Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 4, 2010

Open House ku umpama Dinner : Impossible

Ahhhaaaii~~~


Sebenanrnya bukan 'Open House' pun, cuma meraikan saudara-mara dan kawan2 yang niat nak datang beraya di rumah. Cari satu tarikh, masak sekali dan penat sekali. Umpama kera terkangkang kena belacanlah aku lepas semua tetamu balik.

Pernah tengok rancangan Dinner : Impossible? Alaa.. rancangan ala2 memasak di waktu yang sangat getir dengan tetamu yang ramai. Jangan gelak weii. Boleh menambahkan ilmu juga ni. Korang tengok tau. Memang hebat. Walaupun aku telah 'di encourage' oleh ibuku untuk selalu menonton rancangan 'Asia Food Channel' (AFC di astro), belum cukup nak menambah ilmu di dada ni. Ibarat kita tengok orang baca Al-Quranlah, kalau kau tak belajar tajwid dan kau tak baca tak pandai juga kau baca Al-Quran. Samalah macam memasak ni.. Buku bertimbun2 beli, rancangan memasak berkali2 rewind, resepi beratus2 print, dan nak memasak pun kena lah rajin try and error.

Aku bagi 2 tarikh, 25/9/10 untuk saudara mara sebelah En. A, aku masak nasi ayam untuk 50 orang and fruit coctail. Popiah dan puding aku order je. Rasa macam tak sempat nak buat, kalau nak buat juga mau aku kena bangun jam 1.00 pagi nak start masak. 

*tips memasak untuk 50 orang - Nasi ayam*

1. Ayam 6 ekor
2. Beras lebih kurang 6 kg
3. 4 x trip nak masak sup dan nasi guna rice cooker sederhana
4. Sup tidak di galakkan guna paket rempah sup warna kelabu tu tau, guna kiub2 pati ayam knor atau maggie untuk hasil yang sedap. 24 biji kiub. (1 x trip = 6 kiub untuk 1 1/2 ekor ayam rebusan)

Tarikh yang ke 2, 3/10/10 untuk kawan2 aku dan sedara-mara aku. Aku masak mee bandung, pasta bolognese dan air buah. Satey dan cheese tart order saja. Ni ada kemajuan sikitlah, dah tahu nak bajet masa dan kurang sikit kelam-kabutnya. Aku mula masak jam 7.30. Hebatkan. Tetamu datang jam 11.00 pagi.  Sila tepuk. Ok sekian terima kasih.

*Tips memasak untuk 30 orang - Mee Bandung*

1. Mee kuning (untuk mee bandung) 5 paket
2. Ayam 1/2 ekor di potong kecil untuk bahan kuah bandung
3. Udang 1 kg untuk bahan kuah bandung
4. Pasta 1 paket
5. Kuah bolognese menggunakan 2 botol prego
6. Meet ball 1 paket besar
7. Daging hancur 1 paket

So senanglah korang kalau nak buat bajet memasak, nanti jangan jadi macam aku kena bangun jam 4.30 mula memasak. Gelak guling2 ibuku kalau dengar anak perempuan dia masak awal gilo. hahaha. Takpe2, practice make perfect. Aku pon 3-4 kali masak nasi ayam ni baru pas kot.

Selamat mencuba okay. Terima kasih kerana membaca.

Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Sila tinggalkan jejak anda di comment box. Saya nak terjah blog2 lain yang xpernah terjah. Memperluaskan rangkaian jalur mata lebar saya.

** Sesiapa nak tempah rempah mee bandung muar boleh tinggalkan comment. 1 bekas tupperware microwave tu RM15. 1 bekas boleh di gunakan utk 30 orang.


2 comments:

ZR said...

bagus tips mmsk tu...boleh la gak2 kalu 30 bpe...50 org bape ye...

Daleela said...

kAZA : hehehe cuba2 k..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails