Tuesday, February 8, 2011

Moments naik keretapi KTMB ke kelantan

Ahhhaaaiii~~~



Moment naik keretapi memang best. Terhengat pulak jaman2 time belajar diploma dulu. Akak habit memang tak leh naik bas.. Kalau naik juga, mau 8 kali berenti nak g tandas. PHyscho tullah menciiikk.. And i believe ramai yang dah try naik keretapi dan tak tahan duduk lama2 dalam tu. Akak tak kesah lah berapa jam nak duduk dalam tu, janji akak boleh telentang. Tapi tulah tak berjaya nak pecah rekod telentang 12 jam. Yelah, ada je yang ganggu..ajak pergi cafelah, teman pergi toiletlah...orang datang check tiketlah..orang intai2 di sebalik langsirlah..

Inilah orang2 yang banyak mengganggu akak nak pecah rekod telentang 12 jam. Korang berjaya tak pecah rekod telentang 12 jam. Akak percaya belum ada lagi.. hehehe.

Dalam banyak2 moment yang best ada jugak yang tak bestnya. Kalau korang tengok gambar di atas tu, itu adalah katil bawah.. syookklah nak borak2 sambil tengok permandangan. Kami beli tiket ke kelantan untuk 4 katil bawah. Risiko2 yang akan kita hadapi bila berada di katil bawah ialah :

1. Orang minta tukar katil atas ke bawah. Alasan ada anak kecil atau orang tua. Beb.. harga pun tak sama. Nak tukar kena fikir 2/3 kali.

[Boleh akak bagi alasan akak? --> Tau tak bapak saya beratur beli tiket jam berapa? Jam 6 pagi lepas solat subuh terus beratur ambil nombor tau. Abang suka2 je nak tukar. Saya rasa kalau abang ada anak kecil, lebih baik duduk atas sebab nanti anak abang tu tak memanjat di tangga dan jatuh tergolek dok kan susah.]

2. Orang atas kentut. ---> Maaakk aiihh.. ko ni kenapa bang.. main kentut2 plak. Dah lah air-cond kuat dowh.

3. Orang asyik turun naik2 ---> Aiii Ya Allah, rasa nak lempang pun hada ni.

If next time uolls nak beli tiket tempat tidur, please remember dis tips ya..Tulah yang menyebabkan akak nak telentang je 12 jam. Naik keretapi terus tutup langsir dan tidoorr..

Ni adik akak ni ayik berjalan2. Tapi nasib dia tak ganggu orang dan buat bising.

Ni nak cerita time balik ke KL (akak dan hubby je balik). Di sebabkan banjir di Rembau dan Tampin, keretapi menghala ke Tumpat-KL akan berhenti di mentakab. Syukur KTMB tak cancel teruss.. Dari mentakab pihak KTMB ada menyediakan 4 biji bas untuk penumpang ke KL Sentral. 4 biji macam tak cukup je kan. Terpaksalah berebut (normallah Malaysia rebut2 ni). Tapi nasib akak dan hubby beratur di bas persiaran sebab bas sekolah yang di sediakan rosak di tengah jalan. Terpaksalah mereka2 dalam tu, menumpang bas2 kami. Kesian tau makcik2, pakcik2 dan budak2 kecil. Kalau nak bagi diaorang duduk, akaknya perut ni memulas lain macam. Sebabkan akak memang tak boleh naik baskan... 

Kesimpulannya, niat baik KTMB sangat2 kami hargai, cuma bab management KTMB memang sangap.. hancus.. tak adillah tiket mahal tapi naik bas sekolah, lepas tu bas rosak dan kena berdiri 1/2 jam. 1/2 jam pon lama gakkan..Tunggu akak komplen kat KTMB [kalau rajinlah dan tak ada kerja]. Akak bukan suka2 nak komplen tapi memperjuangkan orang2 yang tidak bernasib baik itu.

Lots of luv,
Dalee~~


1 comments:

PUANSTOBERI said...

ha...tgh survey tiket ketapi ni. berapa tah tambang ke utara ek (arau).
tingin nak naek sbb da lama tak naek. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails