Ahhhaii~~~
Tak sangka ye dah hampir setahun kami berkongsi segala2nya, bertumbuk selalu, berebut TV, berebut makanan, berebut bantal, bilik air tak pernah berebut sebab malasnyaaaaaaaaaa nak mandi. huh. Oh ye jeles babe tengok si preggie mummy buat photoshoot.
Baik punya pujuk akhir berjaya memujuk En. A mengabadikan 1 tahun anniversary. Photoshoot yang seterusnya ialah pada 10 tahun akan datang. Siap buat perjanjian. Walaweeehhh mesti saiz badan dah di alter menjadi XXXL. Tak sabar nak tunggu lagi 10 tahun. Itu pun kalau umur panjang.
Camera man ni pun tak bagi lagi rate dan bajetnya berapa. Tapi saya dah sibuk ni pikir nak bawa props apa. Poyo jugak ko ni Daleela. Tahu takpe. heh. Encik camera man kata saya kena bawa props sendiri. Mula2 pikirnya nak buat di white room tapi En. camera man kata baik buat outdoor. So pilihan terbaik ialah di FRIM.. hah kau, dah macam industan pulak.
Seronokkan kalau kita dapat mengabadikan saat2 bersama dalam waktu tempoh 1 tahun tu. Mahu nak dekat 12 album ni.
Antara storyboardnya (tulis siap2, saya ni cepat lupa) :
1. Pillow fighter - mengingatkan kami suka rebut2 bantal
2. Main bola (dengan jersey Arsenal) - mengingatkan En. A selalu tengok bola dan saya terpaksa tengok juga.
3. Picnic with a lot of food - mengingatkan kami memang suka makan. heh.
4. Playing guitar - mengingatkan lagu2 cinta (haduii jiwang seh)
5. Blanket - Mengingatkan kami suka tidur (penting ke ni??? My sukalah, my gambar)
6. Bubble - Best2 ni.. cam budak2. Dulu tak dapat main pun. Kena buat sendiri dengan sabun fab.
7. Books and belon - Dulu kami suka pergi library tapi belon tu tak ada kena mengena. Eh mungkin ada. Badan dah macam belon. lol.
Now let's testing Daleela
Ok gud try daleela. En A jadi camera man jap. Gambar di ambil di FRIM jugaklah ni semalam.
So hopefully jadi secantik ini.. bukan di atas tu tapi di bawah ini...
Props dia cumel2kan. Mana pulak nak cari beg2 klasik macam tu...
Lots of luv,
Dalee~~
Credit to : greenweddingshoes
4 comments:
wah..bestnya..mau tiru idea la..mau ajak en.fika g posing kat tasik taiping minggu depan..hehe..
tasik taiping cantik kan? hehehhe
angah singgah sini 4llow uuu
wah, bestnya.. mesti seronok!!
kadang2, guna 1 props pun dh cantik if kena dgn idea kan?
nnti upload pic photoshoot tu k..
p/s: nice blog dear.. i follow u..
Post a Comment