Ahhaaiii~~
Selepas balik dari jemputan makan rumah Bonda Auf, dengan perut yang penuh dengan pelbagai makanan seperti mee bandung, popiah, puding roti kismis, kek lapis oreo, ayam cucuk serai...kami meneruskan perjalanan ke Bangi.. ye bangi lagi. Yelah kenapa ye banyak kali pergi bangi tahun ni... adakah tempat ini yang akan merubah hidupku? Hehehe. Aku dan En. A ke Bangi untuk berjumpa dengan Kazenku dan suaminya, Murni atas urusan rasmi. Dah dapat nanti aku khabar2kan. Malulah kalau tak jadi. Hehehe. Percayalah, Bangi memang penuh dengan tempat makanan yang best2. Kalau sesiapa yang mempunyai modal lebih, Bangi adalah peluang terbaik untuk memulakan perniagaan.
Murni membawa kami ke ICEROOM. Seronok sesekali makan aiskrim berkongsi dua. Hehehe macam perantin bawu (pengantin baru).
Pintu depan Iceroom Bangi
Sekarang sila ambil menu, bukan tangkap2 gambar ye. Ambil kertas di tepi tu dan tanda mengikut kod pada buku menu.
Superb. Ice cream dia lambat gilo cair. Teheee.. tersama plak ngan Puan Murni.
Black pepper chicken chop dia.. aduhai. kekenyangan.
Spageti black pepper souce (Macam salah eja je ni...)
Urusan rasmi dan makan2 telah selesai.
Restoran bertema hijau putih. Tempat boleh pilih air-cond atau open air. Service **** star. Tapi ada sikit tak puas hatilah. Kebersihan boleh bagi *** star je.
Lots of luv,
Dalee~~
2 comments:
wahh sedap makan ise krim kat situ.,.hehehee
Sedap wak...
Post a Comment