Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka hari ke-14 : Beriyani Kambing (Resepi di sertakan)


Assalamualaikum dan aaahhhaaaiiiiii~~~~~

************************

Arab ke? Taklah Melayu tulen bang... Tak kesahlah, melayu ke arab ke benda instant dah ada.. jangan tunggu nak pergi kedai.. Memang sodap.. Mari cuba

Bahan2nya :
750g daging kambing (ikut suka nak potong dadu atau besar)
500g beras brasmathi yang telah di rendam 1/2 jam (kalau tak ada guna jela beras apapun, rasa tetap sama cuma presentation sahaja yang berbeza)
4 ulas bawang merah di hiris halus
1 biji bawang kuning (di hiris bulat - hiasan)
3 biji kentang (sederhana di potong 4)
2 biji tomato (sederhana di potong 4)
1 botol kecil plain yougurt
1 sudu bawang putih yang telah di blend
3 sudu halia yang telah di blend
10 biji cili padi (ikutlah nak pedas ke x)
1 biji lemon juice (masam sangat tak sedap - di belah 2 dan gunakan setengah sahaja)
11/2 cawan minyak ghee
1 paket Shan memoni Mutton Biryani Mix


Cara2 memasaknya :

1. Rebus daging kambing hingga empuk dengan air. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga kekuning2an.
3. Kemudian masukkan daging kambing, bawah putih dan halia. Tumis selama 1 minit. 
4. Kemudian masukkan rempah Shan Memoni Mutton Biryani and yogurt. Tumis selama 1 minit. Masukkan 3-4 air rebusan tadi dan kentang. Biarkan sehingga kentang empuk.
5. Apabila mendidih, masukkan tomato, cili padi dan perahkan separuh biji lemon juice tadi. Tutup api.


 6. Masukkan ramuan yang telah dimasak tadi ke dalam beras yang telah direndam. Masukkan mengikut sukatan air biasa dan masukkan ke dalam cooker.
7. Pastikan beras sentiasa di kacau sehingga rata setiap 10 minit sehingga ianya masak.
8. Hiaskan nasi biryani yang telah di masak tadi bersama bawang yang di hiris bulat.

 
Sedap juga di makan bersama Mushroom sup dan cili arab ni...



Rempah boleh di dapati dari pasaraya carefour. Akak tidak mengikut 100% resepi yang di sertakan di belakang kotak rempah tersebut. Mengurangkan sedikit lemon, kalau tak masam bebenor... Untuk resepi yang lain boleh cuba lawati SHANFOODS. InsyaAllah Halal produk dari Pakistanhe'..




Lots of luv,
Dalee~~






0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails