Assalamualaikum dan aahhhaaaiiii~~~
********
Hari ini Ramadhan ke 10, tak over sangat kooott~~ nak cerita pasal raya. Owh tahun ni akak eksaited lebih dah tak tahu kenapa. Selalunya raya2 ni malas sangat nak layan. Tahun ni akak mengambil keputusan untuk membuat persediaan awal berbanding tahun lepas. Yelah.. sebelum ni tak adalah nak pikior sangat sebab semua ibu yang pilih dan uruskan, hanya bab2 baju je urus dan pilih sendiri. Dah jadi isteri orang lain sikit, tambahan kalau ada yang jadi mak orang lagi fenin koot~~. Mari kita membuat checklist :
1. Puasa
Seeloknya puasa yang 'tertinggal' tu elok di ganti awal2 di bulan Syawal. Di samping dapat mengawal nafsu makan di hari raya, boleh lah kekal berdiet. Al maklumlah ramai yang buat open house. Tapi yang pelik office hakak ni tak de pon nak wat open house ke apa... Redha jelah...
2. Tiket balik kampung
Aaaahh... ni perkara baru dalam hidup hakak.. Tak pernah tau rebut2 beli tiket melainkan time balajo dulu. Dulu ayah and family ada kat sini je...Rumah mertua pun ada kat sini je..(5 minit je dari rumah kami sekarang, jauhkannnnnnn....). Sekarang ni ayah dah berhijrah ke negeri lain. So, menggelupur jugaklah kami beli tiket bila Fire fly buat promotion. Nasib ada pembeli tegar tiket flight bagitahu.. Kalau tak memang kena naik bas... aduhaiii pengalaman pahit naik bas ni...Tahun ni raya pertama masih di KL dan raya ke tiga baru berangkat ke kampung sebenor... Sama macam tahun lepaslah raya pertama di KL.... bila nak tukar turn ni En. A?
3. Baju raya
Ni tiap2 tahun mesti nak sedondon kalau beli baju kurung dan baju melayu.. kalau pakai cantik2 tapi tak keluar beraya ada ke maknanya...? Tahun lepas warna cream. Tahun ni nak pastel2 gitu...warna peach (raya pertama). Selalunya hakak memang tak tempah baju2 ni. Beli yang ready made gitu....online lagi, kalau tak muat naneess lah jawabnya.. Encik A nya baju kami beli last week kat Aniza (kedai baru depan nagoya, Jalan TAR). Boleh tahanlah harga dan qualitynya. Hampir2 tak dapat size dan warna. Kalau lewat lagi cari.. maunya tak dapat size. Pakai dotti jelah jawabnya...hehehehe
4. Kuih Raya
Harga barang semua dah naik eh? (alasan saje tak nak buat kuih). Bab ni memang tak ada peningkatan atau perubahan dari tahun lepas... Beli juga tahun ni. Yang mana ada mak mertua tu, pandai2lah ambil hati beli lah sebalang 2 kuih raya. Tahun ni memang tak belilah kat ikea (tak sedap langsung), tempah kat kawan2 je.. bab kawan2 ni memang percaya sedaplah.. kalau letak racun pun sedap gak rasanya...sebab kawan punya pasal. heh!
5. Langsir
Dulu ada hakak kesah? nan hado.. serah bulat2 kat ibu. Sekarang ni feninlah.. takkan nak pakai langsir yang setahun tak berganti tu...Rumah kecik pon kena tukar gak. Nasib rumah kecik, beli sikit je.. kalau umah besau.. ranap.. Mahal jugak rupanya beli langsir ni. Sesiapa yang mencari langsir ready made dekat jusco pon banyak yang modern style (ada discount 50% and 20%) dan Kamdar pon ada yang 2 piece (belakang tebal depan nipis).
6. Duit raya
Duit raya ni memang selalu letak tepi. Nak kena tukar duit awal2 ni, karang kalau tak ada duit seringgit atau 5 hengget.. ranap. Takkan nak bagi 10 hengget kat budak2 ni. Duit raya ni ibarat sedekah jugaklah. Jangan lupa bagi duit raya pada mak ayah kita jugak.. Always remember " the more u give, the more u get back" atau " tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima" atau "kalau nak bagi, bagi lah banyak2 sikit" (kamus dewan bahasa tamil).
7. Sampul duit
Tolong sediakan awal2 ye.. jangan time kat rumah orang tulah baru nak cari2 sampul. Sampul free dahlah susah nak dapek sekarang. Terpaksa pulak beli kat mydin. Lagi mau minta2 kat hakak...
8. Benda2 lain
Benda2 lain memang terasa nak beli. Contohnya karpet, cat, sofa, pasu, bunga, bla bla bla... Dah kenapa macam nak pindah rumah? Perempuan nafsunya 9. Sentiasalah beringat ukur baju pada badan sendiri.. Kalau semua nak beli, bulan depan makan biskut kering je jawabnya..
Di harapkan rezeki tahun ni berlebih2, bolehlah kami buat open house.. hehehe Selamat.. Selamat berpuasa lagi... Lagi 2 hari nak raya baru boleh ucap selamat hari raya...(Ya Allah perut berkeroncong, sahur makan kurma je.. sebab kempunan nak minum air mata kucing, terus tak de mood nak masak sahur tadi. Mari kita mencari ketam untuk sahur esok...)
Lots of luv,
Dalee~~
2 comments:
aura raya kuat kat sini, kan?
heheheee
selamat menyambut aidilfitri! :)
jengah blog daleela..
wahh..sakan menyambut persiapan raya.
tahun ni i mcm x excited nak raya...
Post a Comment