Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

Bantuan RM500 .....nak bantuan lain juga...



 Assalamualaikum dan aaaahhhaaaaiiiii~~~~

Kita semua tahu yang kerajaan terlah 'bermurah hati'  memberi bantuan RM500 kepada sesiapa yang layak. Borang2 yang pastinya telah lama di nanti2kan oleh rakyat akhirnya di 'releasekan' pada 7 Disember 2011. Bila wujudnya keadaan seperti ini pasti ada orang yang bijak pandai mengambil kesempatan. Borang palsu yang di cetak dengan penambahan item2 yang tidak di nyatakan di borang asal.



Mengikut borang asal, kotak nama bank dan no akaun tidak wujud. Ia di reka oleh pihak2 tertentu untuk tujuan yang tidak baik. Jadi berhati2 lah sebelum terkena ye..Syarat2 kelayakan tolak tepi dulu yang penting mesti 'apply'. Tapi risikonya sangat tingg...

**************************************************

Ramai yang kata bantuan ini di beri sekadar ingin memancing rakyat untuk terus mengundi Barisan Nasional di PRU 13 yang di jangka akan di adakan pada awal tahun depan. Sebenarnya tepuk dada tanya selera. Kalau kita pikir secara negatif, begitu lahkesimpulannya. Tapi kalau kerjaan tak bagi, rakyat bising kata kerajaan kejam. Betul?

Entry ini bukan berunsur paksaan atau memihak kepada mana2 parti...cuma apa yang saya cuba sampaikan ialah apabila BANGSA kita tidak lagi MENYATU.
Sejenak fikir dan tanya bersama?

1. Di manakah saya mula2 kenal ABC?
Tadika Kemas, Gemencheh

2. Di manakah saya berlajar dulu?
Sek kebangsaan yang di biayai kerajaan

3. Di manakah saya sambung belajar?
Di Koleh Yayasan Pelajaran Mara dengan pinjaman duit MARA

4. Di manakah saya melanjutkan lagi pelajaran?
Di Universiti Utara Malaysia dengan pinjaman duit MARA

5. Di manakah saya bekerja sekarang?
Di syarikat swasta

Apakah yang jelas di sini? Semuanya dengan ketentuan ALLAH dan bantuan Kerajaan dan bagi kes saya, no. 5 adalah tidak relevan tapi kalau bagi yang menjadi penjawat awam. Ya.. dari awal kelahiran sehingga sekarang semua dengan bantuan kerajaan. Ini adalah kerana ibu bapa kita yang memilih yang terbaik untuk kita pada masa dahulu. Apa yang mereka nampak sekarang adakah sama dengan apa yang kita nampak sekarang? Agaknya sampai bila bantuan ini dapat di rasai?

Bagi yang begitu radikal mengatakan kerajaan sekarang tidak layak menerajui Malaysia.. Fikir2kanlah kembali. Mesti yang ada yang menjerit.....

1. Kuat rasuah
2. Makan duit rakyat
3. Ketidak adilan
4. Ketidak telusan

Fikirkan kembali

1. Adakah pihak lain tidak akan wujud rasuah?
2. Adakah pihak lain tidak akan makan duit rakyat?
3. Adakah keadilan berlaku sekiranya pihak lain menerajui?
4. Adakah pihak lain akan melakukan setelus2nya?

Sekurang-kurangnya mereka :

1. Yang makan duit rakyat itu bangsa kita dan mereka tidak pernah mengurangkan hak2 keistimewaan orang Melayu.
2. Rasuah tidak hanya terjadi di kerajaan kita, tapi juga dalam perniagaan.
3. Keadilan seperti mana lagi yang kita mahu selepas kita di beri keutamaan dalam sistem pendidikan, sistem pinjaman, rumah2 PPRT dan siapa yang menduduki kediaman betaraf hotel di PUTRAJAYA?
4. Ketelusan seperti mana kita cari selepas saudara2 kita yang gagah berdiri memegang Panji bulan hijau dapat memasuki Universiti2 tempatan?

Saya tidak kata rasuah dan makan duit rakyat itu perkara yang baik. Yang salah tetap salah... Apa yang telah didedahkan sebenarnya sangat bagus agar mereka tahu rakyat tidak bodoh dan buta. Biar mereka rasa takut dan mengundur diri. Kita perlu tahu siapa yang boleh memimpin kita.Tapi saya tidak menafikan usaha piham pembangkang PAS di kawasan Ampang memang banyak aktiviti keagamaan..Alhamdulillah, kelas mengaji dan ceramah2 agama memang free...Setiap minggu berbeza. Lihatlah dengan mata hati... Bangsa apa yang menolong agama kita?

Pernah tengok dewan rakyat bersidang? Sungguh memalukan, seorang pemimpin yang mempunyai pendidikan tinggi mengeluarkan kata2 kesat dan tidak dapat mengawal emosi...
Pernah tanya apa sumbangan mereka terhadap agama kita? Apa yang mereka ajar ialah merusuh, memberontak dan memperjuang sesuatu yang haram untuk menghalalkan cara..

Kita masih belum selamat dan masih belum terlambat siapa pun yang kita pangkah selepas ini, selalu ingat bangsa kita dan agama kita. Bukan cha ya nun alif dan kaf lam ya nga.. Saya bekerja di swasta.. budaya mereka saya dah masak. 

Kepada yang belum mendaftar SPR. sila berbuat secepat mungkin....pesanan dari khidmat masyarakatlah sangaaaaaattt... hehehe


Lots of luv,
Mummy Dalee~~


P/S : Patutlah Sharizat selalu bagi orang lembah Pantai lembu masa musim raya Korban walaupon xjadi YB.. Kahkahakaakah... Nak harap Izah... ermmmm







 

2 comments:

Etie Hussin said...

babe, aku suka entry ko ni....
fikir-fikirkan & selamat beramal....
patot la gebu...minum susu lembu free yo...

Daleela said...

Wak.. susu punya lembu.. sapi dapat nama..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails