Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

Burger King whopper for RM 1 konon......kononlah...

Ahhhaaaiii~~

Semalam hampir semua orang berkata2 mengenai Burger King (BK) whooper di jual RM1. Terbayang2 kesedapannye kan. Keinginan makan aku yang agak BUAS ini semakin menjadi sehingga membawa aku ke lebuh raya gombak. Burger King tu terletak di tepi lebuhraya. Keadaan pada waktu itu sedah agak malam. Selepas melewati restoran BK di seberang jalan bertentangan aku nampak simbol BK yang bapak besar berdiri megah itu tidak berlampu. "Aik? Macam dah habis je kot ni yang". En. A cuba menakutkan aku walaupun aku sedar dia pun takut gak whooper habis. Lambat lagi nak sampai restoran BK sebab kami kena buat  U-Turn di bawah flyover tu. Aduhh over betul kereta malam ni. Sabar punya sabar punya tunggu, ok dah sampai terus memarkirkan kereta di tepi petronas. Aku tinggalkan En. A, terus berlari anak gajah menuju ke restoran BK. Aku mencari pintu masuknya. Aik.. asal berkunci plak ni..

Di luar restoran BK

Aku : Dik, asal pintu ni kunci?

Pekerja BK 1 : Kak, dah habis kak. Tak ada apa nak jual dah ni.

Aku : Huaklo.. macam mana boleh habis ni (soalan bangang ke apa aku ni?)

Pekerja BK 1 : Dari pagi kak orang berpusu2 datang.

Ni boleh bikin wa panaaasss, dah tau nak wat promotion agak2 la kan. Buat preparation. Huaklo mu nih..kan dah terkeluar loghat kelantan. Dek tak berpuas hati aku duduk jugak kat situ sambil memerhatikan En. A datang dengan muka kesian. Tapi...

Pekerja  BK 1 : Kalau akak nak juga. (Macam ayat bengangkan adik ni). Kita boleh buat untuk akak Double Black Pepper. Itu pun ada 30 biji lagi kak.

Aku : Harga dia camne? RM 1 gak ke? Kalau RM1 nak lah. (Manusia poyo dan kedekut ni. Ishh sifat siapalah ni)

Pekerja BK 1 : RM1 lah kak.. tapi kita bagi double. Akak nak berapa? Tapi akak kena order air gas jugak tau.

Aduii sibuklah brother ni. Nak order juga lah tu kan.

Aku : Akak nak 6 setslah. 

Pekerja BK 1 : Ok akak 6, abang 6, abang baju pink nak berapa?

Tetiba datang brother cina  ni, student kot aku rasa. 

Bro cina : Apa? Sulah tutup kah?  

Pekerja BK 1 : Adalah itu RM1 bla bla bla bla (Budak ni dah lupa nak bagitau kena beli air)

Bro cina : Oklah lo. Saya mau lua (2). RM1 kan itu..?

Setelah semua order sudah ambil, pekerja BK tadi mengagihkan resit 2 kepada yang order tadi. Masing2 pun keluarkan duit. Akunye RM25.20.

Bro cina : Aiiyaaa.. tadi kata ini satu RM1 ma...

Pekerja BK 2 : U mesti mau beli itu air. Itu air RM3 ma..

Bro cina : Aiiyaa.. Kalau cancel buleh ke? Saya betul2 xda wang. U tengok ini beg luit xda wang. Saya hanya ada RM6 saja ma...Saya ingat betul2 RM1 ma... (Sambil tunjuk betul2 wallet memang xda duit, xpayah kot nak tunjuk. Harga yang perlu di bayar ialah RM8.40)

Aku nak tergelak pon ada gak, tapi macam tak baik. En. A dah tahan perut nak gelak tu. Kesian sebenarnya. Maklunat yang di sampaikan seperti di atas tu sebenarnya secara tak sedar pengguna telah tertipu. Ini di namakan MARKETING. Air gas saiz medium RM3 dan Whooper RM1 dan tambah service tax 5%. Namun pengguna yang bijak tidak akan membiarkan dirinya ditipu.

Penguna yang tidak bijak itu telah pulang membawa balik 6 biji Double Black Pepper dan 6 cawan air pepsi untuk di makan di rumah mertuanya. 

Lots of Luv,
Dalee~~  



3 comments:

izyantyPersonalTaste said...

sedap tak....berbaloi xpe le kan

http://izyantyshop.blogspot.com/2010/10/span-ajaib-merawat-masalah-kulit.html

Daleela said...

izyanty,

Yup sedaplah kan...

cEkEtENG said...

hwaa...dpt jugeee....org x dpt tau.......sedeyy...errr.....actually sbb x pegi pun..tgk org beratur sampai tersembul2 pintu trus takot nk masuk BK!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails