Monday, January 9, 2012

Kita dating-dating tahun baru ye!!!



Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiiii~~~~~
********

Seronot jugak ye dak dating-dating macam zaman bercinta. Tapi dis time tak payah nak wat report lah kat ayah ibu kan. Katanya berjalan ngan Sang pencinta acececece..... En. A. Rasanya memang dah lama sangat kot kami tak berdating-dating menghabiskan duit gaji laki bini yang tak berapa nak banyak ni.... Duit boleh di cari, yang penting kita happy... weeeee.. 

Ok ini cite betul, semenjak kawen, akak memang tak pernah lah dating ngan En. A di KLCC... ape kelas ko dating kat situ... Rasa cam minah dan mamat Indon/Bangla/Nepal/Myanmar dan sekutu negara se Asian <------- ini lah reasonnya kenapa kami tak pi. Tapi tibe2 rasa itu datang pada awal tahun baru tu. Nasiblah En. A ni boleh kauwtim siap ngajak nengok wayang....  Ok layankan je....

Bangun pagi.. gosok gigi.. pergi pasar muhibah kg. pandan breakfast. Kedekut ek nak breakfast kat KLCC...Siap menggelabah cari parking yang murah.. Ade akak kesah. Jimat itu bijak ok? Kepada sesiapa yang tak tahu.. spesis akak la, 2 tahun sekali datang KLCC.. parking keta kat Avenue - K murah jugak lah.. 1st hour - RM3, subsequent hour RM1.50. Akak samapi jam 10.50 a.m then keluar jam 6.30 p.m. = RM10.00 ok la teeeww..


 
  Ooppss.. terpanjat boboi... gumuks eh.. ok lepak2 makan buah lepas beli tiket wayang. Masa ni pendatang2 tak berapa ramai sikit. Baru feeling mcm CLASS ko lepak KLCC..Amboiii En. A pon bukan main silang kaki.
 


Pastu jalan-jalan tengok kedai apa yang best... Ada kedai candy wah.. feeling lagi.... macam budak2 umur 20-An. Sebenarnya, customer tak di benarkan bergambar. Bab ni tak berapa nak faham sikit. Kenapa tak boleh tangkap gambar??? At least orang boleh promote kan.. Kedekut macam idea tu hak milik ko sorang. Bukan dekat Singapore pun ada ke macam ni...... Niat sebelum datang tadi memang kalau akak teringin benda tu.. akak xnak tgk harga dan main beli je.. acecece sekali pilih candy teringat pulak ada yang kena kencing manis ni. Check up doc tak lama je lagi. Besar sangat kot coklat tu...kasi sedap hati.. so cancel...



Ok yang ni tak boleh cancel sebab benda ni barang baru beb..!!! Garret pop corn. Cam poyo ko punya pop corn macam sedap nak jual memahal. Harga pon tak ingat.... Small size RM16, Medium size RM36 dan Large tak berapa nak ingat.. (Sebab mahal benor). Akak ambil Medium size sebab yang kecil tu rasanya tak muat kot tangan En. A nak seluk....



Demm big man... lebih besar dari lubang hidungku.. Yang ni akak ambil Caramel crispy Macademia.... Sedap ya ampun.. tapi manislah.. jgn makan sekali gus..Pas dah ronda2 tu, kami ingat nak pi makan dulu sekali tengok DOME ramai plak orang. Ok takpe, pi tengok wayang dulu. Tapau hotdog dan corn cup lagi. Lepas wayang habis, baru lah kejang kelaparan. Penat turun eskalator dengan harapan DOME tak ramai orang. Ok fine, lagi tambah ramai orang. Mungkin depa nak minum petang. Malas cita panjang, kami masuk dannnnnn.... bad experience started now.......

Dis is the 1st time akak masuk DOME KLCC, mungkin expectation akak lebih tinggi dari DOME, THE GARDENS. Tapi sayang seribu kali sayang.... tak kurang macam akak lepak makan kat food court KLCC level 3 tu. Too crowded and waiter kurang sopan. Ok dis thing akak boleh maaf kan lagi sebab mungkin orang ramai... but then comes the food la baaiiiii.....



Chocolate ice blended kot. Akak pon tak berapa nak ingat sebab ni air En. A. Ok.. this no complaint totally delicious....

 Kesiankan....konon surf internet pakai i-pad.. puuiii


 Wedges overall ok... as expectedla...



Ok yang ni grilled steak which akak recommend En. A ambil yang ini. Sebab masa akak makan kat The Gardens tu memang sedap.. juicy... tapi bila akak  tanya En. A, dia kata burger Ramly lagi sedap!!!! Uik biar betol ni...Then akak pon rasalah... memang xrasa apa garam ape pon xdelah... memang nak marahlahkan....  Akak pon offer En. A makan akak punya Fish and Chip.



 Memang sedap, tapi bila perasan ikan tu tak masak daaaa..... kejam sungguh... Haiiisss really really dissappointed. Tak tunggu lama, then minta bill. Bill dan bayar pon akak kena tunggu sampai 1/2 jam.. what the.... sebab dah lewat akak malas nak panggil manager. My suggestion, if anyone nak try dome, better pergi The Gardens.. If you not satisfied with the food call them and they will exchange with the new one. Seriussssss!!!


Pepatah kata langit tak sentiasa cerah tu memang betullah.. awal2 tu je yang gembira.. di sebabkan makan kat DOME ni terus mood kami SPOILT...Akak dun mind nak bayar mahal2 kalau sebab makan.. tapi bior berbaloi sikit..


Lots of luv,
Mommy Dalee~~


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails