Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

Mengeteh Di NZ Wangsa Maju bersama Mak Teh/kembar/Pak Ndak/En. A (Man City vs Man U)


Assalamualaikum dan aahhhaaaiiii~~~~

************************************************



Ok. Gambar di atas tak ada kena mengena dengan cerita kekalahan Man U semalam yang kena bahan 6 - 1. Bukan sepakan penalti ok!!!!! Tapi gambar di atas ada jugak kena mengena dengan Manchester City yang pernah membahankan arsenal sebanyak 8-0. Gambar di atas di ambil waktu Arsenal datang ke Malaysia bulan 7 hari tu... keciwa jugak sebab fabregas xdatang. Ok kita lupakan pasal si Arsengal ni...

Again program ad-hock minggu ini. Mak Teh punya plan ni. Mak Teh akak ni memang penyokong kipas susah mati MAN U. Sangatlah tidak menduga keputusan Mak Teh nak datang ke NZ Wangsa Maju dari Serendah. Kesian tapi Mak Teh bersungguh2. Akak dan En. A, ikutkan aje walaupun kami bukan penyokong kedua2 team. (Arsenal game sama waktu).

Keputusan berembun dari jam 7 hingga 10.30 malam memang julung2 kali akak buat. Dari zaman anak dara akak xpernah nak berembun kat kedai mamak bersama2 kawan. Ooo tapi zaman belajar dulu lepak kat cafe dengan roommate tengok AF.. ngeh ngeh ngeh..


Peminat MAN U memang terkenal dengan 'kefanatikannya'.. nasib baik semalam fan Man City lagi ramai...keadaan pun agak terkawal. ngeh ngeh ngeh.. dulu akak sokong MAN U.. tapi selepas kawen dengan En. A terpaksa tukar Arsenal. Sekarang rasanya nak tukar team ke Man City sebab dieorang memang hebat + ada Samir Nasri (Nasib ko main semalam, kalau x meja dah melambung ok..mail lambung pon xdatang semalam)

Then kesian Mak Teh terpaksa pulang ke Serendah dengan keadaan hampa.. hehehe "Mak Teh silap pilih game lah.. hehehehehe" Dah lah bersinaaarr baju eh..Rasanya next game kalau sabtu kami akan ke Serendah.. lagi best ramai MACHAAAA!!!! (^_^). En. A saya suka lah berembun macam ni, rasa macam ada nafas baru.. heheheh


Lots of luv, 
Dalee~~


Thursday, October 20, 2011

Old style weekend - piknik di Ulu Yam


Assalammualaikum dan ahhhaaaaiii~~~~

***************************
Khamis minggu lepas ayah akak datang dari Kelantan. Memangnya kalau ayah akak datang KL, weekend tu jangan harap nak plan apa2. Mesti kene standby melawat dia atau kot2 dia nak ajak pergi ke rumah saudara mara.. oooowww sooo gud doter.

Seperti yang telah di agak2, plan ad hock ibu dan ayah ialah ke Ulu Yam bercamping2 sambil menikmati keindahan semulajadi..Best jugak sebenarnya..Encik A pun xpernah lagi pergi ke sini.. Tapi yang tak bestnya ialah entah manalah ibu letak khemah kecil tu. Dah la musim hujan, kalau hujan memang naya jelah.. Kami ada jugak pergi cari2 kat carefour, tapi gulpp mahalnya.. dahlah tengah2 bulan..paham2 jelah ye dak.. By rite dari Ampang ke Ulu Yam boleh ikut MRR2, tapi sebab memikirkan khemah tu terpaksa gak pergi ke PJ ambil dari my BFF Eiza. *Sorry wak, kacau pepagi..eh pasir morib tu masih ada lagi dalam khemah tu*
 

Lepas kepenatan pasang khemah, kami bantai makan nasi lemak dulu. Sampai dalam jam 10.30 dan selesai pasang khemah dalam jam 11.15. Stratergik jugak tempat yang ayah pilih. Tips untuk menghalang nyamuk dan lalat di dalam hutan *bakar tempat telur yang warna coklat tu, sure nyamuk2 hilang punya*


Muka orang kekenyangan makan nasi lemak 2 bungkus. xpernah pagi2 makan nasi lemakkan yang? Kita ni sibuklah nak makan, tapi budak kecik 2 orang tu tak heran langsung haaaiii...

 *Siti da brutal.. yeh macam akak masa kecikkan.* Ini adik bongsu akak. Masa kecik2, akak lah yang jaga dia, andai kata Allah kurniakan baby, insyAllah xkekoklah nak menjaganya...

Yang ni si saintis muda yang selalu kene buli dengan siti. Ashiklah tengok IQTV sampai orang lain xboleh tengok cite lain.


 Ok..biarkan ibu dan ayah berdating kejap


Time masak2 untuk makanan tengahhari.. pedih biji mata menahan asap. Ikan bakar dan daging bakar.
 


Yang menengoknye lebih ramai dari yang membantu...Masa bakar2 ni dah nampak tanda2 awan mendung. Berdoalah semoga semuanya di bakar dulu. Kalau tak mahunya kelaparan..




Alhamdulillah.. sempat masak sebelum hujan turun. Dalam pada tu makan macam kartun, nasib baik tak tercekik. Orang yang dari sungai tu pon berpusu naik ke khemah masing2.. membuatkan kiteorang semakin laju makan macam dieorang nak curi makanan... hahahaha bengong.



Ok ibu dah kelam-kabut nak pindah makanan masuk dalam khemah...


Akhirnya, kami balik dalam jam 4 selepas hujan turun 2 kali. Walaupun hujan, tetap gembira. Kesian adik akak lagi 2 orang tu tak dapat ikut kena tinggal kat kampung. Tak pe2 bulan depan kita piknik lagi ok..


Lot of love,
Dalee~~

Tuesday, October 18, 2011

IWICSA : WEEK 1


Assalamualaikum dan aahhhhaaaaiiiii~~~~~


*****************************************






Lots of luv,
Dalee~~

It's Strawberry Pavlova


Assalammualaikum dan aaahhhaaaiiii~~~


*************************

Ramai yang bertanya binatang apakah ini? Ini bukan binatang ye, ini adalah makanan yang di kenali sebagai Pavlova.. Mari kita berkenal2-kenalan, a/s/l pleeeeaaasseeeee .....:

Pavlova adalah satu pencuci mulut meringue-berasaskan kerak yang segar dan lembut, ringan di dalamnya (seperti mashmallow) dan dinamakan sempena penari ballet Rusia Anna Pavlova.

Pencuci mulut itu dipercayai telah diwujudkan untuk menghormati penari itu sama ada semasa atau selepas satu lawatan ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an. Punca kerakyatan yang telah menjadi perdebatan antara kedua-dua negara selama bertahun-tahun, tetapi penyelidikan rasmi menunjukkan New Zealand sebagai sumber yang lebih berkemungkinan.

Pencuci mulut ini adalah hidangan popular dan merupakan sebahagian penting masakan kebangsaan bagi  kedua-dua negara dengan resipi yang mudah, ianya sering disampaikan semasa makan dan cuti perayaan.




Tempahan di atas di buat oleh kech hidayah pada sabtu yang lepas. Untuk Pavlova ini  dayah minta strawberry sahaja. Harga pun murah sikitlah kalau buah2 lain juga boleh di letak seperti kiwi, berry and grapes. Rasanya pun agak manis seperti macaroon. Bagi sesiapa yang tidak tahu, akak dah mula menjual cup cakes, cakes dan muffin pada bulan Mac tahun ini. Akak tahu perniagaan ini mempunyai persaingan yang tinggi tapi akak sentiasa percaya rezeki Allah untuk orang yang belum sampai ajalnya tetap ada.



Inilah rupanya bila ajal dah sampai.. eh eh eh silap.. bila dayah jadi monster.

Adakah pavlova akan menjadi next best seller product Dalee~~cious cup cakes, cakes and muffin? Memandangkan ramai yang telah membuat tempahan pada bulan depan dan bulan 12. So anda bila lagi.....? Jangan malu dan segan sila like like FB : Daleecious-Cup-Cakes. Terima kasih daun keladi.


******************************************************************************************************


Kalau bercerita pasal bussiness ni.. kalau boleh akak memang nak satu kedai yang akak boleh 'run' sendiri. Cumanya akak tak cukup modal. Kalau korang tanya pasal sikap kental akak turun naik apply lesen ke jumpa supplier ke jumpa customer ke buat marketing ke, itu semua akak tak ada masalah. Kalau boleh akak nak buat product akak dengan design yang comel tapi murah. Nak custom kotak kek sendiri..tapi akak rasa itu lambat lagi. Modal belum cukup. Kalau orang suruh buat pinjaman. Definitely  I will say NO.. BIG NO. Akak lebih rela kumpul duit sikit2, jatuh bangun bussiness tak siapa boleh ramal. Dan pastinya, langkah awal akak untuk menjaga produk akak ialah packaging and labelling which think 1 of the marketing stratergy.




Ini adalah sticker Dalee~~cious yang di gunakan pada bekas kek untuk tempahan orang kawen dan tunang.



Yang ini pulak kad seperti di pavlova tu... Pelanggan boleh menggunakan kad ini sebagai perantaraan kepada penerima kek.

Memanglah kad2 ni cantik. Agak2 siapa pen'design'nya? Puan Yaya yang memang kreatif gila. She really born to be a designer. Eh.. tapi aku ingat kau di lahirkan untuk menjadi arkitek kan Ya? hahahha. Yaya juga boleh men'design' macam2 kad dan beg untuk cukur jambul, besday doorgift, kawen atau tunang doorgift dan macam... sila ke blog Partees and Such.


Lots of luv,
Dalee~~


p/s : program diet masih berjalan cuma tak sempat nak masuk dalam blog.

Thursday, October 13, 2011

IWICSA : Day 3


Assalammualaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~

*********************


Day 3 (13.10.11) - Breakfast


Quaker Oat Cereal Drink dan honey dew



Day 3 (13.10.11) - Lunch
 

Nasi Ayam - Beras herba poney faizah, ayam di kukus dan sup


Lots of luv,
Dalee~~




Wednesday, October 12, 2011

Ringkasan BAJET 2012 untuk kita2 aje...



 Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiii~~~~

*****************

15 tahun dahulu : 
Ayah buka TV untuk dengar bajet di bentangkan..... akak dalam hati kata, "benda penting ke ni? Kenapa ayah beriya2 mengalahkan bos2 besar". Assume ayah minat politik. <------ Tak paham kuasa 2

5 tahun dahulu :
Beli surat khabar baca ringkasan bajet sebab masuk exam. <----- Tak paham kuasa 1

2 tahun dahulu dan kini :
Memperuntukkan masa mendengar bajet secara live di TV. Membuat rumusan dan ringkasan  bersama "TEAM" selepas 10 minit bajet di bentangkan <-------- Menyampah kuasa 20


Inilah hakikat yang terjadi, benda2 yang tak ada kena mengena dengan hidup kita, semestinya kita tidak ambil pusing. Hakikatnya, kita sebenarnya perlu mengemaskini pengetahuan Am kita terutamanya hal2 yang berkaitan dengan negara kita. #gaya_ahli_politik_berucap

Dan pendapat akak, kali ini ramai rakyat tertunggu2 bajet yang di umumkan. Di mana rata2nya berpuas hati (orang_gomen) tak termasuk budak sekolah, selalunya budak2 sekolah ni mana nak ambil port. Mungkin bagi yang belum tahu, akak membuat ringkasan bajet untuk kita2 aja (tidak termasuk Syarikat) supaya kita semua dapat menuntut hak masing2. Terutamanya yang mana dah ada anak yang bersekolah dan belajar universiti, gaji banyak mana pon tetap xcukup. Saya paham... (eh..macam wakil rakyatlah, ye saya akan bertanding di kawasan lembah pantai untuk menjadi calon saingan kepada Nurul Izah Anuar. acecece sila pangkah CIK JEMAH ye..)


 Cekedout :
 
1. Bayaran bantuan persekolahan RM100 bagi Pelajar Tingkatan 1- 5 bagi tahun 2012

2. Kerajaan memansuhkan yuran persekolahan namun Yuran PIBG masih lagi perlu di bayar. *masalahnya Yuran PIBG ni yang tinggi sangat, jangan mengada sangat boleh?*

3. Bauncer buku RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS, Form 6 dan matriks *Adik2, berenti potostate buku ye, belilah buku owiginal...(^_^)*

4. Bantuan sebanyak RM500 kepada seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 secara tunai (one off) dan perlu mendaftar ke LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

5. Kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% setiap tahunUmur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
 
6. RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota tentera
 

7. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 *Tak masuk akal jugak dgn gaji RM3,000 kebawah, bulan2 bayar duit umah dah tu nak makan ape weii*

8. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000.

9. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
 
10. Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.* Yessss... epf bertambah*

11. Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. *Ni pon En. A suka*

12. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. *En. A memang suka bab2 ni*

13. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,000 akan diberikan. *kalau naik teksi, tolong bagi tau pakcik2 teksi*
 
14. Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen. Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50, Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35.

 
Semoga kita mendapat menfaatnya, tapi dok terpikir bajet billion2 ni mana #NAJIB korek duit? Sebarang rujukan sila ke Laman Rasmi BELANJAWAN 2012



Lots of luv,
Dalee~~



IWICSA : Day 2


Assalamualaikum dan aahhhhaaaaaiii~~~

***************************

Day 2 (12.10.11) - Breakfast


Quaker Oat Cereal Drink dan IKO H Fibre biscuts



Day 2 (12.10.11) - Lunch
 

Bihun goreng Singapore 



Lots of luv,
Dalee~~







 

Tuesday, October 11, 2011

I wish I could start again (IWICSA) : Day 1



Assalamualaikum dan aaahhhaaaii~~~

*************

Actually akak nak buat 1 program untuk diri sendiri dan jadikan blog sebagai medium untuk akak lebih berdisplin. Program ini di kenali I WISH I COULD START AGAIN. (Poyonya nak wat program sendiri). Kenapa? Kenapa? Kenapa nak mengada sangat nak buat program2 bagai oiii Puan Daleela...Heh! Sila perhatikan jadual di bawah dan jangan gelak lebih, sikit2 takpe :

1. Umur : 22 - 24, Berat : 58 - 60kg (Belajar)
2. Umur : 25 - 26, Berat : 62 - 65kg (Bekerja)
3. Umur : 27 - 28, Berat : 68 - 70kg (Berkahwin)


Nampak tak keterlaluan tersebut? Di mana salahnya? Ye waktu kemuncak selepas berkahwin. Alasan. Alasan adalah untuk si LOSERRRRRR....Kenapa? Kenapa? Kenapa lambat sangat ko perasan yang ko dah gemuk Puan Daleela oooiiiii... Owh, sebab dulu tak ada orang tegur, la ni makin ramai plak yang tegur saiz dah nak macam Adibah Noor. ngeh ngeh ngeh..


Day 1 (11.10.11) - Breakfast

Sandwich - omelet, salad, tomato and onion


Day 1 (11.10.11) - Lunch



Salad with fruits


Semoga berjaya diriku.. Entahlah dapat bertahan ke tidak. Takut menggelepet je jap lagi sebab tak makan protein... ehhh.. telur protein kan?


Lots of luv,
Dalee~~


Wednesday, October 5, 2011

Inter Accounting Firm Games 2011 : Bowling

Assalamualaikum dan aahhhaaaaiii~~~~


*******************

Sebelum kita bercerita tentang Inter Accounting Firm Games 2011 (IAFG) dengan lebih lanjut lagi... Akak nak bercerita al-kisah 'sport club' di office akak. Every month kami adalah di wajibkan membayar RM10. Bagi akak memang agak besarlah jumlah tu..Jadi sekiranya terdapat apa2 aktiviti yang di lakukan, akak memang tanpa segan dan silu nak masuk. Baru terasa berbaloi ye dak... Baru2 ni komiti ada buat latihan untuk beberapa acara sukan seperti bowling, badminton, snuker, pool dan table tennis (ping pong). Kemudia mereka menetapkan 1 hari untuk buat perlawanan.. Di sebabkan xnak pembaziran, akak masuklah bowling tu. Walau pun hakikatnya, longkang all the time yawww..!!! Hadiah pun agak lumayan jugak seketul dinar besar lubang hidung seberat 0.5 gram = RM450 (Harap kecik je, tapi mahal) dan $$$$. Konon nak harap menang... puuuiiiii hanya mampu tempat ke 3 jerk...Hahaha itu pon dah bernasib baik jugak.. pon xpaham macam mane akak boleh dapat tempat ke 3.

So sesiapa yang menang tu johan dan naib johan di pilih masuk ke IAFG 2011 represent Company. Ini first time Company masuk acara bowling. By rite akak rasa boleh menang, tapi yang hak terror dan pemenang sebenarnya ada meeting dengan clientlah, ada class lah dan macam2 lagi. Jadinya tak memasal-masal akak pun terlibat kena ganti hak terror2 yang tak dapat datang tu... korang biar benar?



Dari Kiri : Khor Ming Kai, Rikki, Lim Tong San, Beryl and Si Demok




This is our supporter...Gambar ni di ambil oleh cameraman E & Y. (Hi handsome...!!!). Tengoklah muka budak demok tu, konon nak menggoda.. ppuuuuiiii..

Waktu main ni tak berdebar langsung sebab dah boleh agak nak kalah.. Tapi harap2 bukan TEAM yang last sekali. Sebabnya yang datang tu kebanyakkannya repalcement saja. So kira oklah tewwww.


Let me explain further bab warna2 tu. For your information, warna biru adalah Accounting Firm yang hebat2 which people call BIG 4. Gaji auditor junior pon dah RM3,600 tapi memang tak ada life sebab balik umah jam 1 or 3 pagi. In terms of knowledge pon, dieorang hanya buat specific job saja... <--- so not my choice.. acececece...(sebenarnya memang tak dapat kahkahakah). Tengoklah score dieorang, gila babai punya..Siapa yang terror sport memang di alu2kan untuk kerja di sini..

Yang warna merah pulak, Company terchenta akak..Oklah tewww dapat no 12 bukan last..kehkehkeh..



Aksi orang kalah...dahlah licin berminyak lantai tu.. pon tak paham.. (Again thanx cameraman E & Y =). You make my day!!!!)

En. A ni harap bawa camera je, tapi malas nak tangkap. Dok melepak buat muka boring dekat seat tu ye..U ada show hari tu I tolong ambil video lagi. U memaaanng!!!!

Dan ayat yang boleh mendown kan moral orang ialah "Yang, kenapa U nak malukan diri U sendiri kalau dah tahu kalah".. Ceeeessssss cake betulla...Jangan  mengalah sebelum berjuanglah..



Lots of luv,
Dalee~~



Monday, October 3, 2011

Blogger MasterChef Yang Pertama



Assalamualaikum dan ahhhaaaaiii~~~~

*********************************

Akak percaya ramai kat luar sana yang minat menonton MASTERCHEF.. Yes, tidak lama lagi kita dapat menyaksikan MASTERCHEF MALAYSIA yang pertama.... 

Walaupun akak bukan bergelar tukang masak, setakat ketuk2 di dapur tu bolehlah... Rancangan ini yang sentiasa di nantikan..Rancangan yang memberikan akak insipirasi memasak..



MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!

 Bloggers memang selalu mendapat perhatian.. (^_^). ASTRO telah bermurah hati menganjurkan pertandingan "Blogger MasterChef Yang Pertama". Dari awal lagi akak nak masuk tapi memang xberkesempatan memandangkan Dalee~~ciuos Cup Cakes, Cakes and Muffin menerima tempahan yang besarlah jugak. So, nak dekat due date baru akak nak submit... lagi berapa2 minit je... Cehhhhhhhh... Masih adakah harapan?

Ku serrrruuuuuu ideaaa... Tink Tink Tink... Ikan stim ala Thai

Bahan2nya :

1. Ikan merah bersaiz medium (Kalau ikan siakap lagi best)
2. Serai 1 batang
3. Halia 3 inci (di hiris)
4. Bawang putih 4 ulas (di hiris)
5. Lada hitam 10 biji (di tumbuk)
6. Cili padi 6 batang (di belah 2)
7. Daun limau purut 2 helai
8. Garam 1 sudu kecil
9. 1 gelas air 
10. Minyak bijan 1 sudu makan
11. Cili merah, lobak dan limau (untuk hiasan)










 **********************************************************************************************************

Cara2nya :

1. Tuangkan air ke dalam periuk;

2. Masukkan semua bahan2 dari 1 sehingga 7 ke dalam kuali dan taburkan garam;



3. Tutup kuali dan pastikan ikan masak dan air mendidih (kuah) selama 10 minit;




 4. Masukkan minyak bijan tadi;


5. Hiaskan dengan cili merah, lobak dan limau.




Taraaaa.... Ikan stim Ala Thai...


Cepat, berkhasiat dan mudah....

Siapa2 pon pandai masak.. (^_^), agak2 boleh jadi Blogger MasterChef Yang Pertama?
Pray Hard~~



Lots of luv,
Dalee~~


p/s : Jangan lupa menonton MasterChef Malaysia di Astro RIA 104, 22 Oktober 2011... Tunggguuuuu....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails