Friday, May 20, 2011

Jalan-Jalan tengok manusia di rumah kaca...Pasti berjaya di Akademi Fantasia....

Assalamualaikum dan aahhhaaaiii~~~

**********************

Jangan di tanya macam mana akak boleh terjebak dan ketagih tengok AF ni. Rancangan realiti yang dah boleh agak siapa yang menang. "Nampak beno menipunya...". Tapi dalam tipu2 tu terlayanlah jugak. Bukannya apa AF ni ibarat macam tengok Maharaja lawak jugaklah.. Akak memang suka gelakkan orang ni...Buat pulak kat tempat yang tak de classsss tu.. AEON Jusco, nampak 'so matilah' tempat ni...Kalau wat kat MID Valley takpelah jugak.. Macam NING dan NICKY buat time mentor dulukan?? Class gitu... Hish asal nampak macam wartawan hiburan plak dah aku ni... ooowhh pelisss ok..



Menapak2 akak mencari rumah kaca cinderellas itu.


Ok..nampak dah. Terpampang besor nama Cikgu Ning disitu. Tapi sekali lagi deme ni menipu. Yang adanya Cikgu Faty...eh, sama je muka Cikgu Faty ni dekat luar dan dalam TV.


Ace teropong sikit budak2 AF yang akak minat. Hi Nera.. (Apasal hengko ni cantik bebenor...ni nak marah ni...). Fina ni cam gedixx je.. Yang ko ni kenapa nak buat muka sedih Lena oii..cepuk kang.



Dulu sebenarnya akak minat jugaklah kat si Azri ni sebabnya ada iras2 Faizal Tahir. Lepas tu tengok dia dalam diari macam poyoooo je, tak kuasa akak nak meneruskan perasaan itu. Buat penuh hardisk hati akak je...

 


Yes berjaya mencelah dengan badan yang besar ini...




Sebelum balik akak tertawaf pulak rumah kaca cinderella ni. Ni dari belakang.. pintu kecemasan. Tapi tak nampak tandas dieorang pun. Korang ni tak g tandas ke? Takut kene batu karang je...



Hazama.. kau rindu tak nasi lemak seringgit tu? Hazama ni selalu je jumpa dia makan nasi lemak RM1 dengan kumpulan meet uncle hussin tu dekat kedai makan sebelah international school, Ampang... Kalau korang rajin pergilah makan kat sana waktu malam, dulu pernah gak jumpa Noh dengan Miss Nina kat sana, terserempak Ummi Aida tengah makan durian kat situ dan Amboi222 Azwan Ali ambil baju di kedai dobi seberang jalan kedai makan tu...tapi korang jangan bajet kedai makan tu macam yang mahal2 tu tau.. kedai tu biasa2 je, berdepan dengan seven 11.. Uikk semenjak bila pulak akak jadi pemandu arah artis ni? Kalau tak jumpa jangan marah tau... hehehehe..

 


Hah itu pengetua...tua2 berisi.



Mak aiii macam robotcop je akak ni.... Pasti berjaya di Akademi Fantasia......

Tag line akak "Kau boleh ke? Aku boleh jekkk..." sambil letak tangan di dada..



 
Lots of luvs,
Dalee~~

5 comments:

PUANSTOBERI said...

yeaih... azri mmg sooo poyooo..

eh.. cena leh kenal ne? hahahahha

p/s : kdg2 tertgk gak diari derang smbil2 tggu citer lain. tp konsert mmg tak penah tgk. huhuhu

yaya+frdz+auf said...

weii...pinjam kod. wuwuwu

eamy milea said...

same la...sy pun x bape suke azri..ingtkan die yang kua..tgk2 afif n kay dlu plk...huhu..

Yani said...

Daleeeeee...lawak laaa...pemandu arah artis..hahaha..gelak2 yani baca..

Daleela said...

Puan Stoberi : Kamu kekantoian kan? tipu mesti kamu nak tgk jugak...

Yaya : Oiit ne leh.. ni retiss AF je leh pakai.... hahahha

Eamy : tulah pasal. Gedix jugak mamat tu. Afif tu memula kita suka lah, lepas tau die kapel dengan salimah terus tak suka dan terkuar pulak dia.. hahaha kening die yang mahal tu...

Yani : Xpayah pakai GPS dah kawan.. hahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails