Friday, October 29, 2010

3ply celebration

Ahhaaiii~~

Selamat hari lahir yang dah basi, sekarang saya baru nak cerita. Saya bukan nak cerita pasal kegembiraan dapat makan ye kali ini. Saya nak cerita dan nak membanggakan organiser2 untuk besday party ini... Oyoo.. saya sangat happy okies dokies.Oowhh.. lupa nak bagitahu..ini adalah besday party kazenku dan anak2 buah belah mak den yg nogori 9 tu. Mereka ini sangatlah pandai menyusun tarikh kerana lahir pada tarikd yg agak berhampiran dalam bulan yang sama.

Dari kiri : Iman (kazen) + Cik Dah (Untieku)+Atuf (Anak Buah) + Kak yong (Kazenku) + Aqil (Anak buah) + Farah (Kazenku)

Poyokan diaorang nak pakai baju merah bagai (den jeles sebonar aih..). Cik Dah is my IDOL ni kan telah melahirkan Iman di London. Iman dulu tak pandai sangat cakap Melayu, sekarang dah pandai cakap. Baru balik ke Malaysia sebulan yang lepas. Kak yong yang tengah tu pulak merangkap chef yang sarat mengandung anak ke-2, dan Farah pula telah melahirkan Aqil anak ke-3 nya dan selalu menang peraduan macam2. Bertuah. (Jeles lagi boleh?) 

Mereka antara organiser besday party ini ye. Ni nak cerita menariknya besday party ini ialah selain dari kami yang di jemput hadir ini memberi hadiah untuk ketiga2 budak2 di atas itu... tengok....sakan

Bakul siap tulis nama tuh.. baik punya...xpenah meraso camni. Sian den.

Kami juga di beri peluang untuk memenangi pelbagai hadiah tauuuuu.. tapi mengikut nasiblah. En. A selalu kata saya malang. Takpe hari tu saya tak adalah malang sangat yek. Nak tau hadiahnya ape?

Ye.. mereka juga agak tidak sabar menunggukan waktu ini..waktu berpeluang mendapat hadiah. Tengok muntut En.A yang sipi2 itu berbaju kemaja jalur2. Dialah yang paling tak sabar. hehehe.

*
*
*
*
*


Inilah yang di tunggu2 eh.. tak kesahlah hadiah dia tu apa kebenda. Janji den nak monang jugak yo. Selepas majlis doa selamat dan makan2 berlangsung..eh xda gambar makanan. Perkembangan yang baik ni. Ok..sambung. Chef Nora a.k.a kak yong den telah pun mengagihkan nombor tikan yang telah di bomohnya malam tadi.


Apabila dapat je, semua orang terburu2 mengopek dan menyiat untuk melihat nombor2 tersebut. Acara mengopek dan menyiat nombor berlangsung dalam masa 10 minit. Susah jugaklah nak menyiatkannye ye...oo lupa sebab malam sebelumnya kak yong dah jampi. Apabila semua orang ready.....



Hadiah yang menjadi idam-idaman ramai di gantung. Bermulalah segala2 nya....



Kak yong akan memanggil nombor yang ada pada hadiah. Setiap hadiah baik yang besar mahupun yang kecil akan ada nombor. Di mulai dengan hadiah yang besar dan terkecil seterusnya. Apabila nombor di umumkan, baik budak, mak budak, bapak budak, makcik budak, atuk budak dan juga nenek budak pon beriya2 melihat nombor2 yang di beri.

Kesungguhan dan ketekunan akak amatlah di puji...hehehe

Cuba teka hadiah yang bosar2 tu dapat pada siapa? Malas nak main tauuuuuuuu..

Dah cakapkan.. Kalau Farah masuk pertandingan, dia jelah menang weii...

Namun begitu, saya amat bangga memenangi...set bilik tidur.. eh bukan..

Buku mewarna ini... ada juga orang nak jeles.. Mak mertua kak yong (makcik tudung pink). Maaf ye makcik. hehehehe cuba lagi tahun depan.

En. A sangat bertuah kerana tidak memenangi apa2 ye. Harap maklum. Harap2 tahun depan ada cabutan lain pulak ye. Saya sayang semua yang hadir walaupun saya menang buku mewarna. Kepad organizer..majlis ini sangatlah mantop, meletop, dan kebaboo. Gud job.

Lots of luv,
Dalee~~

p/s : Farah ialah tokei Hai-O.. sesiapa yang berminat nak jadi tokey macam dia, bolehlah menghubungi saya ye..






Friday, October 22, 2010

Counting days

Ahhhaaii~~



Senyum dalam debaran. Hahaha. Saya sedang menanti saat2 yang di tunggu. Terima seadanya apa jua keputusan yang telah di takdirkan. Pastinya Allah lebih tahu segala2nya.

Saya juga sedang menanti2 nak pergi majlis kenduri kahwin kawan2. Pening. Kenapa ketibaan yang tiba2.. ramai pula yang kahwin ahad ni. KOPAK. Yang penting, saya di sini mendoakan yang terbaik dan kelancaran semua. 

Titipkan juga doa buat saya. Sekiranya berjaya, saya tidak akan teragak2 berkongsi rahsia kejaayan ini. Andai sebaliknya, saya akan memanjangkan lagi tangga doa kepada yang Maha Esa. InsyaAllah. Amin. 

Lots of luv,
Dalee~~


credit : google - counting days image

Tuesday, October 12, 2010

Sticky post : My 100th Followers Giveaway


Hello to all readers. Terima kasih kerana memberi sokongan padu kepadaku. Acehh.. HIDUPNYA SESEBUAH BLOG ITU ADALAH KERANA FOLLOWERS -NYA. Dengan itu saya berbesar hati ingin memberi sedikit sagu hati.. hehehe

Sila emailkan pada leela.cmn@gmail.com :

Alamat blog anda :
Nama blog anda :
Nama penuh anda :
Alamat :
Email :

Terima kasih kerana menjadi my 100th follower.

Kepada followers yang lain. Saya akan membuat random no of visitor. My feberet no is 7777 (tunggu sticky post yang lain).

Lots of luv,
Dalee~~


Sunday, October 10, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan : Ice Room, Bangi

Ahhaaiii~~

Selepas balik dari jemputan makan rumah Bonda Auf, dengan perut yang penuh dengan pelbagai makanan seperti mee bandung, popiah, puding roti kismis, kek lapis oreo, ayam cucuk serai...kami meneruskan perjalanan ke Bangi.. ye bangi lagi. Yelah kenapa ye banyak kali pergi bangi tahun ni... adakah tempat ini yang akan merubah hidupku? Hehehe. Aku dan En. A ke Bangi untuk berjumpa dengan Kazenku dan suaminya, Murni atas urusan rasmi. Dah dapat nanti aku khabar2kan. Malulah kalau tak jadi. Hehehe. Percayalah, Bangi memang penuh dengan tempat makanan yang best2. Kalau sesiapa yang mempunyai modal lebih, Bangi adalah peluang terbaik untuk memulakan perniagaan.

Murni membawa kami ke ICEROOM. Seronok sesekali makan aiskrim berkongsi dua. Hehehe macam perantin bawu (pengantin baru).

Pintu depan Iceroom Bangi

Sekarang sila ambil menu, bukan tangkap2 gambar ye. Ambil kertas di tepi tu dan tanda mengikut kod pada buku menu.
Superb. Ice cream dia lambat gilo cair. Teheee.. tersama plak ngan Puan Murni.

Black pepper chicken chop dia.. aduhai. kekenyangan.

Spageti black pepper souce (Macam salah eja je ni...)

Urusan rasmi dan makan2 telah selesai.

 Restoran bertema hijau putih. Tempat boleh pilih air-cond atau open air. Service **** star. Tapi ada sikit tak puas hatilah. Kebersihan boleh bagi *** star je.


Lots of luv,
Dalee~~



Thursday, October 7, 2010

Burger King whopper for RM 1 konon......kononlah...

Ahhhaaaiii~~

Semalam hampir semua orang berkata2 mengenai Burger King (BK) whooper di jual RM1. Terbayang2 kesedapannye kan. Keinginan makan aku yang agak BUAS ini semakin menjadi sehingga membawa aku ke lebuh raya gombak. Burger King tu terletak di tepi lebuhraya. Keadaan pada waktu itu sedah agak malam. Selepas melewati restoran BK di seberang jalan bertentangan aku nampak simbol BK yang bapak besar berdiri megah itu tidak berlampu. "Aik? Macam dah habis je kot ni yang". En. A cuba menakutkan aku walaupun aku sedar dia pun takut gak whooper habis. Lambat lagi nak sampai restoran BK sebab kami kena buat  U-Turn di bawah flyover tu. Aduhh over betul kereta malam ni. Sabar punya sabar punya tunggu, ok dah sampai terus memarkirkan kereta di tepi petronas. Aku tinggalkan En. A, terus berlari anak gajah menuju ke restoran BK. Aku mencari pintu masuknya. Aik.. asal berkunci plak ni..

Di luar restoran BK

Aku : Dik, asal pintu ni kunci?

Pekerja BK 1 : Kak, dah habis kak. Tak ada apa nak jual dah ni.

Aku : Huaklo.. macam mana boleh habis ni (soalan bangang ke apa aku ni?)

Pekerja BK 1 : Dari pagi kak orang berpusu2 datang.

Ni boleh bikin wa panaaasss, dah tau nak wat promotion agak2 la kan. Buat preparation. Huaklo mu nih..kan dah terkeluar loghat kelantan. Dek tak berpuas hati aku duduk jugak kat situ sambil memerhatikan En. A datang dengan muka kesian. Tapi...

Pekerja  BK 1 : Kalau akak nak juga. (Macam ayat bengangkan adik ni). Kita boleh buat untuk akak Double Black Pepper. Itu pun ada 30 biji lagi kak.

Aku : Harga dia camne? RM 1 gak ke? Kalau RM1 nak lah. (Manusia poyo dan kedekut ni. Ishh sifat siapalah ni)

Pekerja BK 1 : RM1 lah kak.. tapi kita bagi double. Akak nak berapa? Tapi akak kena order air gas jugak tau.

Aduii sibuklah brother ni. Nak order juga lah tu kan.

Aku : Akak nak 6 setslah. 

Pekerja BK 1 : Ok akak 6, abang 6, abang baju pink nak berapa?

Tetiba datang brother cina  ni, student kot aku rasa. 

Bro cina : Apa? Sulah tutup kah?  

Pekerja BK 1 : Adalah itu RM1 bla bla bla bla (Budak ni dah lupa nak bagitau kena beli air)

Bro cina : Oklah lo. Saya mau lua (2). RM1 kan itu..?

Setelah semua order sudah ambil, pekerja BK tadi mengagihkan resit 2 kepada yang order tadi. Masing2 pun keluarkan duit. Akunye RM25.20.

Bro cina : Aiiyaaa.. tadi kata ini satu RM1 ma...

Pekerja BK 2 : U mesti mau beli itu air. Itu air RM3 ma..

Bro cina : Aiiyaa.. Kalau cancel buleh ke? Saya betul2 xda wang. U tengok ini beg luit xda wang. Saya hanya ada RM6 saja ma...Saya ingat betul2 RM1 ma... (Sambil tunjuk betul2 wallet memang xda duit, xpayah kot nak tunjuk. Harga yang perlu di bayar ialah RM8.40)

Aku nak tergelak pon ada gak, tapi macam tak baik. En. A dah tahan perut nak gelak tu. Kesian sebenarnya. Maklunat yang di sampaikan seperti di atas tu sebenarnya secara tak sedar pengguna telah tertipu. Ini di namakan MARKETING. Air gas saiz medium RM3 dan Whooper RM1 dan tambah service tax 5%. Namun pengguna yang bijak tidak akan membiarkan dirinya ditipu.

Penguna yang tidak bijak itu telah pulang membawa balik 6 biji Double Black Pepper dan 6 cawan air pepsi untuk di makan di rumah mertuanya. 

Lots of Luv,
Dalee~~  



Monday, October 4, 2010

Open House ku umpama Dinner : Impossible

Ahhhaaaii~~~


Sebenanrnya bukan 'Open House' pun, cuma meraikan saudara-mara dan kawan2 yang niat nak datang beraya di rumah. Cari satu tarikh, masak sekali dan penat sekali. Umpama kera terkangkang kena belacanlah aku lepas semua tetamu balik.

Pernah tengok rancangan Dinner : Impossible? Alaa.. rancangan ala2 memasak di waktu yang sangat getir dengan tetamu yang ramai. Jangan gelak weii. Boleh menambahkan ilmu juga ni. Korang tengok tau. Memang hebat. Walaupun aku telah 'di encourage' oleh ibuku untuk selalu menonton rancangan 'Asia Food Channel' (AFC di astro), belum cukup nak menambah ilmu di dada ni. Ibarat kita tengok orang baca Al-Quranlah, kalau kau tak belajar tajwid dan kau tak baca tak pandai juga kau baca Al-Quran. Samalah macam memasak ni.. Buku bertimbun2 beli, rancangan memasak berkali2 rewind, resepi beratus2 print, dan nak memasak pun kena lah rajin try and error.

Aku bagi 2 tarikh, 25/9/10 untuk saudara mara sebelah En. A, aku masak nasi ayam untuk 50 orang and fruit coctail. Popiah dan puding aku order je. Rasa macam tak sempat nak buat, kalau nak buat juga mau aku kena bangun jam 1.00 pagi nak start masak. 

*tips memasak untuk 50 orang - Nasi ayam*

1. Ayam 6 ekor
2. Beras lebih kurang 6 kg
3. 4 x trip nak masak sup dan nasi guna rice cooker sederhana
4. Sup tidak di galakkan guna paket rempah sup warna kelabu tu tau, guna kiub2 pati ayam knor atau maggie untuk hasil yang sedap. 24 biji kiub. (1 x trip = 6 kiub untuk 1 1/2 ekor ayam rebusan)

Tarikh yang ke 2, 3/10/10 untuk kawan2 aku dan sedara-mara aku. Aku masak mee bandung, pasta bolognese dan air buah. Satey dan cheese tart order saja. Ni ada kemajuan sikitlah, dah tahu nak bajet masa dan kurang sikit kelam-kabutnya. Aku mula masak jam 7.30. Hebatkan. Tetamu datang jam 11.00 pagi.  Sila tepuk. Ok sekian terima kasih.

*Tips memasak untuk 30 orang - Mee Bandung*

1. Mee kuning (untuk mee bandung) 5 paket
2. Ayam 1/2 ekor di potong kecil untuk bahan kuah bandung
3. Udang 1 kg untuk bahan kuah bandung
4. Pasta 1 paket
5. Kuah bolognese menggunakan 2 botol prego
6. Meet ball 1 paket besar
7. Daging hancur 1 paket

So senanglah korang kalau nak buat bajet memasak, nanti jangan jadi macam aku kena bangun jam 4.30 mula memasak. Gelak guling2 ibuku kalau dengar anak perempuan dia masak awal gilo. hahaha. Takpe2, practice make perfect. Aku pon 3-4 kali masak nasi ayam ni baru pas kot.

Selamat mencuba okay. Terima kasih kerana membaca.

Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Sila tinggalkan jejak anda di comment box. Saya nak terjah blog2 lain yang xpernah terjah. Memperluaskan rangkaian jalur mata lebar saya.

** Sesiapa nak tempah rempah mee bandung muar boleh tinggalkan comment. 1 bekas tupperware microwave tu RM15. 1 bekas boleh di gunakan utk 30 orang.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails