Assalamualaikum dan aaahhhaaaaaiii~~~
**************
Mari sesama nyanyi lagu.. InsyaAllah...InsyaAllah.... (lagu maher zain tapi memang xde kaitan dengan cita ni). Akak sangat bersyukur sebab Allah sentiasa mengurniakan akak insan2 yang terbaik untuk berada di sekeliling akak. Ni adalah salah satu lagi masterpiece yang Allah kurnia kan... Masterpiece.. gasak kat situ.... Mereka ini sangat berbeza dengan manusia2 yang akak kenal. Kasih sayang mereka di luahkan dengan cara begitu kasar. Memang sangat susah nak jumpa spesis macam ni. Kasar tapi baik hati. Mungkin di takdirkan kami jumpa di bilik TV masa belajar diploma dulu. Pun tak paham kenapa nak ada bilik TV kat hostel kiteorang.
Style akak, kalau itu kawan yang boleh terjun dan mati sama.. akak sanggup berkorban apa saja.. kadang2 kongsi duit macam boifren gf... Selepas semua menamatkan zaman diploma.. ada di antara kami yang dapat sambung degree dan ada yang sambung jodoh.. hehehehe kawenlah tu.. tapi kami masih berhubung.. Perjumpaan kami ahad lepas akak rasa perjumpaan yang terakhir untuk tahun ni... tak tahu tahun bila lagi kita dapat gather sama2...Ada yang dapat sambung dpli, kpli, pastu kena posting kerja ke mana hala... tinggallah akak yang kerja swasta tanpa perkembangan selain dari perkembangan badan..
Kitaorang memang macam ni selalunya kalau nak jumpa, mesti jumpa kat tempat makan..... Terasa begitu bahagia... cuba kalau setting g jalan2 kat KLCC.. memang alamat ko cancel memanjang... Korang tengok bila memasing jumpa, suami memang kena tinggal kat hujung2.... hahahha
Rasanya sampai sepuluh bulan pon takkan habis bercerita kalau berjumpa dari luar hingga ke dalam surau bercerita. The best part masterpiece ni kalau g mana2 susah nak tinggal solat.. Pernah sekali akak malas nak solat.. akak wat lambat2... pastu dieorang macam dah hidu penyakit malas solat akak ni... sekali kena sound "Takpe2 ko xnak solat kat sini takpe2.. jap lagi kiteorang bawa ko g temple ke kuil ke senang ko pusing2 je"... Erk tercekik akak mendengarnya....
Actually kami ada nama... United 11... meanings kami ada 11 orang.. semua 11 orang tu kami rapat.. So makcik pakai spek mata dan budak comel di atas tu ialah orang pertama yang kawen dan inilah anak buah kiteorang yang pertama...Tahun depan dah darjah 1.. ape tak gila..haiiishh..tak boleh nak feeling muda lagi...Masa makcik ni kawen, kami ramai2 berkampung kat rumah dia. Semua ada kerja2 yang perlu di lakukan. Di sebabkan akak memang suka menggosok, akak pon volunteer nak menggosok. Sekali akak sudah melobangkan veil nikah dia daaaaaaaa...... koma akak kejap. Orang tu dah lah tengah siap2 nak gi nikah... Waaaaaa... tapi dia xmarah pun, siap gelak lagi.. Whatever it is.. I love u bebeh!!
Ni anak buah kami yang ke 4 'the only guy'.. acecece somel plak tu...Makcik ni plak akak kenal dia dari sekolah lagi. Tapi masa sekolah tu rapat gitu2 je.. Tapi sekarang ni memang macam adik-beradik. Lagi satu mak dia punya nama sama dengan mak akak... dan kebetulan mak dia kawan dengan ayah akak.. Lawak nak mampus. Kalau kiteorang gaduh mesti sampai kat mak bapak.....Dia pernah kata akak pukul dia ngan hanger.. sebenarnya akak mengamuk kat pintu locker, then akak gi pukul locker dengan hanger sekali terkena dia.. Dia pulak dah mengamuk.. adoiiyaiii sooooo budak2 lah...
Makcik yang depan sebelah kiri tu yang paling ganas sekali. Cakap mesti jujur macam sinchan. Kalu akak bau busuk memang busuk lah dia kata... Kalau akak hodoh pakai baju tu, memang hodohlah dia kata...
Makcik yang depan sebelah kanan tu yang paling sopan santun. Kalau mak2 jumpa dia, memang berkenan wat menantu. Kalau nak wat luahan perasaan pon dia adalah pendengar yang baik. Dulu pernah kejap dia lari dari kiteorang sbb terlalu sedih dengan kehilangan ayahnya.. Now dia ngah tunggu offer posting cikgu. Haisshh doa2 kamu tak pergi jauh2 sangat..
Makcik yang belakang bertudung putih tu adalah pakar ekonomi.. cakap mesti fakta punya tapi kalut mengalahkan doralin.. kuikuikukui mampu membuat rekod tido tanpa bangun time uzur. Korang ada?
Makcik2 lain ada hal memasing dan ada yang jauh di sanun tapi tetap di hati....Bai, Wani, Nora, Nissa, Kak Yan....Happy gila kot semua datang masa wedding. Itu pasti tak ku lupakan.. maksudnya akak ni yang spesial kat dieorangkan? kan?kan? (^_^)
Last but not least kredit to Syarifah Aisya a.k.a angry bird yang menangkap gambar di atas.... Budak ni sangatlah cerdik. Kalau nak korek rahsia mak pak dia...tanya je dia.. mesti dia bagi tau.. kahkahakah...
Hope our friendship last till Jannah.. InsyaAllah....(Speaking skit baru bleh masuk geng hijabster upppssss)
Lots of lov,
Mummy Dalee~~
0 comments:
Post a Comment