Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 17, 2012

Peraduan Cuti-Cuti bersama Kotex - Hadiah saguhati pon jadilah...


Assalamualakum dan aaahhhaaaiii~~~

Pembuka tahun baru yang baik untuk kami sekeluarga...bermula dari tahun kalendar Islam dan kalendar omputeh ni.. Alhamdulillah rezeki melimpah2. Cuma kadang-kala akak takut rezeki yang melimpah ni akan menjauhkan kami dari Allah.. harap2 tidak begitu.

3 bulan yang lepas akak ada masuk Peraduan Cuti-Cuti bersama Kotex. Hadiah Utama ke London. Ni ko toksah nak harap sangat. Hadiah ke 2 ialah ke Korea...ni yang mendorong akak masuk. Naaaaaaaaaakkk sangat g bercuti ke sana  tanpa keluarkan duit poket sendiri, boleh? Jawapannya memang tak bolehlah..#kedekut.

Atas bantuan rakan2 yang baik hati dan adik2 ipar, terkumpullah hampir 25 keping plastik kotex...Memang xharap nak menangpon, cuma saja nak gatal2 kot2 dapat complimentary tido kat hotel ke... #bapak kedekut ko ni...

Walaupon xdapat pergi bercuti... tuah ada la sikit, mungkin hasil tuah dari orang2 yang membantu mengumpul plastik kotex tu...hadiah sagu hati cabin luggage bag.. 



Akak suruh dieorang hantar kat rumah... tapi syarat mereka, mesti di terima oleh pemenang. Hangkutlah si kurier tu ke ofis akak... Segak beg ni.. pink polkadot giteewww!!!




Ni beg ni dah terkangkang angkara boss akak.. dia nak pinjam bawa gi Europe next week... bertuahnyalah beg ni, ko yang pergi obersea dulu.. tuannya belum pon...




Kerana kemenangan ini atas bantuan kwn2 dan adik2 ipar, sudilah kiranya akak berkongsi beg ini dengan mereka. Terima kasih tak terhingga kepada Sue annd friends, Zaitun, Shafinah, Fatimah, Alang, Karen, Hidayah, Sofia, Jnab, Zaharah dan Tina... bergilir2 korang guna sehingga beg tu dah xberoda ok?


Lots of luv,
Mummy Dalee~~

2 comments:

Hunny Kitty said...

alahhhhhhhhhhh sangat comel!!!!! sangat suke!!!!! anywaysss tahniah....beg itu menunjukkan ciri2 hello kitty!

Anonymous said...

full list winner da kuar ke kak?sape yang menag grand prize?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails