Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 7, 2010

Kau mencuri perhatianku...

Ahhaaaaiii~~

Semalam saya dan En. A mendapat undangan perkahwinan di batu caves, Selangor. Tapi tak berapa nak ada mood sangatlah nak pergi. Namun, janji perlu di tepati. Selepas kami makan di meja VIP, nasib bagi layanan baik. Mood dah ok kembali. Mungkin sebab dapat makan kooot~~ hehehe. Macam biasa ketibaan pengantin di tunggu ramai. Saya relax dulu di meja bagi memberi peluang kepada orang lain mengambil gambar. Di sebalik kesibukan orang berebut2 mengambil gambar macam tak boleh bersabar2 tuh. Tercelit.. eh salah terselit seorang budak perempuan bersama adiknya. Ingatkan saya seorang je yang perasan. En. A pun memerhatikan dia. Minta kebenaran bapa dia untuk mengambil gambar. Bapa dia ok, dis sweet girl pulak sombong bangat. Xpe2 nanti untie curi2 tangkap gambar awak. Not so suprise, bapa dia pon stylo dan samalah seperti mama dia. Luvly family.

Dalam mood nak jadi ibu ni, bolehlah kot pikir2 nak dress up kan si kecil macam mana. Saya memang suka berangan. hehehe. Kadang2 berangan dah pregnant tapi tak pregnant. Yang jadi mangsanya En. A. hehehe



Dia buatlah gaya macam mana pun. Tapi tetap menawan, cumel dan seangkatan perkataan yang menggambarkan dia ni cantik. Ada gaya muka mix kan.. Ok nak berangan lagi. Kalau muka mix ni boleh jadi anak saya dan En. A pun macam ni. Oowhh cumel nya.. saya suka.

Lots of luvs,
Dalee~~

2 comments:

- zuriey - said...

tak salah berangan..mana tahu termakbul satu hari nanti

Daleela said...

InsyaAllahkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails