Tuesday, January 4, 2011

Si gemuk yang malang dapat hadiah Christmas!!!

Ahhaaii~~

Akak semalam baru nak exchange [gift] dengan officemate. Seharian berdebar di office sehingga meninggalkan kesan mood yang tidak baik sehari. Hahaha akak tipu. Tepat jam 6.00 p.m. kami semua bergegas ke bilik meeting untuk sessi tukar hadiah yang tak tahu apa isinya. Akak sebenarnya risau takut hadiah akak paling murah. Al-maklumlah semua yang kat opis ni anak orang kayo kecuali akaklah..Serius. Akak sorang je tak de pasport. Orang lain dah terbang ke mana hala tau. Sedih tak? Memang sengaja bagi semua sedih. Tak mau sedih sorang2. Nah tisu.. kita sharing eh..

Sesampai je di bilik meeting itu budak trainee dan orang2 HR pun pura2 sibuk susun hadiah mengikut no. Tetiba hati ni menyampah pula pada trainee2 tu. Diaorang ni seksi mengalahkan akak. Tu yang akak jeles tu. Akak nak seksi pun kat tangan je. Tulahh mood akak tak baik semalam, so tak ambil gambar. Tak dapatlah nak tunjuk keseksian akak ni. Cuba lagi lain kali eh. (^_^).


Sebenarnya akak dah aim baik punya 1 hadiah ni. Tapi akak tau akak ni memang malang., jadi akak tidak meletakkan harapan akak di almari yang tinggi. Just letak kat tempat yang boleh capailah. Kemudian no yang telah di letak di dalam tupperware di edarkan ke semua staff. Teka lah akak dapat no apa? NO SUWEYYY MAAA.. confirm orang cainise tak mau.

"SAY SAY = mati mati"


Masa ni akak masih berfikiran positif. [Itu hanya omong kosong ya buk..] berkata dalam hati.

Sexcited nak buka ni... jeng jeng. Doa[minta2lah iphone...tak pun Samsung Galaxy 5. Aminn]

-
-
-
-
-
-

Hah.. masa ni darah tinggi akak dah naik. Senyum pun dah susah time ni. Apa ke malang dapat hadiah ni. Nak letak kat mana benda alah ni? Nak bagi kucing main pun, kucing pun tak nak kot. Agak2 siapa yang kejam bagi benda ni.. Harga RM10 ke ni? Sedih tak. Bak balik tisu akak tadi.. Tak cukup plak.

Di sebabkan akak tak berapa nak happy dapat hadiah yang cumel ni.[ Tetiba benci semua benda yang comel] Akak saja letak kat atas meja di office.. kasi semua orang tau hadiah yang akak dapat paling besar sekali.

Tak apalah mungkin ini bukan amalan agama kita nak tukar2 hadiah.

Petang tu akak balik dengan hati yang sedih dan malu. Malu dengan Encik suami. Memang tepat jangkaan akak. Sebaik kaki melangkah ke dalam kereta, Encik suami gelakkan akak. Dia kata akak memang malang. huhuhu (T_T).



Lots of Luvs,
Dalee~~




p/s : Hari ni akak gembira. Hehehe

6 comments:

fikaryna said...

hehe..lawak la daleela nih..xpelah..tahun dpan beli yg plg murah..huhu..

Hana Faza-same person said...

ala,kesiannya dia..takpelah, mungkin itu rezeki tahun ni..sekali tahun depan dpt tv LCD, sapa tau? ekekeke

Wahida Shukeri said...

daleela: thanks visiting my blog..keep in touch yea...

Daleela said...

ryna : hahaha ryna dah jadi top komentar ni..tulah daleela rase tahun depan nak beli harga RM2 je kot...

Hana : InsyaAllah.. hehehe kalau dapat LCD TV best gak.. tak yah rebut tgk TV dengan En. Suami

Wahida : Ok dear..

Peri PiA said...

tak pe,yang penting gembira :)

Norsuriana said...

you look more gorgeous with PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

email : rosesared81@yahoo.com
ym : rosesared81
blog : http://ros3sar3d.blogspot.com
hp:0129561236

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails