Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 7, 2011

Ikhlas ke?




Assalamualaikum dan aaaahhhhaaaiii~~~



***************


Tiada siapa yang boleh mengukur keikhlasan kita bekerja melainkan diri kita sendiri.... Sentiasa percaya pada janji Allah, yang ikhlas bekerja itu pasti akan di redhai. Yupp.. akak percaya. Setiap orang pastinya mempunyai zaman kejatuhan dan naik dalam kerjaya. Pasti masalahnya lebih kurang sama..Hasad dengki, cemburu, buruk-sangka, perkauman dan politik pasti ada di mana2. Kalau alasan sebegini yang membuat kita nak berhenti kerja, pastinya kita tak akan berjaya sampai bila2.

Akak pernah dikritik teruk ketika sessi penilaian prestasi (evaluation session) antaranya tidak pandai membahagi dan mengurus masa, lembap, tidak cekap, kurang pengetahuan, tidak mencapai standard syarikat dan macam2 lagi. Saat itu kebaikan tidak timbul langsung. Bukan setakat berhenti di situ, akak juga di kritik terus-menerus di bilik mesyuarat bersama orang atasan. Saat itu hanya Allah je yang tahu betapa terlukanya dan kecewanya diri ini. Probation di sambung lagi 3 bulan, tidak ada kenaikan gaji, tiada bonus, tiada travelling/telephone claims dan 'di export' ke dapartment lain untuk memberi pertolongan kepada mereka. Semua itu akak tulis dalam diari (old skool dowh) dan telan seboleh mungkin.

Akak menyimpan azam Tahun 2011 untuk bekerja seikhlas mungkin dan bertahan selama 2 tahun di sini untuk memastikan resume sentiasa cantik. Azam itu ialah biarlah tak ada kenaikan gaji, biarlah tiada bonus dan jauh sekali nak naik pangkat. Akak cuma mahu tetap sahaja. Alhamdulillah awal tahun  Allah kabulkan mendapat tetap. Berterusanlah akak menerima kerja. Susah dan payah pun akak terima. Walaupun terpaksa bekerja lewat seorang diri. Takut memangla takut tapi semua tu ku tahan Jebat...Sewaktu orang sibuk pergi ke gym dan bersuka ria, akak berusaha keras untuk siapkan kerja. Setiap hari akak pasang niat untuk habiskan kerja 1 hari walau apa yang terjadi. Setiap kerja keras akak pastinya ada wangi2an semangat dari En. A dan kawan rapat. En. A banyak berkorban masa, tenaga dan minyak kereta (hhahahaha) untuk memastikan keselamatan akak terjamin. So, dialah yang datang tiap2 malam ambil  akak dari Ampang ke Mid Valley ke Ampang. Sehingga ada yang bercakap "Kesian suami kau, sudah2lah tu kerja". Akak hanya mampu menjawab "Suami aku sporting". 


Namun.....setiap titik usaha keihklasan akak itu akhirnya di balas Allah..Syukur yang teramat. Kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat menjadi milik akak. Harapan selepas ini... akak tidak alpa dengan apa yang telah ada. InsyaAllah. Boss akak pon main twitter uolls... wajib kot ade twitter.


Lots of luv,
Dalee~~



5 comments:

puanstoberi said...

tahniah da naik pangkat..
Insyaallah, segala penat lelah usaha kita pasti ada ganjarannya kan :)

Yani said...

Congrats Daleee....iya...yng penting kita ikhlas dalam kerja kita...kita nak duit gaji kita berkat, keja dengan ikhlas...kurang and kalau boleh jgnn merungut..sebab ada yang pandang kita dari ATAS...insyaALLAH...

Anyway, I'm happy for you dear....Alhamdulillah..

eKa said...

wahhh congratz dear...........nanti leh open table ni :)

yaya+frdz+auf said...

tahniah beb. *hugs*

Daleela said...

PS : Terima kasih.. fenat jugaklah ni..Kalau awak tahniah kat bende lain lagi saya happy.. hehehe

Yani : terima kasih yani...tekad.

Eka : terima kasih dear..Miss u la.

Yaya : Dear.. thanx.. huhuhu pray hard for u too...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails