Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 12, 2011

Ringkasan BAJET 2012 untuk kita2 aje...



 Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiii~~~~

*****************

15 tahun dahulu : 
Ayah buka TV untuk dengar bajet di bentangkan..... akak dalam hati kata, "benda penting ke ni? Kenapa ayah beriya2 mengalahkan bos2 besar". Assume ayah minat politik. <------ Tak paham kuasa 2

5 tahun dahulu :
Beli surat khabar baca ringkasan bajet sebab masuk exam. <----- Tak paham kuasa 1

2 tahun dahulu dan kini :
Memperuntukkan masa mendengar bajet secara live di TV. Membuat rumusan dan ringkasan  bersama "TEAM" selepas 10 minit bajet di bentangkan <-------- Menyampah kuasa 20


Inilah hakikat yang terjadi, benda2 yang tak ada kena mengena dengan hidup kita, semestinya kita tidak ambil pusing. Hakikatnya, kita sebenarnya perlu mengemaskini pengetahuan Am kita terutamanya hal2 yang berkaitan dengan negara kita. #gaya_ahli_politik_berucap

Dan pendapat akak, kali ini ramai rakyat tertunggu2 bajet yang di umumkan. Di mana rata2nya berpuas hati (orang_gomen) tak termasuk budak sekolah, selalunya budak2 sekolah ni mana nak ambil port. Mungkin bagi yang belum tahu, akak membuat ringkasan bajet untuk kita2 aja (tidak termasuk Syarikat) supaya kita semua dapat menuntut hak masing2. Terutamanya yang mana dah ada anak yang bersekolah dan belajar universiti, gaji banyak mana pon tetap xcukup. Saya paham... (eh..macam wakil rakyatlah, ye saya akan bertanding di kawasan lembah pantai untuk menjadi calon saingan kepada Nurul Izah Anuar. acecece sila pangkah CIK JEMAH ye..)


 Cekedout :
 
1. Bayaran bantuan persekolahan RM100 bagi Pelajar Tingkatan 1- 5 bagi tahun 2012

2. Kerajaan memansuhkan yuran persekolahan namun Yuran PIBG masih lagi perlu di bayar. *masalahnya Yuran PIBG ni yang tinggi sangat, jangan mengada sangat boleh?*

3. Bauncer buku RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS, Form 6 dan matriks *Adik2, berenti potostate buku ye, belilah buku owiginal...(^_^)*

4. Bantuan sebanyak RM500 kepada seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 secara tunai (one off) dan perlu mendaftar ke LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

5. Kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% setiap tahunUmur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
 
6. RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota tentera
 

7. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 *Tak masuk akal jugak dgn gaji RM3,000 kebawah, bulan2 bayar duit umah dah tu nak makan ape weii*

8. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000.

9. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
 
10. Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.* Yessss... epf bertambah*

11. Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. *Ni pon En. A suka*

12. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. *En. A memang suka bab2 ni*

13. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,000 akan diberikan. *kalau naik teksi, tolong bagi tau pakcik2 teksi*
 
14. Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen. Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50, Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35.

 
Semoga kita mendapat menfaatnya, tapi dok terpikir bajet billion2 ni mana #NAJIB korek duit? Sebarang rujukan sila ke Laman Rasmi BELANJAWAN 2012



Lots of luv,
Dalee~~



2 comments:

Hunny Kitty said...

T_T terkecuali dari SEMUA perkara di atas *sigh*

Unknown said...

tak dengar pun budget..malas..terima sudi komen yer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails