa 1 tahun 2 kali je akan jumpa kami. Auditor akan datang kira stock setiap akhir tahun perakaunan dan keduanya datang bila akaun syarikat anda ready untuk di audit. Hahaha.

Saya paling suka bila time kira stock. Yang mana orang panggil 'stock take'. Dulu pernah gak involve stock take kat jusco mid valley tu. Eh, jangan salah paham ye. Tugas auditor bukan pergi kira semua stock company korang, kami datang hanya untuk double check pengiraan korang sahaja, kami pilih2lah nak kira apa. Kalau salah then perlu di perbetulkan. Paham. Sekian. Sila kira lepas ni ya. Kalau tak, anda akan lihat muka ketat saya.

Saya paling suka kalau dapat buat stock take di company yang jual makanan. Hahaha. Dulu saya kira biskut2 yang korang makan tu, roti2 dan bahan2 buat kek. Paham2 lah kan. Tapi ayah marah, ayah kata barang makan tak elok ambil. Saya tak ambil, saya bawa pergi office. Biar mereka kenduri. Saya paling bahagia bila terpaksa kira minyak wangi di One Utama. Nak nangis tengok harga runcit minyak wangi. Almost 40 % murah dari harga jualan. 

Auditor ni pon bukan hebat sangat ye. Mereka juga masih dalam proses pembelajaran dan manusia biasa yang melakukan kesilapan. Tapi bukan kesilapan bodoh pleaseee.... " Ibu, kakak kan cakap bodoh".. hahaha teringat adikku, Amin. Dia pantang orang kata bodoh.

Selamat bekerja ye.

Lots of luv,
Dalee~~ 

Monday, November 8, 2010

Why I love Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza













CHEESE YANG MENGLIURKAN

CHEESE YANG SEBATI DALAM ROTI

CHEESE YANG MENYELERAKAN

CHEESE YANG MERANGUPKAN

CHEESE YANG MENCAIRKAN HATI

CHEESE YANG BERTALI-TALI






Memang CHEESE membuatkan saya tergila-gilakannya. Saya ingin mengabadikan saat saya bersama-sama EXTREME CHEESY 6 PIZZA 


 " “I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”

Lots of luvs,
Dalee~~



Sunday, November 7, 2010

Kau mencuri perhatianku...

Ahhaaaaiii~~

Semalam saya dan En. A mendapat undangan perkahwinan di batu caves, Selangor. Tapi tak berapa nak ada mood sangatlah nak pergi. Namun, janji perlu di tepati. Selepas kami makan di meja VIP, nasib bagi layanan baik. Mood dah ok kembali. Mungkin sebab dapat makan kooot~~ hehehe. Macam biasa ketibaan pengantin di tunggu ramai. Saya relax dulu di meja bagi memberi peluang kepada orang lain mengambil gambar. Di sebalik kesibukan orang berebut2 mengambil gambar macam tak boleh bersabar2 tuh. Tercelit.. eh salah terselit seorang budak perempuan bersama adiknya. Ingatkan saya seorang je yang perasan. En. A pun memerhatikan dia. Minta kebenaran bapa dia untuk mengambil gambar. Bapa dia ok, dis sweet girl pulak sombong bangat. Xpe2 nanti untie curi2 tangkap gambar awak. Not so suprise, bapa dia pon stylo dan samalah seperti mama dia. Luvly family.

Dalam mood nak jadi ibu ni, bolehlah kot pikir2 nak dress up kan si kecil macam mana. Saya memang suka berangan. hehehe. Kadang2 berangan dah pregnant tapi tak pregnant. Yang jadi mangsanya En. A. hehehe



Dia buatlah gaya macam mana pun. Tapi tetap menawan, cumel dan seangkatan perkataan yang menggambarkan dia ni cantik. Ada gaya muka mix kan.. Ok nak berangan lagi. Kalau muka mix ni boleh jadi anak saya dan En. A pun macam ni. Oowhh cumel nya.. saya suka.

Lots of luvs,
Dalee~~

Friday, October 29, 2010

3ply celebration

Ahhaaiii~~

Selamat hari lahir yang dah basi, sekarang saya baru nak cerita. Saya bukan nak cerita pasal kegembiraan dapat makan ye kali ini. Saya nak cerita dan nak membanggakan organiser2 untuk besday party ini... Oyoo.. saya sangat happy okies dokies.Oowhh.. lupa nak bagitahu..ini adalah besday party kazenku dan anak2 buah belah mak den yg nogori 9 tu. Mereka ini sangatlah pandai menyusun tarikh kerana lahir pada tarikd yg agak berhampiran dalam bulan yang sama.

Dari kiri : Iman (kazen) + Cik Dah (Untieku)+Atuf (Anak Buah) + Kak yong (Kazenku) + Aqil (Anak buah) + Farah (Kazenku)

Poyokan diaorang nak pakai baju merah bagai (den jeles sebonar aih..). Cik Dah is my IDOL ni kan telah melahirkan Iman di London. Iman dulu tak pandai sangat cakap Melayu, sekarang dah pandai cakap. Baru balik ke Malaysia sebulan yang lepas. Kak yong yang tengah tu pulak merangkap chef yang sarat mengandung anak ke-2, dan Farah pula telah melahirkan Aqil anak ke-3 nya dan selalu menang peraduan macam2. Bertuah. (Jeles lagi boleh?) 

Mereka antara organiser besday party ini ye. Ni nak cerita menariknya besday party ini ialah selain dari kami yang di jemput hadir ini memberi hadiah untuk ketiga2 budak2 di atas itu... tengok....sakan

Bakul siap tulis nama tuh.. baik punya...xpenah meraso camni. Sian den.

Kami juga di beri peluang untuk memenangi pelbagai hadiah tauuuuu.. tapi mengikut nasiblah. En. A selalu kata saya malang. Takpe hari tu saya tak adalah malang sangat yek. Nak tau hadiahnya ape?

Ye.. mereka juga agak tidak sabar menunggukan waktu ini..waktu berpeluang mendapat hadiah. Tengok muntut En.A yang sipi2 itu berbaju kemaja jalur2. Dialah yang paling tak sabar. hehehe.

*
*
*
*
*


Inilah yang di tunggu2 eh.. tak kesahlah hadiah dia tu apa kebenda. Janji den nak monang jugak yo. Selepas majlis doa selamat dan makan2 berlangsung..eh xda gambar makanan. Perkembangan yang baik ni. Ok..sambung. Chef Nora a.k.a kak yong den telah pun mengagihkan nombor tikan yang telah di bomohnya malam tadi.


Apabila dapat je, semua orang terburu2 mengopek dan menyiat untuk melihat nombor2 tersebut. Acara mengopek dan menyiat nombor berlangsung dalam masa 10 minit. Susah jugaklah nak menyiatkannye ye...oo lupa sebab malam sebelumnya kak yong dah jampi. Apabila semua orang ready.....



Hadiah yang menjadi idam-idaman ramai di gantung. Bermulalah segala2 nya....



Kak yong akan memanggil nombor yang ada pada hadiah. Setiap hadiah baik yang besar mahupun yang kecil akan ada nombor. Di mulai dengan hadiah yang besar dan terkecil seterusnya. Apabila nombor di umumkan, baik budak, mak budak, bapak budak, makcik budak, atuk budak dan juga nenek budak pon beriya2 melihat nombor2 yang di beri.

Kesungguhan dan ketekunan akak amatlah di puji...hehehe

Cuba teka hadiah yang bosar2 tu dapat pada siapa? Malas nak main tauuuuuuuu..

Dah cakapkan.. Kalau Farah masuk pertandingan, dia jelah menang weii...

Namun begitu, saya amat bangga memenangi...set bilik tidur.. eh bukan..

Buku mewarna ini... ada juga orang nak jeles.. Mak mertua kak yong (makcik tudung pink). Maaf ye makcik. hehehehe cuba lagi tahun depan.

En. A sangat bertuah kerana tidak memenangi apa2 ye. Harap maklum. Harap2 tahun depan ada cabutan lain pulak ye. Saya sayang semua yang hadir walaupun saya menang buku mewarna. Kepad organizer..majlis ini sangatlah mantop, meletop, dan kebaboo. Gud job.

Lots of luv,
Dalee~~

p/s : Farah ialah tokei Hai-O.. sesiapa yang berminat nak jadi tokey macam dia, bolehlah menghubungi saya ye..






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails